Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Bertuah punya ADAM !!

on November 10, 2008

Salam Ceria buat kalian semua,

moga kalian dalam kadaan ceria-ceria selalu eh. Entry aku kali ni cuma nak memenuhi tugasan yang diberikan oleh Saudara Adam. Aku ingat apa la present yang dia nak bagi.. Rupa-rupanya..

Ceh!!

Ceh!!

& Ceh!!

Ko saje eh adam. Aku dah la lama tak update blog ni, banyak keja yang perlu aku selesaikan. Dengan keja sebagai student lagi, keja sebagai seorang pemimpin lagi. Apa-apa pun aku akan cuba la buat homework yang ko bagi ni dengan sebaiknya. Ok ni hasilnya.. Semoga ko puas hati eh.

aku anak Malaysia

A M Z A R I  

A Mzari nama mudah aku. Biasa-biasa orang kebanyakan, kawan-kawan, cikgu-cikgu, akan panggil aku dengan pangilan aMz je. Ha tu la paling ringkas pun..

M asakan mak, rrrRrrrrrrrrrrr tidakkkk..Dah lama tak makan masakan mak. Masakan mak aku la paling best. Korang pun mesti akan katakn begitu juga kan pada mak ibu mama korang kn?!

Z harfan..Ha yang ni nama aku yang ketiga, selain Mohd & aMzari. Tak penah lagi orang panggil nama aku zharfan, kalau ada pun mesti akan panggil dengan nama penuh sekali la. Tak penah lagi orang akan sapa aku dengan nama cmni, ” Eh zharfan!! lama tak jumpa?” atau “Wah-wah kamu zharfan, makin gembira kamu sekarang ni eh? Pe rahsia ko zharfan?”

A aku punya hobi eh, ha aku suka baca buku-buku motivasi, artikal-artikal yang berkaitan tentang motivasi. Sebab aku perlukan motivasi. Aku ni jenis yang mudah down, so aku cuba kekalkan motivasi aku dengan membaca benda-benda ni. Lagi 1 hobi aku adalah melukis. Owh buat masa ni aku di Jordan ni tak de masa untuk luangkan masa melukis-melukis ni. Kalau dulu di Malaysia aku sempat je lukis pemandangan. Aku sukakan kedamaian alam yang hijau, nyaman… Aku suka juga join-join program. Dengan cara ni aku dapat meningkatkan lagi softskill aku. Lagi 1, aku suka la melancong. Bila di Jordan ni kan, minat untuk melawat, melancong negara-negara luar ni makin mendalam. Kiranya de peluang lagi, aku nak melancong lagi ke negara yang tak penah aku jejak. Serius aku katakan, bila di Malaysia kita tak dapat nak berpeluang untuk mengenal, melancong, melawat, menambah ilmu & pengalaman ke tempat orang. Alhamdulilah aku dah pun jejak kaki ke Turki (Istanbul & Bursa), Syria (Dimasy), Mesir (Kaherah, Damanhur & Alex), & Arab Saudi (Madinah & Mekah). Kalau de peluang lagi, aku nak ke Syria sekali lagi & Lubnan. Wah-wah!!

R ebina Biru..Ha ni adalah pengenalan aku. Atau nama pena la kata orang. Entah la mana aku dapat ilham nama ni pun aku pun tak ingat da. Selain nama pena aku shinja takeda.

I dea nak buat homework ni bukannya mudah. Aku sebenarnya tak tau nak buat tag ni cmne. Aku main bantai je.Hahahah..Janji sesedap jari menaip. Ok tak adam?!


4 responses to “Bertuah punya ADAM !!

  1. alifdalmim says:

    Amz,mana gambar??

  2. shinja says:

    eh de je la..Kena tggu lama2 la kot. Mmmm pic na berat eh?

  3. JuliaNa says:

    Hobi kita sama..baca buku motivasi. Memang penting buku motivasi tu kan???

  4. shinja says:

    Wah!! xsangka!! leh plk sm eh? Hmm kita setiap hr kena prl motivasi tau. Klo cam saya ni, selalu down motvsi tau. Lebih2 lg bila menjelang exm. Entah la nk cite kn cmne. Apa2 pun sy sukaknnya motivasi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: