Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

1430 & 2009

on December 28, 2008

Salam Alaik kepada kalian semua..

Selamat tahun baru. Tahun sebelum ini, iaitu tahun 1429 sudah berlalu, kini kita, baik aku, dan kamu serta kamu-kamu semua, sudah melangkah ke tahun yang baru, 1430. Adakah tahun sebelum ini kita, aku dan kamu sudah selesai segala tugasan, matlamat, hala tuju, cita-cita, visi, misi, dan rancangan? bagi aku, masih banyak lagi belum selesai, banyak lagi yang perlu dicapai. Kalian juga sudah tentu begitu juga kan? Adakah apa yang kita hadapi pada tahun yang sudah terlalu singkat untuk kita capai segala matlamat kita? Adakah acapkali masuk tahun baru kita perlu ada azam baru? Bagaimana pula dengan rancangan atau matlamat untuk tahun-tahun yang lepas?, tercapai sudah atau tidak segala apa yang dirancang? Siapa yang harus kita persalah kan? Aku? Kamu? Mereka? atau diri sendiri? Apakah rancangan untuk tahun ini pula? Dimana permulaannya? Susah bukan untuk kita jawab? Jawab atau senyap begitu sahaja tanpa memberitahu sesiapa. Kita lakukan sahaja. Begitu ke?

Masih banyak lagi cita-cita yang harus dicapai bukan? Tahun ini bukan main-main lagi bagi sesetengah orang, untuk tanam azamnya. “Tahun ini adalah tahun kerja!!”, kata beliau. Bila diceritakan kepada si pulan dan si pulan tentang ini, mereka ketawa. Mereka memperlecehkan. Perlukah kita ketawa kepada orang itu, sedang kita sendiri pun tak punya apa-apa matlamat. Mereka sepatutnya ketawa pada diri sendiri. Mereka sepatutnya tanya pada diri sendiri,”Adakah daku punya azam baru pada tahun ini?”.

Cita-cita, impian, matlamat, hala tuju, visi, misi, azam, rancangan, apa lagi yang sinonim apabila masuk tahun baru? Perlu diusahakan untuk mencapainya. Jika kita, aku dan kamu adalah manusia, yang punya akal, punya hati, punya kekuatan, segala hal perlu diusahakan untuk mencapainya dengan cemerlang. Permulaan benda yang baru, atau mengekalkan apa yang belum dicapai, atau cuba mempertingkatkan kualiti supaya tercapai. Aku sendiri ini mempunyai matlamat yang masih diusahakan. Aku akan cuba, cuba, cuba dan cuba mencapainya. InsyaAllah. Kamu juga begitu bukan?

Apabila masuk tahun baru sahaja, sesuatu yang berlaku bukan? Begitu juga yang pada tahun yang lepas, banyak peristiwa, kejadian, cerita tentang kita, yang melibatkan mereka, dia, kamu dan aku. Baik cerita yang buruk, mahupun yang baik. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang kurang. Macam-macam bukan?. Tahun yang lepas banyak memberi kita pengajaran. Banyak memberi kita pengalaman. Kehidupan ini penuh dengan ujian bukan? Yang menggugat dalam kehidupan kita ini terlalu banyak. Sedikit sahaja yang dapat kita duga. Banyak pula yang tidak dapat kita duga. Kadang-kadang yang menggugat jiwa kita hingga kita hilang bahagia barangkali. Dia datang menimpa-nimpa bukan?. Bak kata pepatah seperti dah jatuh ditimpa tangga. Itu semua ujian. Ujian dalam kehidupan. Ada kalanya ujian yang datang itu kecil dan ada pula yang besar dan berat. Itu semua adalah pedoman untuk diri kita, aku dan kamu serta kalian untuk menempuh yang baru untuk tahun yang baru juga. Usia semakin meningkat. Apakah kita sudah bersedia untuk yang seterusnya? Usah kita putus asa.

Selamat tahun baru.


6 responses to “1430 & 2009

  1. ciq says:

    selamat tahun baru..
    moga bertambah amalnya dr tahun sebelum..salam

  2. chumel says:

    salam..slmt thun baru…apsal bnyk benor perkataan BUKAN dlm tulisan kamu nieh?anyway, semoga ape yg dicitakan sudah tercapai pd thun lps..n ape yg dicitakan pd thn ini bakal tercapAii..take care..jge kesihatan…

    ADJUST..DONT JUDGE..

  3. qdetactive says:

    azam Q mau perbaiki azam lepas dan lepas-lepas…

  4. shinja says:

    ciq :- Selamat Tahun Baru juga…
    Moga anda juga lebih cemerlang dari tahun lepas..

  5. shinja says:

    chumeL :- Salam..selamat tahun baru juga. Eeh kamu de pe2 masalah ke? Cewah terkasar pula. Hmm kiranya de salah di situ tolong betulkan eh. Minta ajar..
    Semoga kamu juaga, pe yang diimpikan, pe yang kamu matlamatkan dipermudahkan oleh Allah Taala dalam segala urusanmu itu.

  6. shinja says:

    qdetactive :- Hmm ok jgk tu, azam yang lepas mesti de yang kurang, perbaiki pe yang kurang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: