Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Luangkanlah sejenak…

on August 25, 2008

Salam Warna-Warna Kehidupan…Apa khabar kalian hari ni? Aku harap korang semuanya dalam mood warna yang baik.

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang la kan pada suatu benda yang kadang-kadang kita sendiri pun hampir melupainya, kadang-kadang kita hampir-hampir abaikannya. Aku nak ajak korang semua berfikir sesuatu. Hidup kita ini sebagai seorang ‘pemimpin’ memang sibuk sangat kan? Ye la, hatta kalau kita ni sebagai seorang pelajar sekali pun kn, kita mesti sibuk dengan study la, dengan assignment la, dengan kerja-kerja persatuannya lagi. Kalau kita bekerja pula, kita mesti sibuk dengan urusan-urusan pejabat la, nak kena siapkan kertas kerja la, nak kena selesaikan masalah kewangan dalam syarikat, nak kena tingkatkan jualan dan sebagainya. Ha itu baru antara kita yang sebagai orang awam, bagaimana pula la kan pemimpin-pemimpin kita? mesti lagi sibuk kan. Dengan urusan mereka dalam memimpin.

Cuba korang fikirkan la, masa yang kita terlalu sibuk tu, ada tak kita luangkan sedikit masa pada benda-benda yang kita abaikan tu. Tak kira la sama ada pasal keluarga ke, ibu bapa kita ke, pasal cinta ke, pasal kawan-kawan. Adakah setiap langkah kita ini terisi dengan baik? Adakah kadang-kadang kita terasa sunyi? Adakah korang terasa sedar bila memikirkan perkara tu semua? Adakah kita luangkan ‘sejenak’ masa untuk benda-benda tersebut sebelum ni? Adakah kita sedar itu semua? Usah cakap la kan, dalam seminggu kita nak call parents di kampung misalnya pun jauh sekali. Sekadar tanya khabar je pun jadi la. Dorang mesti terasa sunyi kan tanpa kita di sisi mereka? Kurang-kurang dapat la terubat sedikit rasa rindu di hati.

Bukan senang kan kita nak bahagi-bahagikan masa untuk itu semua. Kita perlu mahir luangkan masa dan bahagikan masa pada semua. Cuba kita perhatikan keadaan sekeliling kita ini, semuanya saling perlu- memerlukan. Indahnya alam ni kan bila kita sama-sama ‘warnakan’ kehidupan kita dengan ‘sinar kemesraan dan cinta’. bukan senang, bukan mudah kita nak lakukan dan berikan masa pada semua benda kan? Apa-apa pun kita cuba luangkan ‘sejenak’ detik-detik masa kita tu mengikut kemampuan kita. Dan kita harap serta berdoa moga Allah permudakan segala urusan seharian kita. Insyallah, Allah akan membantu.

Jom kawan-kawan, kita sedaya upaya luangkan sedikit masa untuk hargainya. Sesuatu yang sebelum ini kita tak ambil peduli kan?. Harap ‘warna kehidupan’ kita hari ini lebih meriah, lebih cerah, lebih indah dari sebelum ini. Mungkin dengan cara ini kita dapat tingkatkan lagi motivasi pada diri untuk lakukan kerja seharian dengan semangat lagi.

Ce korang hayati lagu ni..
Sejenak – Letto


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: