Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Sekali sekala

on September 25, 2008

Masa mula-mula sampai, aku masih ingat lagi kataef. Apa benda tu? Ha korang semua nak tau ye? Bagi orang yang dah tau, khususnya pelajar-pelajar Malaysia di Jordan ni mesti la tau kan pe benda tu.hi..

Benda ni setahun sekali munculnya, cam lemang la kan kat Malaysia. Tapi kataef ni muncul bila menjelangnya Ramadhan. Kedai-kedai roti mahupun kedai-kedai halawiat (manisan) mula la menjalankan perniagaan mereka menjual kataef. Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Setengah kilo 30 qurush je.  Kalau dalam ringgit Malaysia dalam RM1.45 la. (ikut currency pada tarikh hari ni adalah JD1 = RM4.837).

Mula la berpusu-pusu arab beli, tidak kurang juga budak-budak kita beli. Kataef ni bentuknya bulat, di buat daripada tepung. Cam apam balik pun de,tapi lain sikit. Hai cmne ye aku nak terangkan, apa-apa pun aku dah letakkan sekali gambar di bawah ni, so korang leh lihat bagaimana rupa kataef tu. Kataef ni di makan dengan qisytoh, krim putih yang di jual di kedai-kedai arab ni. Di jual dalam kotak mahupun dalam tin. Qisytoh ni di kacau sekali dengan gula mengikut kadar korang sendiri. Untuk lebih menarik lagi rasanya, ianya boleh di kacau sekali dengan sedikit krim cokelet. Pastu kacau bagi betul-betul ianya sebati dan cair krim. Hai cam slot mari memasak pula.ho3..

Ada juga jenis kataef yang di jual seolah-olah bentuk seperti karipap,di goreng, dan di dalamnya ada manisan. Ni je la kueh yang di hidangkan bersama juadah lain ketika berbuka di samping dengan halawiat-halawiat yang semuanya manis-manis.
Ok lah kawan-kawan, moga kita berjumpa lagi di lain rancangan. Selamat Berbuka…
p/s :- Sepanjang Ramadhan ni aku asyik post pasal makanan je kn. Hai teringat la pula kueh-kueh di Malaysia yang beradeka jenis, dengan popianya, keria, apam balik, karipap, tepung pelita, buah melaka, seri muka, samosa, tepung talam, kuih cara, isyh bayak lagi la, dan macam-macam.


11 responses to “Sekali sekala

  1. chumel says:

    huhuhuhu..patut la dier tnye psl kueh2 di malaysia..ai, bru dua thn gi jordan, da lupe ehh namer2 kuih kat cni…

  2. fiza says:

    owh gitu rupanya…. cam lempeng lak… hehehe… nyum nyum… sedap la plak… ehhehe.. slmt hari raya buat anda di sana

  3. shinja says:

    chumel :- ala memang aku dh lama tak g bazar Ramadhan, so nk bt cmne kn? sbb tu la aku tanya kamu..

    fiza :- a’ah cm lempeng.Yup betul la tu,lebih kurang samanya.
    Selamat Hari Raya buat anda di sana..

  4. Azhar says:

    Askum.. ape kabo kat sane? adan c-hat je.seronok ke raye kat saner?

  5. shinja says:

    Salam..
    Baik2 je. Kamu buat pe 2? Ha exam cmne? Raya kat sini ok je. Nanti tengok lah dlm blog ni eh

  6. Azhar says:

    Askum….
    saje je bukak internet kat skolah.exam ok,insya-allah bleh dpt 5A.insya-allah adan tengok blog ni nnti.mak c-hat je kat rumah 2. mak kate mak nk masukkan internet kat rumah.nnti mesti mak chat ngan yop.K 2 tu-jelah.Wassalam………

  7. shinja says:

    Salam..
    Owh kamu online pakai comp sekolah ke? ke pakai laptop? Insyalh moga adan dpt 5A, amenn…
    Kim salam kt Mak Abah eh..

  8. Azhar says:

    Askum….
    online pakai comp sekolah le.Insya-allah adan kim salam kat mak ngan abah.

  9. Azhar says:

    Askum….. abah suruh gunting rambut

  10. shinja says:

    Salam…
    aku dh pun gunting rambut..

  11. […] Seperti kebiasaan, di tanah Jordan ini akan muncul ‘kuih’ setahun sekali je, ha itu pun time puasa je yang mereka panggil namanya kataef. Ha apa itu kuih tersebut, silalah baca di post saya yang lepas di sini. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: