Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

cuti summer di Madinah Mekah

on June 22, 2008

Salam Alaik & Salam Sejahtera semua..

Yuhuuuu……

Kali ni aku nak cerita sedikit pengalamn aku sepanjang aku melaksanakan umrah time cuti summer ni. Cuti di Jordan ni cmni la, boring. Dah la ramai kawan2 ambil kesempatan balik Malaysia, so aku pulak tak nak balik ni, pergi la umrah.

Jom baca sedikit pengalaman aku ni..Aku pergi bawah group Hadi Kelantan dengan kawan2 yang lain serta arab satu bas. Kami ( 17budak Mu’tah + 5 orang Irbid) yang lain semua arab…

 

 

11hb Jun 2008

Berkumpul di Bayt Pasir Puteh. Bertolak dari Mu’tah kul 2 ke Mujamak Petra Siahi, Qataronah 2 van. Naik bas SAHARA pulak dari sana. Dalam 6 petang sampai di Hudud Saudi. Bertolak dari Hudud kul 8.16malam. Melalui Tabuk pada jam 9.30malam. Kemudian rehat makan-makan & solat. Kemudian jam 10.42malam terus bertolak ke Madinah.

 

12hb Jun 2008

Solat Subuh di perhentian. Alhamdulillah sampai di Madinah pada jam 9 pagi. Melawat bukit Huhud jam 9.45pagi. Kemudian jam 11pagi pergi pulak melawat di Masjid Quba’ & solat Zohor di sana. Jam 1.25 terus bergerak ke Hotel Wardatul Abrar yang berhampiran dengan Masjid Nabawi (lebih kurang 15 minit la berjalan kaki ke Masjid Nabawi). Check in jam 2. Rehat-rehat jap..hi3..

Lepas Asar, aku, wan & shah pergi cucuk duit kat Bank Ar-Rajhi 300Riyal. Pastu tukar duit JD40 = 210 Riyal kat Sarofah. Solat Maghrib & Isya’ di Majsid Nabawi. Beli makanan di kedai mamak berdekatan dengan jalan pulang ke hotel kami. Nasi kosong harga 4Riyal, ha lom lagi masuk harga lauk2 lagi..mahal

 

13hb Jun 2008

Bangun seawall jam 3.30pagi, bersiap2. Solat Subuh di Masjid Nabawi. Sewaktu aku & Shah nk ke makam Nabi, berkenalan dengan seorang rakyat kita Malaysia, abang Rizal namanya. Dia peramah orangnya.

Solat Jumaat di Masjid Nabawi. Kali ni aku dengan Po-Cek berkenalan pulak dengan orang kita yang baru je bekerja di Saudi, namanya Pakcik Ghazali. Baik orangnya..dia nk ajak kami makan sama, tapi kami tolak dengan baik,hi3..segan

 

14hb Jun 2008

Lepas asar aku, wan & Shah pergi melawat Perkuburan Baqe’ yang terletak di belakang Masjid Nabawi ni, perkuburan para syuhada’. Maghrib & Isya’ di Masjid Nabawi. Lepas je Isya’ aku dengan wan pergi beli barang2 Umrah, (tali pinggang =5Riyal, kain ihram = 35Riyal) Pastu sempat la beli kurma cokelat dgn harga 20Riyal (tapi dapat juga kami cari port yang jual dengan harga 18Riyal)..Hmmm lagi, aku beli sim card Saudi, Mobily = 85Riyal..

 

15hb Jun 2008

Solat Subuh di Masjid Nabawi. Breakfast sama2 dengan kawan2, siap2, naik bas berangkat  10.15pagi dari Madinah. Kemudian sampai di Bir Ali jam 10.45pagi. Siap2 mandi & lengkap dengan ihram, niat2 semua, solat sunat ihram. Kemudian bertolak ke Mekah 12tengahari. Dalam bas tu kami bertalbiah la sampai la ke Mekah. Tiba di Mekah jam 5.30petang, check in hotel, kemas2 barang, rehat2 jap ambil angina baru la gerak ke Masjid Haram. Maghrib di sana, lepas baru buat umrah, tawaf2…saei sempat 4kali lepas tu Isya’. Lepas isya’ sambung saie. Bergunting. Pastu aku, wan & amir (irbid) pergi cari kedai gunting kuar dari Marwah, sekepala 10Riyal (bercukur & gunting biasa) 5Riyal (botak 1,2 @ 3).

 

16hb Jun 2008

Solat Subuh di Masjid Haram, subuh seawall kul 4.08 pagi. Zohor di Masjid Haram.

Lepas Zohor, pergi beli barang makan kt kedai berhampiran dengan hotel, Nasi Briani + ½ Dajaj Mashwi =10Riyal. Susu 1.5 Liter = 4Riyal.

Makan lepas solat Magrib. Solat Isya’ di Masjdi Haram. Lepas Isya’, aku & wan pergi beli2 barang kt area Bab King Fahd, minyak wangi Misk Abyad (besar 10 Riyal), (kecil 10Riyal x3 botol). Tempah botol zam2 20 Liter = 10Riyal

 

17hb Jun 2008

Solat Subuh cam biasa. Lepas subuh baca quran jap.

Kul 10 pagi siap2 pergi ke Tanaem, ambik van kat Bab King Fahd dari Haram ke Tanaem = 2 Riyal. Buat Umrah, tawaf ½ jam, Saei ½ jam, orang tak ramai sangat. Alhamdulillah….

Solat Zohor. Balik Hotel, mandi2 pastu tidur…yaHuuu..

Magrib kt Masjid Haram, baca Quran.

 

18hb Jun 2008

Bersiap2 ihram. Subuh di Masjid Harm past uterus ke Tanaem & buat Umrah buat kali ke4. Selesai terus balik hotel, tidur..Lepas Zohor dalam jam 3 lebih siap2 terus pergi buat Umrah lagi. Lepas habis je kami (aku, wan, Rabbani & Mat-We) g buat umrah lagi, time semangat tu..ho3…sebelum tu kami isi perut dulu. Beli barang makan & makan di Tanaem. Habis selesai semua selepas Isya’, Alhmldh…Balik hotel, mandi2, patu keluar balik aku, wan & Banny jalan2, beli camera, pastu makan KFC..hi3…(dh lama xmakan KFC)

 

19hb Jun 2008

Siap2 berihram, lepas Subuh terus gerak ke Tanaem, kali ni aku, wan , Shah & zaujah dia naik bas dari Haram ke Tanaem. Agak selesa tp lmbat la sikit kn sampai, ye la bas…(2Riyal). Selesai semuanya & Alhmldh dapat juga buat umrah 7kali. Balik hotel rehat2. Lepas Asar call pakcik Ghazali, sebab dia bagi msg yang dia dah sampai Mekah dh. Aku & wan makan2 dgn pakcik Ghazali di Hardies, sambil tu pakcik kenalkn dengan kawan sekerja, abang Zikhan.Kami sembang2 pasal pengalaman masing2 sambil makan. Selesai makan2 semua, g hotel diorang, berkenalan pula dengan kawan2 sekerja diorang. Diorang ni semua rakyat Malaysia yang bekerja di Yanbu, Saudi dalam bahagian minyak2 ni..cari gali. Sebelum Maghrib aku, wan , pakcik Ghazali & abang Zikhan sempay lagi buat tawaf sunat. Lepas Isya’ kami minum2 jap, pastu pakcik Ghazali minta dir ink balik bilik, ngantok katanya. So kami je la keluar jalan2 dengan abang Zikhan ni.Kami sembang2 pasal pengalaman masing2, banyak benda yang aku pelajari. Dia ni baik, sempoi je..ho3..

 

20hb Jun 2008

Bangun awal kul 3. Siap2 g masjid, tahjud. Lepas Subuh, g buat Tawaf Sunat jap. Balik hotel..

Kul 11.25pagi pakcik Ghazali call, dia ajak makan sama2 kat Burger King, isi perut sebelum Jumaat katanya. Lagi pun hari ni la kami last di Mekah, lepas Jumaat kami kena pulang ke Mu’tah, pakcik pun cmtu juga, dia nk balik Yanbu dah.

Solat Jumaat bersama. Selesai tu buat Tawaf Wida’. Lepas tu, aku & wan cepat2 balik ke hotel, takut2 lewat. Angkat barang2, kemas2 semua. Bertolak dari hotel jam 4 lebih..

 

21hb Jun 2008

Sampai di Border keluar Saudi jam 11.30 pagi. Border masuk Jordan jam 12 tengahari lebih. Alhmdullh kami sampai selamat di Mu’tah, Jordan jam 5petang. Huh 27jam dalam bas, penat tp cukup bermakna…Alhmdllh selesai menjalankn ibaah umrah dengan selamatnya…

 

Harapan aku, insyalh aku nak buat umrah lagi sekali, bagi hadam tul2. Insyalh haji lepas tu pulak akan menyusul. Aminn…


7 responses to “cuti summer di Madinah Mekah

  1. […] kaki ke Turki (Istanbul & Bursa), Syria (Dimasy), Mesir (Kaherah, Damanhur & Alex), & Arab Saudi (Madinah & Mekah). Kalau de peluang lagi, aku nak ke Syria sekali lagi & Lubnan. […]

  2. […] visa telah selesai. Malam ni aku berkemas-kemas. Esok nak pergi haji dah. Sebelum ni aku selesaikan umrah pada cuti summer bulan Jun yang lepas. Kali ni aku pergi haji pula. Alhamdulilah. Moga mendapat haji mabrur, […]

  3. qina says:

    salam…bgusnya Ya Allah..
    teruja dgr crite2 aMz…
    bertuahnye dpt g umrah n haji waktu muda..
    hanya insan terpilih sahaja akan lepas ke sane kn….beruntungnya…..

  4. shinja says:

    Salam..Hai qiNa. Alhamdlh tu semua rezki dtgnya dr Allah Taala. Alhmdlh aMz di beri peluang, so rebutlah peluang tu.hi3..InsyAllah qiNa juga mudah-mudahan menjadi tetamu Allah nanti, aMz doakan moga qiNa dapat pergi cepat.

  5. alumni kajen says:

    jazakumulloh infonya. Insyaalloh naafi lanaa wa lakum,…..

  6. […] tahun aku belajar di Jordan ni sudah dua kali aku jejakkan kaki ke tanah suci, pertama aku tunaikan umrah, kedua kalinya aku tunaikan haji baru-baru ni. […]

  7. ra says:

    dpt tgk gmbr ka’abah pn hepi..klu dpt p sne xtaula hepinye pasti jute2 lemon…will be going there in dis coming ramadhan..insyaalah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: