Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

MENGAPA ORANG MENJADI PEMIMPIN?

on July 7, 2007

Pada pandangan Barat, orang memilih untuk menjadi pemimpin kerana beberapa sebab;-

1> Kerana ingin mencapai tujuan-tujuan social; contohnya, untuk memerdekakan tanahair, atau untuk memajukan masyarakat, atau untuk mengangkat martabat sesebuah institusi tertentu.

2> Kerana untuk kepuasan peribadi, contohnya untuk menguji kebolehan sendiri dan kepuasan apabila mencapai sesuatu tujuan.

3> Orang ingin menjadi pemimpin kerana prestij dan keinginan untuk dihormati dan dihargai.

Sebagai Muslim, kepercayaan saya dan melalui penilitian serta pengalaman, kepimpinan adalah suatu tanggungjawab dan amanah (Taklifan) dari Tuhan. Ia bukannya suatu kemuliaan (tasyrifan) yang boleh dibangga-bangga. Ia adalah suatu yang suci dan mestilah lahir dari hati yang ikhlas tulus; semata-mata untuk melaksanakan tugas sebagai hamba Tuhan di muka bumi. Sebab itu dalam salah satu dialog Tuhan dengan malaikat sebelum mencipta manusia dinukilkan dalam surah al Baqarah, bahawa manusia adalah khalifah di muka bumi.
Ini bermakna kita semua diberi tanggungjawab oleh Tuhan untuk mentadbir bumi ini dengan sistem yang ditentukan oleh Penciptanya. Untuk itu, al-Quran sentiasa menyuruh kita menyeru kepada yang baik dan mencegah yang mungkar, atau yang kita kenali sebagai dakwah. Untuk melaksakan dakwah, ciri-ciri kepemimpinan yang effektif diperlukan. Saya teringat akan pesan seorang alim ulama’ di Kelantan yang menegaskan bahawa setiap pemimpin Muslim mesti mempunyai 2 sifat utama agar melengkap sifat kepimpinan di dalam mereka iaitu;

1. Sifat ar-Rijalud Dakwah —> Individu dakwah
2. Sifat ar-Rijalus Siyasah —-> Individu politik

Samada manurut kaca mata Barat atau menurut prinsip Islam, saya bertemu satu persamaan iaitu definisi pemimpin yang membawa kepada maksud;
“Memimpin ialah mempengaruhi, memotivasi dan mendorong pengikut untuk memamahami arah tuju dan bersama-sama dalam satu pasukan mencapai matlamat organisasi atau kumpulan.”
Hmmm… soal maksud kepimpinan mungkin tidak menjadi masalah bagi kita. Soalnya, mengapa kita jadi pemimpin? Sila jawab soalan di bawah:

a. Ingin dihormati
b. Tujuan sosial
c. Kepuasan peribadi
d. Tanggungjawab dakwah
e. SEMUA DI ATAS 
Saya tak peduli apa pilihan anda, kerana anda berhak membuat keputusan untuk diri anda sendiri. Namun, setiap pilihan anda mempunyai ganjarannya samada untuk jangka masa pendek mahu pun jangka masa panjang… khasnya pada alam ’sana’ nanti.
Saya? Saya memilih untuk melihat lebih jauh… melampaui batasan akal manusia dan kekal abadi. Itulah motivasi saya dalam memimpin orang. Selagimana saya belum mencapainya, selagi itu tidak kira apa jua rintangan, I’m going for it no matter what it takes! Cuba teka yang mana satu pilihan saya samada a, b, c, d atau e?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: