Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Satu Hari Di hari Raya di Mu’tah, Jordan

on September 30, 2008

Salam Lebaran buat umat Muslim di serata dunia. Buat keluarga aku yang berada di Malaysia selamat hari raya,buat guru-guru & sahabat-sahabat di sana juga,selamat hari raya, maaf zahir batin. Kami di sini dah raya dulu.hi3..
Kami di sini, Jordan dah pun raya lebih awal dari Malaysia. Kawan-kawan yang di Mesir raya sama dengan waktu di Malaysia, hari rabu. Setahu aku, di Palesten pun sama rayanya di Jordan,di tempat lain aku tak tahu pula.hi3..Owh ye, di Ukrein aku dapat tahu dari kawan-kawan di sana pun mereka kata,sama rayanya dengan di Jordan.
Seawal jam 8.30pagi, dengan angin yang agak sederhana kuat juga, udara sejuk macam nak hujan, semua student Malaysia di Mu’tah menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid Abu Ubaidah, yang berhampiran betul-betul di belakang rumah kami ni. Kami student Malaysia di sini buat solat bersama untuk menguatkan lagi ukhwah sesama student Malaysia. Arab di sini awal 7.15pagi lagi dah solat sunat raya. Lagipun kami ni sikit je, so buat la di Masjid Abu Ubaidah ni. Di imamkan oleh Sheh Fahmi (senior aku di KIDR), kemudian selepas tu bacaan kutbah oleh saudara Mohammad Syaheed Nizar (selaku president PERMATA). Kutbah menekankan tentang perilaku musuh Islam yang cuba memburuk-burukkan Islam dengan pelbagai cara, dengan karikatur Nabi Muhammad, filem pendek FITNAH, dan sebagainya. Selain itu dalam kutbah tersebut Khatib menegaskan supaya semua student, syabab & akhwat supaya memandang lebih soal batas-batas agama seperti soal ikhtilat. Kerana kita adalah bakal mengajar & dilihat oleh masyarakat nanti bila pulang ke Malaysia.
Kemudian selesai sahaja kutbah, semua student saling bersalam-salaman (laki,laki la, pompuan, pompuan la kan) & bermaaf-maafan,di iringi selawat. Suasana sungguh sedih. Kemudian sesi fotografi. Ha masing-masing melaram dengan baju raya.hi3..Sedang aku cuma pakai jubah je dulu, baju raya tu aku pakai masa raya di MSD nanti. Yang tak de baju raya cmne pula kn? Ha kena la pakai baju raya yang lepas-lepas. Cian ye.
Selesai sahaja, kami masing-masing membawa haluan pergi ziarah ke rumah kawan-kawan. Ada juga rumah-rumah yang buat open house. Ha di sebabkan rumah kami dekat dengan masjid, so ramai juga la syabab yang ziarah bertandang ke rumah kami dulu.hi3..Mujur lah malam semalam sempat & bersedia.ha3..
Ok la, aku nak pergi raya rumah kawan-kawan lain pula. Selamat Hari Raya semua. Moga ceria-ceria selalu ye. Daa..


2 responses to “Satu Hari Di hari Raya di Mu’tah, Jordan

  1. mahsyar90 says:

    selamat hari raya shinja😀
    maaf kalau ada salah ke apa2 ke..

  2. shinja says:

    selamat hari raya juga buat ko nun di sana..Sama la dgn aku, maaf ye kiranya de aku buat salah sepanjng sesi perkenalan kita ni..ha3🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: