Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Minggu Haluan Siswa Mu’tah..

on September 14, 2008

Salam Puasa buat semua,

Hari ni aku cuma nak menceritakan serba sedikit pasal program yang aku jalankan di sini baru-baru ni.Program ni namanya Minggu Haluan Siswa, iaitu sesi orentasi bagi student2 baru yang sambung study kt Jordan ni, atau nama sngkatannya MHS. Kali ni MHS ni dibuat berasingan mengikut mantiqah (zon), iaitu peringkat Irbid, dan kami di peringkat Mu’tah. Perubahan kali ni buat berasingan mengikut zon kerana 1st sekali untuk mengurangkan baget kewangan. Seperti yang lepas2, MHS ni buat satu tempat je,cam tahun lepas di Irbid.

Ok la, aku bukan nak cerita MHS masa tahun lepas, tapi untuk tahun ni la.ha3.. =P Ok la.Minggu Haluan Siswa (MHS) peringkat zon Mu’tah ni bermula pada 11hb September di Wisma Negeri Sembilan, Mu’tah sebelah petang dalam jam 4petang. Seperti biasa sesi ta’aruf dikalangan Urusetia dan Fasilitator menjadi sesi pertama MHS’08 kali ni.Pastu, disusuli dengan taklimat ringkas disiplin oleh Ukhti hebat. Ha budak2 Mu’tah mesti kenal kn dengan k.Syafawati. Kemudian de ice breaking.

Esoknya pula (12hb September) program ni disambung pula di dewan Fakulti Sains Pendidikan, Universiti Mu’tah. Sebenarnya kami tak dapat buat kat Dewan Jameah Mu’tah ni, sebab pihak Jameah kata budak2 Malaysia ni kerap sangat buat program time cuti, kalau waktu kuliah leh la.Ada pula camtu ek, hai memang pelik arab ni. Tidak kami kena sewa dewan kat luar, dewan Nadi Mu’tah, tapi entah camne kami dapat pula buat di Jameah di Dewan Fakulti Sains Pendidikan. Maybe atas sebab kami de jemput ra’is jameah (Ketua), so entah cmne leh pula dapat. Hampeh tul..takut la tu sebab kami jemput orang atasan Jameah takut kena sound la tu.ha3…

Macam2 slot yang dapat dijalankan dengan jayanya, seperti slot “Who wants To Be a Daie”, iaitu sesi berbentuk kepada pidato spontan yang disampaikan oleh para peserta mengikut nama yang dipilih rawak. Kemudian acara perasmian oleh saudara Dr. Dzulkarnain, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang merupakan perasmi bagi MHS kali ni. De lagi slot2 lain, seperti “Isu Warganegara dan Visa” yang disampaikan oleh En. Kholil Musa, merupakan kakitangan Kedutaan Malayisa di Jordan, pastu slot MPPM, saudara Dr. Dzulkarnain dan saudara Ifwat. Selesai solat Jumaat, sambung pula dengan slot “Isu Keselamatan Mahasiswa dan Bayt Muslim” oleh sheh kita, sheh Fahmi dan Senior Mizi.hi3.. Ha3 =) Majlis terakhir pada hari tu dengan jamuan berbuka puasa di Wisma Negeri Sembilan, Mu’tah yang dikateringkan oleh Taukey kita,yiHaa..

13hb September, Sabtu. De slot bersama PERMATA (Persatuan Mahasiswa Malayisan Univertsiti Mu’tah), oleh saudara Syaheed, Presiden PERMATA sesi 08/09. Pastu LDK, slot pengenalan tentang Jordan, debat siswa,slot “Urusan dan Tatatertib di Jordan” dikendalikan oleh En. Azmir ,Penolong Atase Pendidikan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan. Dan akhirnya majlis penutup oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, iaitu Us. Sulaiman.

Alhamdulilah program ni dapat berjalan dengan lancar, semuanya dibantu oleh urusetia dan FS semua. Moga tahun2 yang akan datang lebih baik dari MHS tahun ni. Aku pun tak tau la nk nilai cmne kn, apa2 pun peserta sendiri lah yang dapat menilainya. Dan syabas buat ‘pelakon2’ handalan dalam menjayakan sedikit lakonan huru-hara sepanjang program ni, semuanya adalah gimik kami untuk peserta.ha3 =)

Akhir kata, moga pelajar2 baru dapat suaikan diri anda semua di negara arab ni,The Hashemite Kingdom Of Jordan dan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum.


5 responses to “Minggu Haluan Siswa Mu’tah..

  1. cikf=) says:

    owh…kat ipta msia pun kite panggil MHS jgak..
    minggu haluan siswa..heh

  2. shinja says:

    hmm sama la.Dari segi nama memang sama, mungkin dari segi pengisiannya berlainan..

  3. mahsyar90 says:

    baru ni kawan aku ada pergi Jordan sambung blajar..tapi tak igt la universiti mana..mungkin universiti Mut’ah jugak kut..hehe tak pasti la..anyway..
    kat u aku ni panggil MAS(Minggu Aluan Siswa)

  4. shinja says:

    Hmm kwn ko ek? Ha tolong tny dia blk ek pst kn dia dok U mn k,pstu tny aku k.
    Aik kenapa ye namanya Minggu Aluan Siswa pula ye?..Aluan..Hmmmm………..

  5. alifdalmim says:

    amz..itu bru kt bareed..masa sy nk balik dlu..lagi la plk..kotak yg nk dikargo tu kene buka..da tu brngan jenis cecair tak leh kargo..tak ke pelik tuh..sptutnya barang jnis cecair tak leh bw naik atas..pastu bila dia da suh buka kotak tuh..da tak leh nk tutup balik sbb tak de seletep..ada ke dia suh tutup guna sticker FRAGILE tuh bbnyk..giler la diaorg tuh..geram tol..kene g Safeway beli seletep..kalo tak caya tnya la Lutfi..

    [pengalaman2….]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: