Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Mu’tah : Gaduh + Kemusnahan + Gelagat + Aksi

on November 14, 2008

13112008551-1

Balik dari kelas aku singgah ke Solah Abasi, salah satu cafe di Jameah. Perut lapar..

Selesai makan, alang-alang jam pun hampir kul 2 petang, aku terus bagi message kat Shah. Nak agak di pergi survey lembu untuk di buat korban pada Raya Haji ni. Sampai di Mu’tah bersama Shah, kami terus bertanya berapa harga seekor lembu untuk di buat korban. Kami pergi dari kedai ke kedai. Rata-rata di Mu’tah ni banyak juga rupanya kedai daging ni. Tak la pula aku sedar selama ni. Tapi memang kena la kn, sebab arab di sini memang lauk utama mereka adalah daging lembu & kambing serta ayam. Ha kedai ayam usah cakap la banyaknya. Tambah-tambah lagi musim sejuk ni, daging  untuk panaskan badan.

Harga lembu yang paling tinggi adalah JD800. Paling rendah pun JD600. De juga yang harganya JD750. Kambing pula rata-rata harga JD80. Terima kasih Shah sudi tolong aku.

Selesai je survey harga lembu & kambing, kami tunggu pula Abe & Daus untk sama-sama beli barang untuk jamuan esok, jamuan KUJ.

Memang dari tadi masa aku habis je kelas & tiba di Mu’tah, aku dah nampak arab-arab berkumpul dengan polis-polis & FRU Jordannya. Mesti de someting ni, aku fikir ni mesti de gaduh-gaduh ni. Betul tekaan aku, tiba je kami menempah ayam 12 ekor untuk jamuan KUJ esok, tiba-tiba datang sekumpulan arab, rata-ratanya adalah pemuda, mereka datang dengan membawak kayu & besi. Berarak ke jalan depan Masjid Syuhada’. Terus FRU yang telah bersiap-sedia dari pondok polis berhadapan dengan bus stop ke Karak datang meleraikan keadaan. Dengan bom asap yang dilepaskan ke udara, barisan FRU yang siap dengan cota terus berlari ke arah kumpulan tersebut. Mulalah berkeliaran semuanya. Kedai-kedai di sekeliling masing-masing tutup..takut… FRU dapat tangkap seorang dari mereka. Dipukul..seorang lawan ramai. Ha pe lagi, habis kepala berdarah..

Kemudian dalam 15minit kemudian….

Entah apa yang dianginkan, datang sekumpulan pemuda lagi. Dorang tiba-tiba je tendang-tendang & musnahkan sayur-sayur di salah sebuah kedai sayur di tepi jalan berhampiran dengan Restoren Saudi. Sayur-sayur habis dimusnahkan, dipunggah. Sayur-sayur bertaburan. Sekali lagi FRU melepaskan bom asap.. Budak-budak baling batu… Lari bertempiaran…

Aku dapat bayangkan, beginilah agaknya susana di Palestin..Iraq.. & lain-lain kawasan yang de huru-hara.

Kami berselindung di kedai ayam tersebut.

Aduh…Pediah mata aku & kawan-kawan sebab bom asap tu merebak ke udara. Tekak mula rasa lain, hidung sakit.. Kami masing-masing menyumpah.

“Dorang tak de pulak nak sembur-sembur air eh?”

“Ala dorang tak de air. Air pun masalah”, Kami sambil mata pedih sempat lagi bergurau-senda. Memang di Jordan ni tu la, masalah air. So tak la pula nak sembur-sembur air.Hohoho..

Aku pun tak tahu la pe masalahnya huru-hara tersebut. Sama ada harga naik, atau de gaduh antara family. Yang aku faham, pak cik van yang kami naik untuk angkut barang-barang ke rumah Abe kata punca gaduh adalah kerana 2 orang polis dengan orang awam. Entah la, tak pasti la kisah sebenarnya.

Itu la serba-sedikit kisah huru-hara di Mu’tah petang tadi. Sebenarnya peristiwa ni memang sering-sering berlaku di Mu’tah ni. Kerana pilihan raya, gaduh antara puak keluarga dan sebagainya.

Arab dengan sifat suka bergaduh…

Itu pandang aku..

dscf07201 dscf07262


18 responses to “Mu’tah : Gaduh + Kemusnahan + Gelagat + Aksi

  1. mawar says:

    eh..pasal gaduh 2 ek…mmg tkut pun..puncanye budk2 sek..deme gduh pas2 libatkn baba deme..apalagi libatkan a`ilah deme abis la..3 a`ilah bergaduh besar..ps2 sorg bdk kna tikam kt kdai syur abu qais n meninggal kt hospital..tp mmg seram la pergaduhan kali ni..rase nk blik mlysia je..

  2. shinja says:

    Hmm tu la pasal kan. Pasal benda yang kecil leh jadi besar. Dorang ni kuat sangat sikap ber a’ilahnya..

  3. Azhar says:

    Askum………
    x takut ke deme gaduh2? klau kene pukul skali mau mati dibuat nyer.adan upsr 1A je.
    redo je la.

  4. Azhar says:

    Askum…………
    mak ngan abah kate x yah susah cari2 lembu.
    nnti yop blik malaysia leh wat skali.

  5. chumel says:

    ho3…mcam pilem industan arrr…ekekekke..nasib baik dlm gambo tuh muke kamu xde interprame…

  6. shinja says:

    Azhar :- Salam..Hmm akan dtg bt terbaik eh dan. Ko tu otak bagus. Ingat 2. Belajar betul2 k..
    Ha pasal lembu 2 mak dah bagi tau dah. Ok je tu..

    chumel :- A’ah ala, ko pe kes? Klo boleh, memang aku ni jenis yg suke bergambo. Kamu tak tau ke?😛

  7. noli says:

    salam..
    wohoo..gado2..takutnye smpai camtuh skali..

    p/s:ayah ade bela lembu gak..kat ganu..hehe

  8. shinja says:

    Salam..

    Hmm 2 la psl. Kalau awk di situasi di sini mst takut tau. Agak bahaya tau.

    Owh ye ke? skrg ni harga lembu di Mlysia brp eh?

  9. shinju says:

    hahaha…nape shinja x masuk gaduh2 skali…join la skali…mesti arab lari lintang pukang tgok shinja masuk campur..hahaha

  10. cikf=) says:

    owh..kesian sayur2an tu..

    kat utm dlu, ramai jgak org timur tengah..pasal main bola je pun, diorg boleh btumbuk…huhu

  11. shinja says:

    Hmm tu la, dorang ni memang suka sangat la bergaduh. Kalau dah mula gaduh tu, memang teruk la. Orang yang nak damainkan pun kena jadi mangsa juga. Tapi kan, esoknya dah cam besa, tak de pe2 yang berlaku. Dorang tak berdendan, tu yang bagusnya. Saya tekankan lagi, tak berDENDAM…

    Siapa-siapa yang nak lihat rakaman ketika kejadian sila la ke http://www.youtube.com/watch?v=qACJ5BYa9lM

  12. mrs taufik says:

    mase tu kami intai kat rumah arab bgaduh dengan pisau dengan botol kaca dekat kawasan wisma negeri9…lepas tu lerai skjp…dtg plak beramai2 kabilah depa dengan pedang panjang,alat-alat tajam,ada gak bawa besi…masa tu semua kedai tutup….asap pedih menusuk hidung..terus ingat ibu buya kat m’sia…nauzubillah jgnlah jordan dharurat..

  13. fiza says:

    urm…takutla…tak suka tengok org gaduh2 ni… merosakkan harta, jiwa dan buat sakit jewww

  14. alifdalmim says:

    salam amzari..bese la..arab..mana2 pun hampir sumer sama..rasa 3 or 2 tahun lps pun sama gak..smpai 2 hari FRU berkampung kt Mu’tah..hehehe..

    p/s – amz, sekali lagi anda di ‘tag’..sila la lawat blog saya utk arahan seterus nya..hahaha..buat taw jgn tak buat!!

  15. JHaZKiTaRo says:

    salam ziarah dari bumi Dublin. Nice blog!! Keep it up. Kalau rajin, dtg laa ziarah blog hamba..🙂

  16. Azhar says:

    Askum…
    klau bab2 gaduh nie panggil geng2 shinja.
    otomo ker samurai2 ker baru la arab blah ketakutan.Abah tanyer kenal x ustaz husni?

  17. shinja says:

    mrs taufik :- Hmm memang menakutkan masa tu. Masa tu korang kat mana eh?

    fiza :- Kerosakan, kemusnahan, semuanya sakit jiwa..hahaha

    aDam :- Salam aDam..Usyh lagi hebat cite ko! Hai cmne la agaknya eh keadaan masa 2? Mst lagi giler
    p/s -ala…bosanya..asyik kena je. Cari la orang lain pula..

    JHaZKiTaRo :- Salam Ceria, terima kasih kerana ziarah ke blog ni. Trm ksh!! InsyAllah kunjungan akan dibalas.. =)

    Azhar :- Salam..Ha banyak la ko. Ko ingat cite katun ke?
    Ha kenal je ustaz husni. Napa?

  18. Azhar says:

    askum…
    abah tanyer jer.Mmg citer katun kui3…
    try ar klau x cayer panggil kenji jer cukup ar hihihi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: