Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Selamatkan Gaza

on January 6, 2009


 

Salam Buat Kalian..Di waktu sekarang ni aku tengah menggigil-gigil menaip jari-jemari ni ke muka keyboard laptop LG ku ni. Bukan menggigil kerana tagihkan dadah, gigil kerana ketakutan atau sejenis dengannya, tapi aku menggigil kesejukan ok. Sekarang ni musim sejuk di sini. 8hb ni bermulalah kertas pertama untuk nihae fasal awal kali ni. Tapi aku sempat lagi untuk menaip secebis pendapat apa yang berlegar-legar di fikiranku ini.

Semalam, dalam jam 8malam aku bilang, diadakan liqa’ atau dalam melayunya adalah pertemuan antara pimpinan mahasiswa Mu’tah, PERMATA, wakil BKAN di Mu’tah dan wakil MPPM di Mu’tah. Pertemuan ini bukanlah merupakan berlakunya satu program atau satu mesyuarat. Akan tetapi ia merupakan perbincangan antara kami tentang isu Gaza yang hangat diperkatakan, hebat dibicarakan, rancak dikecohkan di mana-mana kaca television mahupun di dada-dada akhbar. Palestin, adalah jiran sebelah yang berdekatan, hampir sangat dengan Jordan. Memang semangat kawan-kawan aku dalam mengadakan perjumpaan sebegini, syabas aku ucapkan buat saudara Syafiq Syafie dan saudara Lutfi Hafifi yang peka dalam isi ini.

Rata-rata semua tempat mengadakan aktiviti dalam membantah keras tidakan ‘syaitan’ si Yahudi Israel itu. Rata-rata semua tempat mengadakan pelbagai cara, dari segi boikot barangan ‘sejahanam Yahudi’, mengadakan tunjuk perasaan di jalan-jalan, menghantar apa-apa memo baik artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, berita, menghantar segaja jenis bantuan dari segi ubatan, pakar doktor, kutipan derma dan sebagainya. Semuanya itu bagi membantu saudara seagama kita di Palestin, Gaza.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai jenis lontaran idea, pendapat, cadangan, serta juga cerita dari kawan-kawan. Aku mendengar dengan teliti. Saudara Ifwat (Timb. Presiden MPPM sesi 2008/2009) ada menceritakan dalam slot tazkirahnya, dia mengatakan bahawa orang arab sendiri walaupun sebangsa pun tidak membantu. Dunia arab masing-masing berdiam diri, walaupun berjiran. Hanya mementingkan semangat kenegaraan sahaja. Bukan menilai dari sudut membantu saudara seagama, darah Islam itu sendiri. Dalam ceritanya, “semalam saya mendengar cerita guard di universiti Mu’tah mengoyak poster-poster berkenaan kesedaran Palestin“..dia juga mengatakan, terdapat sekumpulan pelajar arab Jordan yang main-main untuk menyindir tunjuk perasaan yang di buat oleh pelajar arab Palestin di sekitar jameah (universiti).

Selain itu juga, Saudara Syaheed (Presiden PERMATA sesi 2008/2009) menambah dalam tazkirahnya menceritakan dalam kelas Tarikh Askarinya, Doktor yang mengajar tiba-tiba bertanya kepada para pelajarnya tentang keluasan Gaza di Palestin. Semuanya tunduk, senyap tanda tidak tahu. Kemudian Doktor bertanya lagi tentang berapa ramaikah yang mati sekarang di Gaza. Semuanya senyap, tidak tahu. Ketika dia berbincang dengan presiden wafidin (mahasiswa luar Jordan) tentang program haflah khirij ( majlis konvokesyen untuk mahasiswa luar Jordan) untuk mengadakan sedikit tayangan tentang kesedaran Palestin ditolak mentah-mentah. Aku mendengar pun pelik dan perkara yang diceritakan menyedihkan.

Kalian bayangkanlah bagaimanakah keadaan saudara kita di sana yang mana bekalan elektrik disekat, dengan keadaan sekarang ini adalah musim sejuk. Roket-roket Yahudi itu menghancurkan tubuh-tubuh saudara kita. Keganasan tentera Yahudi bagaikan ‘dahagakan darah, laparkan daging’ terhadap saudara kita. Apakah sumbangan aku, sumbangan kamu, sumbangan kalian kepada saudara-saudara kita di Palestin, Gaza?


13 responses to “Selamatkan Gaza

  1. fisha says:

    hurm.. betul la kata 1 perumpamaan.. rambut sama hitam tp hati belum tentu sama.

  2. ayohpem says:

    samo2 kito berusaha memperjuangkan hak2 rakyat palestin…boikot israel..!

  3. Bayan says:

    Tugas mahasiswa bukan sahaja berbijak pandai tetapi juga prihatin dengan apa yang berlaku di sekitarnya.

    Berdemontrasi bukanlah satu cara yang berkesan. Mungkin juga dengan mengadakan perjumpaan, perbincangan, dan disusuli tindakan bukan satu tugas yang mudah. Tapi kita harus buat sesuatu.

    Boikot barangan mereka adalah satu tindakan yang tidak mustahil boleh beri kesan kepada Israel-Yahudi ini. Apatah lagi di saat ekonomi Amerika sangat tenat waktu ini.

    Umat Islam, inilah masa menggunakan ukhuwah dan keupayaan kita untuk hidup tanpa bergantung kepada barangan mereka.

  4. sHeqa says:

    dunia sudah hampir berakhir..

  5. shinja says:

    fisHa :- Tul 2, walaupun dalam 1 rumpun yang sama, tapi mengikut haluan masing-masing.

  6. shinja says:

    ayohpem :- Kalau bukan arab sendiri yang membantu, siapa lagi kalau bukan kita sesama Islam ni kan.

  7. shinja says:

    kak Bayan :- Mahasiswa Islam sebenarnya kenalah peka dengan isu semasa. Tambah lagi isu yang berkait dengan isu-isu sensitif ini. Kita cuba melakukan yg terbaik bagi membantu saudara kita. InsyaAllah mudah-mudahan apa yang dilakukan ini dapat membuka mata yang ‘pejam’ atau mata yang ‘buta’.

    Ukhwah, bersatu, jalinan, berjemaah itu merupakan tunjang kepada kekuatan sesuatu. Cubit paha kanan, paha kiri yang terasa. Bukankah Nabi bersabda bahawa mukmin itu umpama satu binaan?

  8. shinja says:

    sHeqa :- Dunia makin tenat. Banyak benda yang telah berlaku di atas muka bumi ini. Kasihan..Jadi apakah tindakan kita? Hanya berdiam diri? Berpeluk tubuh sahaja?

  9. fidalia775 says:

    Sebagai seorang manusia tentunya bencana ini sangat tidak berperikemanusiaan. Tetapi, sebagai insan kerdil yang tidak berupaya melaungkan keadilan, mungkin hanya doa tulus yang berguna daripada bertindakbalas dengan cara kekerasan. Hanya memburukkan keadaan malah menunjukkan kita ini tidak banyak bezanya dengan hati binatang mereka.Ini pendapat cetek saya….

  10. shinja says:

    fidalia775 :- Kemusnahan yg tak berperikemanusiaan adalah satu sifat kebinatangan. Saban hari ada je nyawa yg hilang.

  11. sHeqa says:

    kita hanya perlu berdoa supaya kita mati masih dalam keimanan.

  12. princess says:

    Semoga kemenangan milik umat Islam.
    Peace 4 Palestine!

  13. shinja says:

    princess :- InsyaAllah, mudah-mudahan Allah membantu kita. Banyakkan doa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di sana.. [-O<

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: