Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Ciri-Ciri & Sifat Pemimpin

on July 13, 2007

 Menurut beberapa orang tokoh Islam seperti Al-Farabi, Ibnu Khaldun dan Al-Ghazali telah menjelaskan beberapa ciri-ciri dan sifat pemimpin yang baik.Dirumuskan seperti berikut: 

Al-Farabi

Kesempurnaan tubuh badan, pengetahuan yang luas, menggambarkan apa yang dikata, kesempurnaan ingatan, kesanggupan menyampaikan sesuatu dengan sebenar berdasarkan kecintaan ilmu,lapang hati, dan cintakan keadilan, bencikan paksaan, kesanggupan memberi keadilan tanpa paksaan, tidak mengenal erti takut dan mengerjakan mengikut keyakinan dan punya kekayaan ( memadai untuk tanggungjawab diri ). 

Ibn Khaldun

Suka memaafkan kesalahan, suka melindungi golongan yang lemah, murah hati pada tetamu, memelihara orang miskin,sabar dalam kesusahan, jujur dalam kata dan laku, menghormati agama dan ulamak’ serta guru dan orang berilmu, tidak sombong khususnya pada fakir miskin, suka mendengar teguran, punya semangat berjemaah, hargai dan menghormati kawan, menempatkan orang-orang yang layak di tempat yang perlu dan jauhi kehidupan mewah.

 Al-Ghazali

Punya daya intelek yang tajam, berpengetahuan, berani, sayang pada rakyat, diplomatik, jauh pandangan, tegas dan benar-benar berazam, menentukan semua pegawai-pegawai,ketua-ketua,dan wakil menjalankan tugas mereka dengan baik dan sempurna. 

Perlu dinyatakan disini bahawa tidak semua manusia yang serta-merta memiliki semua ciri-ciri yang telah disebutkan,kerana itu sangat penting bagi seseorang pemimpin untuk menganalisis diri sendir untuk melihat ciri-ciri kepimpinan apa yang telah dimilikinya dan ciri-ciri apa yang masih perlu dikembangkan melalui pendidikan, baik pendidikan yang bersifat formal ataupun sebaliknya. 

Islam melarang pemimpin menyalahgunakan kuasa dalam dua bentuk.Pertama, menggunakan jawatannya untuk kepentingan kebendaan dan menerima rasuah.Larangan ini dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W di dalam hadis yang bermaksud; “Bahawa Allah Taala melaknati orang yang memberi dan menerima rasuah”.Kedua ialah menjalankan tugas dan tanggungjawab secara pilih kasih.Contohnya memberikan perkhidmatan dengan mendahulukan orang terkemudian dari yang sepatutnya didahulukan kerana kekeluargaan, sahabat dan untuk yang dikasihi.


7 responses to “Ciri-Ciri & Sifat Pemimpin

  1. bagindapachesakti says:

    subhanallah..
    artikelny bgs bgt..
    ini bekal sy untk mnjdi pemimpin di dunia..
    wss

  2. shinja says:

    Terima kasih..
    Moga anda menjadi salah seorang pemimpin yang hebat..:)

  3. [Q.e.M.a] says:

    such an interesting topic~
    well done =D

  4. kepada warga kosass, UPM. ARTIKEL NI SGT BERGUNA BUAT KAMU. G.LUCK

  5. usa says:

    apik……….

  6. Umar Soejalmo Tahar says:

    Kenapa orang-orang Indonesia kebanyakannya kurang pemikirannya. Apa yang berlaku terbarunya mengenai kelakuan membakar bendera malaysia jalur gemilang. Perbuatan terkutuk itu dibuat oleh orang yang kurang akal, gila dan tidak siuman.
    Mereka ini tergolong dalam golongan manusia yang miskin jiwa dan miskin iman. Mereka ini sebenarnya Indonesia Kafir dan bukan muslim. Nama mereka mungkin saja Kiai, tapi sebenarnya mereka ini manusia yang dikutuk dan dilaknati ALLAH.
    Mereka ini menyimpan dendam terhadap negara jiran Malaysia, mungkin kerana pernah di halau atau dihukum dinegara itu.
    Kamu bangsa apa ? Kamu bangsa Indonesia yang lupa diri dan lupa hari mati kamu. Pergi jahanam lah dengan manusia yang sedemikian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: