Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Dalam kita berkeputusan..

on January 2, 2009

Salam Perjuangan kepada kalian semua..

Usia kita semuanya semakin meningkat sudah. Tahun 2008 sudah pun berlalu. Banyak kenangan baik pahit, manis telah berlalu. Kita kini di tahun yang baru, tahun 2009. Adakah kita sudah bersedia untuk yang baru kali ini wahai semua manusia? Siapakah pula orang yang akan dapat membantu kita kali ini untuk merealisasikan impian kita? Adakah kawan-kawan yang berada di sekeliling kita? Sanak-saudara, ibu ayah, adik kakak abang atau nenek atok tokwan dan sebagainya? Sampai bilakah kita hanya bergantung pada mereka bagi mencapai cita-cita kita ini?

Tahun yang lepas banyak sudah mengajar kita erti kehidupan bukan. Baik kejayaan mahupun kegagalan yang kita tempuhi sepanjang riwayat kehidupan kita yang lepas. Mampukah kita sekali lagi melakarkan kejayaan seperti yang lepas? Bagaimanakah untuk kita menjauhkan diri daripada segala kegagalan? Anda ada cara?

Sekiranya kita tidak mahukan kegagalan jadi bagaimanakah untuk kita membuat pilihan? Agak sukar bukan untuk membuat pilihan. Kita tidak pasti sama ada pilihan kita ini adakah tepat atau sebaliknya. Pilihan inilah yang menentukan diri kita pada masa akan datang. Di mana letaknya kita nanti. Kadang-kadang agak runsing untuk kita membuat pilihan. Semuanya tidak kena. Dalam merealisasikan segala impian yang kita impikan semuanya perlukan pilihan. Cuma kita tidak berani membuat pilihan. Kita takut pilihan itu tepat atau tidak. Pilihan itu adalah jalan. Sesuatu pilihan hanya terletak pada diri kita yang bijak dalam melakukan keputusan. Perlukah ada teka dalam membuat keputusan pilihan kita itu? atau perlukah kita cuba dalam membuat keputusan pilihan itu? Hmmm rumit bukan. Memang sesetengah pendapat, kita perlu cuba. Dengan slogan, “Belum cuba, belum tahu”. Tapi bagaimana pula dengan slogan ini pula,”Ukur dulu di badan sendiri” ?. Bagaimana pula dengan yang ini, “Kalau orang lain boleh, mengapa kita tidak boleh?”. Fuhhh…….kita akan menghembus nafas lega bilamana ianya kena dengan keputusan yang kita buat itu.

Segala keputusan yang kita buat semunya terletak di tangan kita. Apabila kita membuat keputusan kita mestilah menilai dahulu segala aspeknya. Serius aku katakan, diriku ini juga tidak reti untuk membuat keputusan. Aku takut pilihan itu salah, kalau betul pilihan itu lega la kan. Memang benar, kita tidak dapat menentukan masa akan datang, kita hanya mampu boleh merancang.

“Usah dituruti reaksi emosi, lantaran implikasi tak serasi dengan apa yang diimaginasi”

Kehidupan kita akan bahagia sekiranya kita membuat keputusan yang bijak. Usah kita ikuti apa sahaja kata hati, itu semuanya adalah emosi semuanya. Apabila emosi sudah menguasai diri, maka segala kerja pun tak akan jadi bukan?. Semuanya terletak pada kebijaksaan kita dalam merancang, dalam kita membuat keputusan. Keputusan itu perlu bijak, barulah segala pilihan yang kita buat itu sejajar dengan impian yang ingin dicapai.

Oleh yang demikian, bagaimanakah kita memastikan pada tahun 2009 ini segala keputusan dapat dibuat dengan cara yang lebih bijak?


4 responses to “Dalam kita berkeputusan..

  1. lukman says:

    salam., trime kasih pakcik sebab letak entri cm gni. entri pakcik ni banyak menyentuh tentang diri saya jgk. saya harap pakcik sihat disamping keluarga. sebab saya rasa saya jgk pernah berada dalam situasi yang mcm ni. sukar nk buat kputusan. mngkin saya akan cuba buat prubahan slepas ni utk diri saya ini. trime atas nasihat pakcik. pakcik ni belaja lg ke erk..? belaja kt ner..??

  2. shinja says:

    Salam..sebelum saya pergi jauh, saya bukanlah pak cik eh atau uncle eh atau dalam arabnya ammu. Walaupun saya sekarang punya anak saudara yang baru.hihihi..

    Terima kasih atas lawatan anda dalam ziarah ke blog ini. Entri ni cuma sebagai motivasi bagi diri kita sebagai seorang manusia yang keliru dalam membuat pilihan. Bukan mudah untuk kita membuat keputusan yang baik. Moga entri ini menjadi renungan kepada kita semua.

    Saya masih lagi belajar. Alhamdulilah saya belajar di Jordan sekarang..Mahukan maklumat lanjut, klik la di ‘Jom Kenal’ di runang atas blog saya k.

  3. zielux says:

    pernah terbaca 1 buku..lupa tajuk die..dlm membuat pilihan..kdg2..kite x sedar..kite solat istikharah biasanya dlm membuat pilihan teman hidup je..(kire nk pilih jodoh nk kawen la ni) tapi sbnrnye..dlm apa jua keadaan dlm membuat keputusan..kite digalakkan solat istikharah..dlm nk wat pilihan beli kete ke (nk beli vios ke beli wira)..beli umah ke (bungalow ke teres je)..nk pilih keje ke..pilih jurusan ke..pilih apa2 je la yg rasa payah kepala otak ni nk pikir..serahkan keputusan pd Allah..solat Istikharah..insyaAllah..ada petunjuk yg akan diberikan..cubalah!🙂

  4. shinja says:

    keputusan terletak pada tangan kita, ketentuan pada tangan Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: