Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

ibu hantar baju raya!

on September 16, 2008

Salam Ramadhan, Salam Tamar, Salam Kurma, Salam Kataef..(ha apa itu kataef?, kalau korang nak tau apa benda tu, aku akan ceritakan benda tu pada entry yang akan datang,hihihi..)

Tadi aku dapat panggilan dari seorang kawan, nama dia Lutfi, dia ajak aku pergi Karak, teman dia ambil barang kat bareed (pejabat pos), mak dia post barang. Dia kat Jameah, aku pulak kat rumah, baru je wida’ angah dan azhar yang dh pun habis balik ke Malaysia. Tahniah buat korang. Aku cam malas la pula nak keluar2 ni, dh la bulan puasa, cuaca agak panas, nk ke Jameah pula pergi sekali dengan Lutfi ke Karak. Hai malasnya aku…aku pun cm tak pasti.Lepas je dapat panggilan dari Lutfi, tiba-tiba hpone aku berbunyi.

Amzari,brg kamu ade kt bareed karak skrg,leh la g ambik sblm kul 1 arini..

Hmm aku dapat masej dr Wali. Wah!! berita baik. Alang-alang leh la aku join sekali dengan Lutfi ke Karak. Apa lagi, aku terus la gerak ke Jameah pergi sekali dengan Lutfi ambil barang kt Karak. Lagi pun memang aku nak ke Jameah sebenarnya, aku nak ambil surat kt bareed Jameah. Eh cik chumel, terima kasih ek bg present tu. Memang suke sangat hadiah tu, buku Dr. IK tu. Suka sangat buku tu. Tq..Tq..terima kasih banyak2 ye cik chumel.

Selesai je ambil present tu kt bareed Jameah, aku tunggu pula Lutfi. Dia sebenarnya de exam Hasub (komputer). Lepas je kami terus gerak ke Karak.

Sampai di bareed Karak…Kerani tu minta kami JD1 untuk 1 barang. Hai kena pula bayar, hai memang cmni la Jordan, semuanya nk duit. Dah la barang aku tu dengan berat 4.74kg, RM 146.20. Nak ambil barang kt sini pun nak kena bayar juga. Duit..duit..& duit. Pastu dia minta hawiah (kad matrik pelajar), sain kat dokumen post kemudian ambil barang. Sebelum nak bawak balik barang tu, dia minta kami buka pula kotak bungkusan barang post tu. Hai kenapa pula nk kena buka2 ni? aku pelik la arab ni. Masalahnya barang ni dari Malaysia, dah siap scan dh. Tak kan la nk buh dadah pula dalamnya. Nampak cm hebat Jordan ni, scan pun tak de. Kalau di Malaysia, de tak kita nak ambil barang post tu nak kena buka2 pula? Aku pun buka la kotak yang mak aku post kn tu. “Hai makkulat malizi wa malabis bass”, kata aku.

So dia sini aku nak bagi tahu pada kalian, tahun ni aku raya di Jordan dengan baju raya baru. YiHaaa!!!!! bestnya de baju baru..(ha siapa-siapa nak tau apa warna baju raya aku pada tahun ni, nantikan entry aku akan datang edisi Raya di Jordan tahun ke 2)


14 responses to “ibu hantar baju raya!

  1. sHeqa says:

    wah, menarik..
    mesti rs marah pada org yg suh bukak kotak tu ilang dengan sendirinya tatkala melihat baju raya..
    tahun ni mmg agak panas pose..

  2. fisha says:

    ish, macam pelik la arab ni.. bukan macam, tapi mmg pelik pun

  3. JuliaNa says:

    waaa…bestnye ada baju raya baru!!

    owhhh..awak kat jordan rupanya..🙂

  4. Faruha says:

    Salam ziarah dari saya, Faruha.

  5. shinja says:

    sHeqa :-hi3..mst la.Baju raya penyejuk hati.. Dah la musim panas kt Jordan ni,Kadang2 kalau nk keluar g mn2 ke kena fikir 2 3 kali.ha3..

    fisHa :-banyak benda2 pelik lagi yang dapat di lihat perangai & gelagat arab ni.Insyalh de masa akan datang, aMz akan cerita kn banyak benda pelik dgn arab ni..hi3..Maybe kita dapat sedikit ilmu pengetahuan & pengajaran dari ni.Memang hebat ciptaan Tuhan, manusia di cipta dgn pelbagai gelagat.

    JuliaNa :-hi3…Alhmdlh best la raya thn ni dpt melaram dgn baju br.yiHaa!!
    Yup, saya stdy kt Jordan.

    Faruha :- Salam Alaik, terima kasih sudi ziarah ke blog saya. Allahu atiq afiaah

  6. buzzybug says:

    best kan ada baju raya baru… hehehhe…
    kat mana2 pun guna duit… huhu…

  7. shinja says:

    Mst la best wahai buzzybug. Hmm awk pula cmne? de baju raya ke?hi3..
    Tu la pasal, duit tu menjadi 1 perkara penting pula dlm hidup ni..

  8. buzzybug says:

    baju raya mesti laaa ada… ada 2 lagi.😛

  9. shinja says:

    Hmm nanti kita buat entry pasal baru raya nak tahun ni?

  10. lutfi says:

    heheh…
    amzari@Ribena Biru.. kisah ibu hantar baju raya ada sambungan didalam blog aku…hehehe…

  11. shinja says:

    aku dh baca dh..Ha tgk la pe aku komen kt ko pny blog.hi3..

  12. alifdalmim says:

    amz..itu bru kt bareed..masa sy nk balik dlu..lagi la plk..kotak yg nk dikargo tu kene buka..da tu brngan jenis cecair tak leh kargo..tak ke pelik tuh..sptutnya barang jnis cecair tak leh bw naik atas..pastu bila dia da suh buka kotak tuh..da tak leh nk tutup balik sbb tak de seletep..ada ke dia suh tutup guna sticker FRAGILE tuh bbnyk..giler la diaorg tuh..geram tol..kene g Safeway beli seletep..kalo tak caya tnya la Lutfi..

    [pengalaman2….]

  13. shinja says:

    hmm apa2 pun memang arab ni huru-hara, sebab tu la Nabi di turunkan di tanah arab.huHuHu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: