Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

KONSEP KEPIMPINAN

on July 30, 2008

Kedaulatan atau kuasa menghukum yang mutlak adalah hanya bagi Allah S.W.T. Ini adalah untuk menjamin kebebasan insan dam menjaga kemuliaan serta kepentingan supaya tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun.

Allah S.W.T berfirman Surah Al-An’am ayat 57 yang bermaksud:-
Katakanlah: “Sesungguhnya Aku tetap berada di atas (kebenaran Yang berdasarkan) bukti-bukti Yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. tidak ada padaku apa Yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah Yang menetapkan hukum; ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik Yang memberi keputusan”.

Ia adalah suatu perintah dam tuntutan dalam Islam kerana sebahagian yang kita ketahui bahawa pentadbiran urusan orang ramai ialah kewajipan agama,malah agama tidak dapat tegak berdiri tanpanya. Tidak sempurna kepentingan anak-anak Adam a.s kecuali dengan perhimpunan kerana mereka memerlukan antara satu sama lain dan sudah semestinya dalam perhimpunan itu ada ketua. Rasulullah S.A.W. bersbda yang bermaksud;

“Apabila dua orang bermusafir, maka hendaklah salah seorang dilantik menjadi ketua”
( diriwayatkan oleh Abu Daud )

Ia merupakan salah seorang daripada khalifah di atas muka bumi ini yang bertanggungjawab memainkan peranan untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T, seperti mana firman Allah S.W.T. Surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:-

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Hak pemimpin ke atas pimpinannya ialah hak mendengar, patuh dan taat. Tetapi hak-hak ini bukanlah merupakan hak yang mutlak bahkan hak-hak ini adalah hak yang bersyarat iaitu ketaatan dam kepatuhan kepada pemimpin adalah ketaatan dalam lingkungan apa yang diturunkan oleh Allah S.W.T. dam tidak bercanggah dengan kehendak Al-Quran , Hadith serta ajaran Islam dan dalam perkara-perkara kebajikan serta kebaikan.Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;
“ Hanya sahnya ketaatan dam kepatuhan itu dalam perkara yang baik yang tidak dilarang oleh agama”
( diriwayatkan oleh Muslim )

Segala bentuk kepimpinan hendaklah berpaksikan dengan sumber asal yang satu iaitu wahyu Alla S.W.T demi mencapai keredhaan maghfirahNya, selain merujuk kepada sumber-sumber yang lain. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;
“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepadanya, iaitu Al-Quran dam Hadithku”
( diriwayatkan oleh al-Hakim )

Apabila seseorang pemimpin atau pemerintah atau ketua itu menyempurnakan hak ummahnya, maka ia telah menunaikan hak Allah untuk mereka dan hak Allah ke atas mereka ( pimpinanya atau rakyat ) wajib mentaatinya. Allah S.W.T berfirman;
Surah an-Nisa’, 4:59, yang bermaksud:-

Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;
“ Wajiblah ke atasmu itu mendengar dengan patuh serta mentaati, sama ada engkau dalam keadaan sukar ataupun senang, keadaan rela menerima perintah itu ataupun membencinya dan juga dalam hal yang mengalahkan kepentingan dirimu sendiri”
( diriwayatkan oleh Muslim )

Pemimpin yang menyuruh atau memerintah dengan menyalahi apa yang dibawa oleh Rasul, maka perintah tersebut tidak boleh di dengar dan tidak wajib ditaati. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud ;
“ Tiada taat terhadap makhluk yang melakukan maksiat terhadap Allah”
( diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim )

Dan sabdanya lagi yang bermaksud;
“ Dengar dan taat adalah kewajipan setiap muslim dalam perkara yang disukai dan dibenci selagi tidak disuruh melakukan maksiat ( maka dalam keadaan ini ) tidak boleh taat”
( diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari dan Muslim )

Bentuk kepimpinan yang dilaksanakan bertujuan untuk memberikan kemanfaatan kepada pimpinan. Rasulullah S.A.W. bersabda;
“ Tiada seorang pemimpin yang menguasai urusan pemerintahan kaum Muslim, kemudian ia tidak bersungguh-sungguh memberikan kemanfaatan kepada mereka, juga tidak memberikan nasihat pada mereka ( mengusahakan mana-mana yang baik dan menolak mana-mana yang baik ) melainkan pemimpin itu tidak akan masuk syurga bersama-sama dengan mereka yang dipimpinnya itu”
( diriwayatkan oleh Muslim )

Begitu juga sebagaimana dalam kaedah Fiqhiyyah yang berbunyi :
“ Tindakan ( keputusan ) yang dijalankan olek ketua Negara terhadap rakyat mengandungi maslahah”

Rakyat hendaklah menyokong dan membantu pemerintah dalam semua perkara yang membawa kepada kemajuan, kebaikan dan pembangunan. Selain sentiasa menyuruh kepada yang ma’ruf dan menegah yang mungkar kerana itu merupakan salah satu asas penting Islam dalam pembangunan kemasyarakatan yang cemerlang. Allah S.W.T berfirman, Surah Ali Imran ayat 11 yang bermaksud:-

(Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang Yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat keterangan kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.

Hubungan integrasi yang bersepadu dan berterusan antara pemimpin dan orang arif juga hartawan serta pimpinannya hendaklah wujud bagi memastikan segala perjalanan kepimpinan sentiasa berada di dalam jalan yang benar iaitu mengikut prinsip dan syariah Islami. Allah S.W.T berfirman Surah At-Taubah ayat 71 yang bermaksud:-

Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Rasulullah S.A.W bersabda;
“ dua golongan manusia di mana apabila mereka berada dalam keadaan baik maka manusia akan baik, tetapi apabila mereka berada dalam keadaan tidak baik, maka manusia akan binasa, maka itu ialah ulama’ dan umara’. Kebaikan mereka adalah kebaikan manusia dan kebinasaan mereka adalah kebinasaan manusia. Seterusnya orang alim itu diikuti oleh manusia dlama perbuatan dan perkataannya, sekirannya segala perbuatan dan perkataannya baik, maka baiklah ikutan manusia itu.Tapi sebaliknya sekiranya segala perbuatan dan perkataan buruk , maka buruklah ikutan manusia itu.Manakala pemimpin pula menyediakan kepada manusia apa yang mendatangkan kebaikan kepada mereka atau yang boleh membinasakan mereka dan dalam masa yang sama mereka ( rakyat ) tidak akan menyalahi perintah mereka ( pemimpin )”
( daripada Anas Ibnu Malik )


3 responses to “KONSEP KEPIMPINAN

  1. londra says:

    do you know any information about this in english?

  2. shinja says:

    sorry, i don’t hv in english this information. In arabic mybe & in BM

  3. nemo=) says:

    emm..pmbetulan…i don’t hve this info in english..hehe..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: