Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Cerita tentang Kekasih Baru ku

on March 24, 2008

Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
“Assalamualaikum”, seru Subuh.
” Wa’alaikumsalam”,sahutku.
Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat. “Tadi…”, kata Subuh dengan sayu,” …aku baru saja melintasi satu
tempat. Kucari tempat persinggahan,ku ketuk rumah2 yang sunyi,tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu.” Dan airmata Subuh pun berlinangan.
“Subuh,usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.
“Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang2nya sepertimu, menyambutku dengan pebuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.Hidangan yang paling aku suka
adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.Di
situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka”.Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.Aku fahami maksud Subuh.
“Maaf Subuh,aku tiada menanam pohon Al-Lail,jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.Tapi aku ada roti Shams”,cadangku pada Subuh.
Subuh menolak dengan hormat.”Roti itu ada tuan
punya”,kata Subuh.
“Adakah kau mahu manisan Zikir?” rayuku pada Subuhu.”Baiklah,ambilkan aku sedikit,serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan”,pinta Subuh.
Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh,yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut.Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.Dan aku berdetik di dalam hati,adakah ini tanda kemarau akan berakhir?Tanpa berlengah lagi
kubawa Air tersebut pada Subuh,tetamu yang kusanjungi,dan kusuakan manisan
yang dipintanya.Selesai menjamah kesemuanya,Subuh pun melirikkan
sebuah senyuman.
“Subuh…”, seruku, “…mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian.Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh”.Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.
“Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,sepertimana aku menguliti mimpimu”.
Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.”Subuh”, …seruku lagi bila
melihat Subuh bersiap untuk pergi,”Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”.”InsyaAllah” jawab Subuh,” …bukankah aku kekasih yang kau rindui?”.Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.
“Assalamulaikum”, seru Subuh.
“Wa’alaikumsalam”, jawabku kembali.
Dan mataku terus meniti langkah Subuh,yang semaik laju dengan setiap
langkah.
Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

(cirita ni aku sunting dari seorang kawan aku, aku just nak kongsi dengan korang semua.Leh kan..hi3..)


2 responses to “Cerita tentang Kekasih Baru ku

  1. Nohara Shinosuke says:

    huhuuhu…
    macam kenal jer karangan ni. kat mana ek???

  2. shinja says:

    emm ye ke..Ha mmg la.Sila kn sp ni ek?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: