Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Ziarah yang tak terancang

on November 1, 2008

Salam Alaik kepada semua kawan-kawan yang nun di merata tempat (hmm cam ramai je kawan aku, seolah-olah berada di merata tempat je..)Ahlan ya syitak’.. Musim sejuk kembali lagi kali ini lebih cepat berbanding biasa. Seperti tahun lepas, musim salji agak cam panjang pula. Musim sejuk menjadi igawan pada insan yang pernah mengalaminya. Mesti akan di dalam kepala terlintas yang kita akan keluar rumah pergi kelas dengan pakai baju yang tebal-tebal, pakai sarung tangannya lagi, & mafla lilit di leher. Nak bangun kelas di awal pagi jam 8 tu la yang agak liat, ye la, dengan keadaan sekeliling yang sejuk menjadi halangan untuk kita bangun bersiap-siap menghadiri kelas. Kuatkanlah semangat mu wahai kawan-kawan & diri ku ini (alhamdulilah fasal ni aku takde kelas jam 8 pagi, semuanya kelas mula jam 9 & 9.30pagi..)

Tidak lupa juga kita dibayangi dengan salji di akhir-akhir musim sejuk nanti. Owh ye, kalau nak ambil wuduk ke, nak sentuh air pun agak berat, tapi sesiapa yang de sakhonah tu ok la. Kalau nak tidur lagi la cam best. Sekarang ni pun masa akan dilewatkan sejam dari waktu biasa. Beza Jordan dengan waktu Malaysia sekarang menjadi 6jam. Waktu solat pun berbeza la, seperti contoh, waktu maghrib akan masuk pada jam 5.30ptg. Malam akan menjadi lebih panjang berbanding biasa. Dalam rumah sendiri pun kita akan pakai stokin, kasut yang dipakai khas dalam rumah (kasut bulu), pakai baju tebal-tebal, dengan nyalaan sobahnya lagi (pemanas). Ha gas mesti banyak nak pakai. Yang hebatnya nak tidur pun mesti akan pakai selimut tebal-tebal & ON kn sobah sampai la siang hari. Anda boleh bayangkan tak? Beginilah keadaan aku & kawan-kawan yang belajar di sini. &tidak lupa juga sama kot dengan keadaan kawan-kawan di Ukrein, & tempat-tempat lain yang mengalami musim sejuk.

Sebenarnya aku ni baru je balik dari Mafraq, ada masyuarat BP (Biro Pelaksana) dengan MPPM, yang mana aku diamanahkan sebagai ketua biro kebudayaan, kesenian, & sukan MPPM untuk sesi ini. Ni la pengalaman baru bagi aku dalam berorganisasi di luar negara, sebelum ni di Malaysia je. Mafraq merupakan sebuah zon di dalam Jordan. Di sini di tempatkan Universiti Al-Bayt yang mashyur & menjdi salah satu universiti pilihan pelajar Malaysia menimba ilmu di Jordan ni.

Masyuarat tamat jam 5ptg, dah masuk senja. Nak balik Mu’tah pun agak lewat dh ni, so kami ambil keputusan untuk bermalam je di sini. Akhwat-akhwat kami dah bermasam muka dh, nak balik awal la tu. Tapi saudara ifwat janji esok awal pagi gerak awal balik ke Mu’tah.

Alhamdulillah layanan kawan-kawan di Mafraq sungguh baik. Banyak rumah juga yang kami (Dzul, Anuar, Ifwat, Afiq,& aku) sempat ziarah. Semuanya beri layanan yang hebat. Terima kasih korang, korang memang sempoi. Ni adalah kali pertama aku pergi jejak kaki di Mafraq ni. Sebelum ni aku hanya sempat jejak kaki di Amman, Irbid & Mu’tah je. Kalau masyuarat tak di buat di sini, memang agaknya aku tak sampai la ke Mafraq ni.hahaha.. Asyik duduk kat Mu’tah je, sesekali ziarah kawan-kawan belajar di zon lain mengajar kita erti kawan, & dapat serba sedikit pengalaman serta ilmu suasana mereka di sini. Dapat la tambah kenalan sikit kan. Dalam memperluaskan jaringan kenalan.

Apa-apa pun terima kasih pada korang. InsyAllah aku akan ziarah lagi.


4 responses to “Ziarah yang tak terancang

  1. Bayan says:

    Salam, lamanya amz cuti blog. Tahniah atas amanah ang diberikan. Laksanakan amanah sebaiknya. Jaga diri baik-baik dengan perubahan cuaca. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

  2. shinja says:

    Salam..

    Hmm sory la kak eh, aMz akhir2 ni agak busy sikit. Dengan minggu mintermnya lagi, dengan tugas persatuannya lagi & beberapa aktiviti serta program. Apa-apa pun aMz akan cuba untuk buat yang terbaik. Nanti akak tegur la aMz eh kalau aMz dah lama tak update blog.

    Apa-apa pun terima kasih atas sokongan & doa dari akak. Moga kita bertemu nanti di Malaysia. aMz nak buat program dengan YADIM pula..

  3. alifdalmim says:

    salam amzari..

    sila buka blog saya..ada hadiah utk amzari..hehehe

  4. […] pakai tiga lapis. Sejukkkk.. Syitak’ (Musim sejuk), memang kebiasaannya fasal awal ni akan masuknya syitak’. Maka akan keluarlah pergi ke jameah setiap pagi dengan keadaan yang […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: