Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Mu’tah Hujan

on September 27, 2008

Assalamualaikum dan Salam Ceria dari aku untuk kalian semua.
Apa khabar kalian semua? sihat ke? Mu’tah, Jordan pagi tadi hujan. Dah lama hujan tak turun kat sini. Hujan tak de la lebat cm Malaysia. Tapi cuma hujan rintik-rintik menunjukkan musim sejuk tiba. Ha lepas ni pergi Jameah ke pergi keluar mana-mana ke mula la pakai baju lapis-lapis. Aku dah terbayang bagaimana hebatnya dugaan bila mana nak ke Jameah di musim sejuk. Nak tidurnya dengan berpakaian lapis-lapis, tebal-tebal. Sehingga nak jalan dalam rumah pun kena pakai kasut bulu, sejuk…
Hujan di pagi ni menunjukkan hampir tibanya musim sejuk. Hari ni juga la program berlangsung nya Majlis Hari Mesra Ahli dan Majlis Berbuka Puasa BKAPJ (Badan Kebajikan Anak Perak Jordan) dan MPKJ (Majlis Pelajar Kedah Jordan) yang berlangsung di Wisma Negeri Sembilan, Mu’tah. Objektif sebenar program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadhan Al-Mubarak bersama-sama di antara ahli BKAPJ & MPKJ serta AMT, Mewujudkan ukhuwah dan mahabah di kalangan mahasiswa di Jordan, serta sesi ta’aruf perkenalan pimpinan sesi baru BKAPJ & ahli baru sebenarnya.hi3..
Dirasmikan oleh En. Azmir selaku wakil MSD, beliau merupakan pembantu atase Jabatan Penuntut Malaysia di Jordan.Beliau ni adalah anak perak juga. Bersama tadi En. Shah, pun orang Perak tu.hi3..
Serius aku kata kn, lepas je hujan pagi tadikan sampai la petang td memang sejuk. En.Azmir pun de kata td semasa beliau tiba bersama isteri serta En. Shah di Wisma Negeri Sembilan bagi menghadiri jemputan ke program kami ni,”eh sejuk ye kt Mu’tah ni” kata beliau..ha3.. Hai kat Mu’tah ni memang sejuk sangat. Ha kalau tiba snow pula, Mu’tah la tempat di Jordan ni yang paling tebal. Serius aku kata..ha3.. (boleh lagi gelak ketawa)..


2 responses to “Mu’tah Hujan

  1. Rosmanizam Rosdi says:

    Assalamualaikum..

    apa yg nk ditulis ni xde kaitan dgn tulisan di atas..

    cuma sy mohon kerjasama saudara untuk dapatkan emel YDP atau SU Agung MPKJ untuk saya berhubung berkaitan permohonan bantuan tahunan zakat Kedah kepada student kedah d Jordan..

    Sbb bermula thn dpn permohonan adalah secara online..so ada garis panduan yang hendak diberikan

    harap saudara dpt membantu n memberi kerjasama

    ROSMANIZAM ROSDI
    PEGAWAI AGIHAN PENDIDIKAN
    JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH

  2. shinja says:

    Salam Alaik..

    terima kasih atas ziarah Puan/cik ke blog saya ni.

    Maaf atas kelewatan, ni dia email YDP MPKJ 2, zalzax89@yahoo.com .Sekali lagi saya minta maaf atas kelewatan ini, diharap Puan/Cik dimudahkan dalam setiap urusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: