Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Manusia Bulan

Neil Armstrong, merupakan manusia pertama yang pernah berjalan di atas bulan.  Pada 20 Julai1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin mendarat di Bulan dengan kenderaan udara kecil, yang telah dihantar ke Bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Mereka berdua berjalan di Bulan, dan jutaan orang menonton peristiwa ini dari TV. Beliau telah meninggal dunia  pada 25 Agustus 2012 di Ohio, AS dalam usia 82 tahun setelah mengalami komplikasi pasca operasi jantung koroner.  Kalimat pertama yang ia ucapkan setelah berjalan di bulan itu adalah, “That’s one small step for man, one giant leap for mankind. Itu langkah kecil seorang manusia, (tetapi) merupakan lompatan besar umat manusia.” Apakah maksud yang tersirat disebalik ucapan tersebut?

Saya mula berfiki bahawa sifat manusia yang biasa mampu pergi ke bulan. Ia memerlukan semangat yang hebat dalam menghadapi cabaran sebelum mencapai kejayaan. Setiap kehidupan kita ini mempunyai pelbagai jenis rintangan. Kita perlu menyiapakn bekalan bagi mengharunginya dengan hebat. Bak kata pepatah, “Berusaha Tangga Kejayaan”.

Bulan dalam kes ini digambarkan sebagai destinasi kejayaan. Manakalah roket pula saya contohkan dengan usaha. Dalam mengharungi cabaran kita perlu menempuh pelbagai bentuk, seperti masalah kewangan, kekangan komitmen, hinaan daripada orang sekeliling. Semuanya perlu ditangani dengan emosi yang hebat. Semua manusia berpotensi untuk berjaya dengan cemerlang. Kejayaan itu terletak pada diri kita sendiri. Kita sendirilah yang menentukan kejayaan kita. Yang penting sekali adalah usaha.

Mari kita layan video ni

Leave a comment »

Beli Emas Sebagai Simpanan Masa Depan -Tun Dr. Mahathir

Leave a comment »

Kapal Besar

Besar matlamat insyaAllah moga dipermudahkan segalanya urusan kita.
Besar tujuan, besar jugalah bebanan dan tanggungjawab kita.
Itu perlu diaturkan dengan teliti ke mana hala tujunya.
Besar juga pukulan ombak di laut.
Ujian dalam kehidupan diibaratkan pukulan ombak di laut.
Kehidupan pula adalah laut yang luas.
Kitalah kapal itu.
Nahoda itu pula adalah akal hati waras kita.

Kapal besar..

4 Comments »

Cuaca Emosi

Cuaca yang baik itu nikmat.
Emosi yang baik itu nikmat.
Nikmat yang diberi perlu disyukuri.
Lafaz Alhamdulillah kepadaNya.

Manusia beremosi sedih, gembira, ceria, cemburu, takut, muram, dan sebagainya.
Bumi beremosi hujan, panas terik, mendung, ribut, berangin sepoi-sepoi bahasa, sejuk salji dan sebagainya.
Yang mana satu pilihan?

Manusia tidak lari daripada keadaan emosi-emosi tersebut.
Bumi pun begitu.

Cekal hati, tabah diri, itu sahaja yang boleh ku lafaz.
Semoganya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

4 Comments »

Hari yang Tidak Tentu

Selamat Hari Khamis..
Saban hari kita dihidangkan dengan perkara-perkara yang baik mahupun yang kurang baik.
Setiap perkara yang datang hampir kepada kita bukanlah kita mahukan, tetapi ia tetap menghantui dalam hidup kita ini.
Semuanya itu merupakan satu ujian. Ujian itu datang tidak tentu masa, tidak mengenal manusia, tidak tahu di mana.
Sebagai manusia yang mahukan kehidupannya menjadi cemerlang, lakukan hari-hari kita dengan terbaik.

1 Comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span