Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Berbuka puasa di rumah MaMa?!

on September 6, 2008

Salam Ramadhan buat anda semua, harap kalian di waktu ini dalam keadaan yang ceria & sihat2 ya.

Ha kali ni aku nak bawa korang ke negara arab, namanya Jordan. Ha nak tak semua? siapa nak, angkat tangan? Ok bagus! Hmm aku nak cerita pasal berbuka di rumah ibu angkat kami.ha3…

 

Arab Jordan ni selalu panggil atau kebiasaanya atau kebanyakannya  panggil ibu mereka dengan panggilan ‘MAMA’. Mama kami ni namanya iman, tapi kami panggil dengan panggilan Mama Mu’taz. Mu’taz ni adalah sempena nama anak sulungnya. Secara kebiasaanya memang arab baik ibu atau bapanya akan mengunakan nama panggilan mereka sempena nama anak sulungnya.

Semalam (5hb Sept 2008) kami berbuka di rumahnya di aMman. Dia mempunyai 5orang anak, 4 lelaki, sorang je perempuan. Ikatan kekeluargaan arab ni memang kuat, itu pada pengamatan aku la. Tapi serius aku katakan, sesama mereka memang kuat ikatan kekeluargaannya sampaikan anak dalam satu rumah tu semuanya duduk satu keluarga. Duduk adik-beradik sekali. Kat sini rumah mereka cm banglo, rumah agak besar, siap de ceracak kat atas sekali, sebagai persiapan untuk tambah rumah bila anak perempuannya khawin nanti.

 

Ok sambung balik cerita berbuka puasa. Arab ni dia cukup2 layan tetamu mereka dengan hebat. Mereka akan hidang dengan makanan yang banyak kepada tetamunya. Bagi mereka, kalau tak hidang makanan yang banyak, ia cm satu aib. Dorang ni hidang makanan punya la banyak. Kita kan perut melayu, dorang perut arab lain la. Hidang banyak gile. Aku makan sampai kenyang sangat2, rasa sampai ke sudu dada ni ha, sarat sangat dah. Kawan aku sampai tak lalu habis. Mana taknya, tiap kali lagi sikit je nk habis, mama akan tambah dalam pinggan.ho3..Mujur la aku dia tak de pulak tambah. Air je sampai 3jenis dia hidang. Ha belum lagi lauk-pauk, memang banyak. Dah la potongan ayam & dagingnya besar2. Fuhh memang tak larat nak habiskn. Memang de lebih. Korang leh tgk gambarnya di bawah. Sedap bukan? Cam kt restoren pula.ha3..

saiyadin
maqlubah
sos ni sama rasa cm sos nasi ayam

  

Dorang ni memang layan baik punya, lepas makan dorang hidang pula dengan manisan arab (halawiat). Peh!! memang kami ngaku kalah. Makanan semuanya sedap2, cuma tak lalu je nak habis kn sebab perut dah penuh.ha3..

Family Mama ni semuanya peramah, mudah mesra. Dorang memang spoting. Sempoi la..

 


17 responses to “Berbuka puasa di rumah MaMa?!

  1. bayan says:

    Hmmm…entri yang bagus untuk tatapan kawan-kawan di Malaysia. Juga bagus kerana tidak meletakkan hukum kepada mereka yang kita di sini lihat seperti membazir.

    Sebab itulah Islam juga menggalakkan umatnya mengembara ke negara lain untuk mengenali budaya masyarakat di tempat lain. Untuk kita belajar dan menilai diri kita.

    Tak boleh salahkan mereka yang kita lihat seperti membazir. Hakikatnya memang cuaca dan bentuk fizikal mereka mempengaruhi setiap tindak tanduk mereka. Contohnya hal makanan dan sebagainya.

    Banyakkan menulis hal-hal sebegini. Banyak manfaatnya. Tahniah.

  2. shinja says:

    Peh!! kata2 sokongan dari seorang cikgu 2..hi3..syukran ye kak.hi3..

    Caya tak kerana makanan, kita dapat sakit. Kerana makanan juga kita dapat sihat. So apa2 pun kita kena lah menjaga gaya pemakanan kita dengan baik.

  3. cikf=) says:

    tetamu kan pembawa rezeki…
    mesti layan elok2=)

  4. mahsyar90 says:

    pergh..banyak betul makanan ye..😀

  5. shinja says:

    cikf=) :-Tul 2, tetamu tu pembawa rezeki. Apa2 pn mesti la dilayan dengan baik.Mereka mendoakn kebaikan utk tuan rumah, so layan lah dengan baik..

    mahsyar90 :-Memang byk mknn.Serius la aku nk hbs pun ambik ms lama tu..

  6. fiza says:

    salam

    bestnya…. seronok tgk🙂

  7. shinja says:

    salam..
    oh best ek? leh tahan la…

  8. !x0r@ says:

    Jordan? owh.. bestnya dapat belajar sampai sana🙂

    p/s-Jordan ni sama dgn Mesir tak? mcm makanan ke.. dll..

  9. anna says:

    salam ramadhan to u too🙂
    wowiieee.
    manyaknyeww makanan.yum!yum! ;p
    owh stdy jordan ea.
    jauh perjalanan, luas pemandangan, byk pengalaman..🙂

  10. fisha says:

    salam ramadhan aMz.. amboi, macam best je makanan2 kat sana. tp, tengok pun rasa macam dah kenyang. huhu..

  11. shinja says:

    cik ixora :-Alhamdulh la stdy kt sini.Dh rezki.Hmm Jordan cukup2 berbeza dgn Mesir.Mata wang Jordan dgn Mesir pn beza.Kalau Jordan guna Dinar,JD1=RM4.87, kalau Mesir guna Genih,1.00EGP=RM0.637.Hmm kalau makanan tu de yg sama, cuma de juga bezanya.Tak sempat la pula saya hari tu nak tangkap gambar serba sedikit makanan di Mesir.Jordan tau la..

    anNa :-Memang byk makanan.Lalu tak lalu je nk habiskn.hi3…Rezki stdy kt sini,alhmdlh..syukur.

    fisHa :-Salam Ramdhan bt fisHa, leh tahan la bestnya.Mula2 siapa yg rs makanan kt sini,memang la lain.Dh lama2 ok la.Serius lazat..

  12. liz says:

    salam..
    banyaknye makanan…
    hehe..seronokan ada fmly agkat ni..
    kalo berbuka bertambah meriah n lalu la makan…hehe..

  13. !x0r@ says:

    oh,kiranya matawang Jordan lagi tinggi dari Mesir la eh? saja je tanya sbb kakak saya duduk kat Mesir tapi saya malas nk tanya beliau. hahaa

  14. shinja says:

    liz :-salam..memang byk makana, sampai xtalu nk habis kn.ha3…

    ixora :- a’ah mata wang Jordan lebih tinggi dari Mesir..ha2..

  15. ainulairina says:

    wah meriah nyer..byk nyer mkanan yg disajikan..bila dh ader mkanan yg byk, npak gayanya en amz kiter nih mkin kuat mkn la yer..wah, beringat2 tau..t berisi bsn nyer..jd montel..hehehe ;P

  16. shinja says:

    eh rs nya aMz xmontel kot.hi3…takut la,jgn la kata cmtu.hi3…😉

  17. asalamualaikum, ana juga pernah belajar di jordan yarmouk universiti. boleh tolong tanyakan tak, kacang jenis apa yang digunakan untuk buat palafil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: