Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Ahlan bikum:.

on August 22, 2008

Salam Sejahtera dan Salam Alaik kepada semua rakan-rakan yang sempat membaca entri aku ni..

Ok la, kali ini aku nak menceritakan suatu yang baru. Korang nak tau ke? Baik la, semalam kan 20hb kan, so semalam lah last paper exam aku untuk fasal soifi (summer sem) ini. Start jam 4 petang sampai jam 6 petang. Pastu pula soalannya bukan main hebat susahnya. Pening di kepala ini masih lagi belum hilang dek kesan ‘radioaktif’ imtihan (exam) kali ini. Korang doakan aku ek moga dapat lepas semuanya. Takut la….Pada hari ni juga la kami, student KIDR (Kolej Islam Darul Ridzuan, Perak) ke Jordan menyambut kedatangan student baru dari kolej kami. Disebabkan aku exam petang, dorang pula tiba di mator (airport) Jordan pada jam 4petang (waktu Jordan) kalau waktu Malaysia dalam 9malam, so aku tak dapat la nk sambut dorang di airport tu. Yang sambutnya, syafiQ Murat, ikhwan, sheh Fahmi, Kak Sarah, Akak, k.Yong, Senior angah dan Syahed (anak MB Perak). Yang lain tu de yang tolong masak-masak untuk makan malam nanti, de yang di rumah masing-masing dok lepak dan ada yang exam.

ketibaan student-student baru KIDR ke Jordan

rehat sebentar..

               

 

 

 

 

 

 

Antara student kami yang datang ke Jordan ni adalah najmi, hafiz omar, amin, din kude, aina, mira, niza, zulaiha, hartini, aimy dan ramlah. Ahlan wasahlan bikum, selamat datang korang ke Jordan ni. Kita teruskan perjuangan kita di sini pula. Moga kita sama-sama berjaya dengan cemerlang dalam menuntut ilmu agama ini, selain tu kita boleh la memperlengkapkan diri dengan ilmu lain yang berfaedah serta menimba pengalaman yang cukup berbeza pengalaman kita di Malaysia.

Hmm masih lagi aku ingat semasa dalam penerbangan,” hai, cam mana la agaknya Jordan ni ek?, nama gah semacam je. Mesti cenggih…dasyat..” Bila tiba je di airport Jordan tu, timbul dalam hati aku ni, “eh! ni ke  international airport Jordan?”. Ha kalau korang nak tau, airportnya tak de la canggih sangat. KLIA lagi hebat. Itu pun arab ni bangga-bangga sangat la dengan negara dorang ni. Hai jem-jem. Korang leh tanya kawan-kawan aku di Jordan ni ha.

majlis makan-makan di rumah kami, bayt Heik Nizom

 

antara yang hadir

 

 

 

 

Masa jadi budak baru tu la, kami belajar macam-macam, guna duit, cmne nk berkomunikasi dengan arab secara ringkas, keadaan sosial arab ni cmne, sistem belajar di Universiti Mu’tah ni, doktor-doktornya cmne, madah-madah (subjek-subjek)nya lagi, dan sebagainya la. Pejam celik je dah hampir setahun kami di sini. Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa, kiranya puasa buat kali kedua kami di sini. Alhamdulilah. Doakan moga kami terus gagah dengan menghadapi cabaran kehidupan di sini ye, doakan juga moga kami berjaya dengan cemerlang. Insyalah dalam blog aku ni, akan aku cerita kan sedikit pengalaman dan sedikit ilmu aku di sini. Moga apa yang aku ceritakan di sini dapatlah aku kongsi bersama dengan kawan-kawan blogger, sanak-saudara, rakan-rakan seperjuagan dan rakyat-rakyat yang sempat ziarah ke blog aku ni, Duniaku Hijau. Terima Kasih atas sokongan kalian semua.
        

2 responses to “Ahlan bikum:.

  1. alifdalmim says:

    it’s seem nice to be a senior..n got juniors..hehehe..nnti leh pnggil senior amz..

  2. shinja says:

    iyo la tu ha jang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: