Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Kursus Kepimpinan & Kerjaya

on October 20, 2008

Alhamdulilah syukur pada Allah s.w.t kerana berjayalah sudah program yang aku adalah sebagai pengarahnya. Program yg di beri nama Kursus Kepimpinan & Kerjaya Mahasiswa Malaysia Jordan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia & Jabatan Penuntut Malaysia Jordan kerjasama bersama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan.

  

Kursus yang berlangsung selama 2hari, berkampung selama 3hari 2 malam berjalan dengan jayanya. Iaitu 16hb Oktober 2008 (petang) sehingga 18hb Oktober 2008 (petang). Yang bertempat di Palmyra Hotel, aMman, Jordan. Terima kasih pada ajk pelaksana & pihak-pihak tertentu.

Kursus ini bertujuan untuk:-

  1. Memberikan penerangan tentang kepimpinan & kerjaya serta cabarannya yang kini makin sengit.
  2. Menjelaskan hala tuju & kefahaman mahasiswa Islam sebagai seorang pemimpin.
  3. Memberikan pendedahan berkenaan gerak kerja berpesatuan.
  4. Melicinkan & meningkatkan pretasi pengurusan biro, persatuan atau sesuatu badan organisasi.

Penceramah adalah terdiri daripada wakil-wakil KPT iaitu Prof. Madya Tn. hj. Salahuddin b Mat Nor (Universiti Kebagsaan Malaysia), Tn. Hj. Shamsaadal b Hj. Saad yang mesra dipanggil Pak Long (Universiti Tun Hussein Onn), Tn Hj. Ali b Hj. Ahmad (Universiti Tenaga Nasional) yang mesra dipanggil Pak Su. Dan tidak lupa juga Pn. Rohani bt Mustafa (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar ) yang mesra dipanggil Kak Ani, yang merupakan pemantau wakil dari pihak KPT sendiri. Mereka semuanya mesra-mesra & boleh dibawa berbincang. Terima kasih kalian.

Peserta yang terdiri dari kalangan barisan pimpinan MPPM, Persatuan Zon bagi setiap zon dalam Jordan di bawah MPPM iaitu zon aMman, Irbid, Mafraq & Mu’tah yang mana setiap mereka menghantar wakil 10 orang, Badan Kebajikan Anak Negeri yang menghantar wakil 5 orang. Semuanya peserta yang hadir & spoting seramai 103 orang.

Harapan aku sebagai pengarah untuk sesi ini moga sesi akan datang kursus ini perlu diteruskan & ditambahbaikkan lagi supaya lebih-lebih menarik. Apa-apa pun program ni bersifat santai, peserta selesa, penceramah ok. Di kesempatan ini juga aku pengarah program memohon maaf atas sebarang kesulitan & takkepuasan hati para peserta serta penceramah selama mana kami menjalankan tugas dalam melangsungkan program ini. Mudah-mudahan kalian dalam rahmat Allah s.w.t. Amenn.

& tidak lupa juga kepada Senior Fahmi & Kak S yang berangkat pulang dari Jordan pada 17hb oktober 2008 ke Tanah Air dengan selamat pada 18hb Oktober 2008 jam 9.10pg, alhamdulillah. Terima kasih atas nasihat, tunjuk ajar, bantuan korang sepanjang kami berada di Jordan ni. Moga Allah s.w.t menghitung amalan kalian. Terima kasih.


7 responses to “Kursus Kepimpinan & Kerjaya

  1. fisha says:

    salam aMz. tahniah.. untung dapat ambik pengalaman cmni, apatah lagi kat tempat yg bukan calang2 tu.. negara org.. semoga berjaya ye.. gud luck 4 ur study jgk

  2. shinja says:

    Salam FsHa.
    Terima Kasih. Pengalaman itulah adalah nilai kredit untuk kita topup pada kehidupan kita. Ilmu juga merupakan nilai kredit dalam mendewasakan kita. Apa-apa pun aMz cuba untuk teruskan usaha ke puncaknya. Terima kasih atas sokongan fsHa & kwn2. Doakn kejayaan aMz eh. aMz pun sentiasa mendoakn kwn2 moga berjaya dgn cemerlang. aMenn..

  3. Bayan says:

    Oooo…patutlah senyap je. Sibuk rupanya.

  4. shinja says:

    ala kak minta maaf la, aMz agak busy. Sory eh!

  5. cikf=) says:

    waahh…tahniah2…=)

  6. fieza says:

    erm…jd student ni best… hehehe… seronoknya tgk…

  7. shinja says:

    cikf=) :-Terima kasih..hihihi..

    fieza :-Zaman student ni la zaman yang menyeronokkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: