Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Ramadhan aku yang dulu, sekarang &…..

on September 4, 2008

Assalamualaikum semua..

Hai rasa sekejap je masa berlalu kn? Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan, bulan umat Islam berpuasa. Pada yang berumur 23tahun cm aku ni kiranya dh kali ke berapa ye aku berpuasa pada bulan Ramadhan,hmmm akupun tak berapa pasti bila aku start puasa. Serius aku tak ingat,ha3..

Menjelang sahaja bulan Ramadhan, sudah pastinya dalam kotak fikiran korang terbayang tentang keadaan mana kita menahan lapar, dahaga & tidak melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa, bila time besahur pulak masti malas nk bangun la, nak kunyah makanan dengan keadaan tutup mata..ha time berbuka paling best! kalau atas meja tu mesti cam kedai jual lauk je, ye la kn, banyak jenis lauk yang dihidangkan, belum lagi airnya, paling kurang air de 2jenis.ha3..Mesti korang penah lalui detik2 bila datangnya bulan puasa ni dengan kenangan pelbagai ragam ‘warna’ kn? Time budak2 la best, time ni de yang puasa sampai setengah hari je sebab kalau tak puasa, tak dapat duit raya. Ini mungkin salah satu tarbiah untuk melatih budak2, tapi serius mak aku tak de nya nak suh puasa dengan ajaran siapa yang tak puasa,tak dapat duit raya. Semua anak-anaknya kena puasa. Bila time sahur, semua kena bangun makan. Mak aku garang oOo..ha3..Tapi aik hati.

Bila time berbuka macam2 jenis lauk la atas meja terhidang..”hai lambatnya nk berbuka ni”..Mata ayik pandang jam di dinding je. Bila azan je, mula la buh lauk banyak2 dalam pinggan sampai penuh kononya leh la habis, aleh2 xhabis. Kenyang bukan main.. Bila traweh mula la malas.ho3..

Macam2 kenangan time kecil2 dulu, time budak2 lagi..Sekarang!!

Sekarang aku dok jauh dengan family..Dok di negara asing. Jordan,salah sebuah negara arab. Suasana di sini cukup2 berbeza. Sambutan menyambut Ramadhannya di alu-alukn. Cuma time rayanya tak lah semeriah di Malaysia. Trawehnya pun 8 rakaat je kt tempat aku ni, tak pasti pula kat masjid2 lain berapa. Tak de selawat pun,terus je bangun sambung ke rakaat seterusnya, simple kn? Kalau bersahur aku tak penah lagi bersahur dengan arab, tapi kalau berbuka aku penah la korang leh baca entry aku yang lepas di sini.

Kalau ikutkan kalender Islam kiranya dh masuk 2tahun aku sambut puasa di negara arab ni. Sekarang ni aku tengah cuti sem ni, kawan2 ramai pula yang balik Malaysia, cuti. Aku tak nak la balik, nanti dh habis baru la balik. Bangun sahur kat sini awal sebabnya subuh sekarang kat sini awal, dalam kul 4.45pagi dah azan subuh dah. Sekarang ni musim panas, so siangnya agak panjang, malam pula pendek. Lepas subuh aku tak de buat pe kadang2 aku tidur r..ha3.. dah time cuti kan, tak tau nak buat pe. Kadang2 tu dok ngadab laptop kesayangan aku ni ha, LG. Aku banyak habiskan masa je time2 cmni kat rumah je. Kalau sebelah petang lepas asar aku ditugaskan jual kuih, air jagung, untuk Biro Ekonomi PERMATA, sempena Program Ihya’ Ramadhan ni. Aku la kena jaga gerai kuih ni, jadi saudagar kuih. Aku dengan din & bucha la jaga kedai. Budak laki yang lain balik Malaysia. Jualan kuih leh tahan la lakunya, budak2 Malaysia juga belinya, arab nak beli?!! boleh jalan la. Dorang ni tak leh terima makan asing, dorang ni syok dengan dunia dorang je. Hai pelik la arab Jordan ni. Balik2 je dari jual kuih hampir nk berbuka, sampai2 je kt rumah dah azan, pe lagi, terus je la berbuka. Traweh kt masjid belakang rumah kami je, kt masjid belakang rumah kami ni buat 8rakaat je. Aku rasa kt sini semuanya buat 8rakaat je. Lepas 4rakaat de sedikit tazkirah, pastu sambung. Kejap je pun.ha3..Lepas traweh aku & kawan serumah pergi tadarus al-Quran, di rumah2 kawan yang telah di listkan oleh Biro Kerohanian ikut giliran. Program ni pun salah satu daripada program Ihya’ Ramadhan, memang setiap Ramadhan akan diadakan aktiviti tadarus ni setiap rumah2 student shabab (laki) mengikut giliran. Kali ni bila habis je tadarus, tuan rumah mesti sampaikan tazkirah sikit & seperti biasa tuan rumah akan adakan sedikit jamuan ringkas.  So cm ni la aku tiap2 hari sepanjang cuti di bulan Ramadhan ni start awal puasa sampai la ke hari ni. Tak lama lagi dah nak buka sekolah, so de la kuliah. Tak tau la cmne pula perjalanan Ramadhan untuk seterusnya ni, harap lebih baik. Cuti ni serius aku katakn, cukup boring kt sini. Mana taknya, kalau nak g jalan2,g Petra!, Laut Mati!, aMman!,  hai bulan puasa ni penat pula, dengan tambang coster pun mahal.

Apa2 pun moga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan kita yang lepas. Bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan, bulan yang sangat diistimewakan oleh Allah. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan, di dalamnya penuh dengan rahmah, keampunan dan pembebasan dari api neraka. Selamat menjalankan ibadah puasa kepada kalian. Aku tujukan lagu ni khas untuk kalian sempena bulan Ramadhan ni..

Salam Ramadhan bt semua..


9 responses to “Ramadhan aku yang dulu, sekarang &…..

  1. Bayan says:

    Bulan puasa sejak zaman kanak-kanak sama sahaja. yang beza persepsi kita tentang puasa. Jika dulu puasa untuk duit upah, menunjuk2 dengan kawan-kawan, macam diri mulia. Hahahhaha…

    Sekarang persepsi lebih baik. Mungkin untuk memantap taqwa dan membersih dosa lalu dengan memperbanyak membaca Quran dan mengalami manisnya solat terawih.

    Namun, ada juga yang masih belum mengenal erti ramadhan. Maka dia adalah orang-orang yang rugi.

  2. cikf=) says:

    selamat berpuase di perantauan…

    kalo sy, mau hari2 sy nangis…huhu

  3. shinja says:

    Ramadhan mengajar kita erti keinsafan. Solat taraweh bersama dengan pak2 arab ni menunjukkan walau kita berlainan bangsa, kulit, bahasa, tetapi kita seTauhid. Kesatuan muslim itu hebat, saf nya lurus megah,..depan,belakang,kiri & kanan cukup sempurna tembok kukuh..

  4. shinja says:

    cikf=) :-Hmm klo hari siang pun nagis alamatnya sepanjang puasa tu la batal puasa.ha3…

  5. cikf=) says:

    eh…ye ke batal puase???
    huhu

  6. shinja says:

    ye la cikf=) ho3..

  7. pandagumuk says:

    x mo la bukak pose ari2 mcm ni.seminggu da pecah perut.x makan org jamu.x baek pulak.

  8. shinja says:

    tu la kn, setiap kali pasa kn agak menarik kiranya kita berbuka dgn juadah yg berbeza2 kn? Rasa nk makan pun agak bersemangat sikit, tul tak cik pandagumuk?ho4..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: