Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Perihal pentingnya pintu

on January 18, 2009

Kerana Pintu

 Salam Sejahtera kepada anda sekalian..

Ha bertemu kita di episod lain, untuk kali ini aku ingin membawa sesuatu cerita berkenaan dengan pintu. Kalian tahu apa itu pintu? Sudah tentu semuanya sudah maklum, benar? Ok selesai pasal pengenalan tentang pintu.

Aku ingin menceritakan tentang satu cerita kawanku mengenai tombol dan pintu. Apakah kaitannya dengan kehidupan seharian kita? Apakah keistimewaan cerita ini? Siapakah yang terlibat?

Baiklah. Mari kita mulakan. Ceritanya begini,

Pintu beliau merupakan pintu baru, punya tombol bewarna emas. Berbeza dengan pintu bilik kawannya, bilik sebelah, yang punya tombol bukan warna emas, lagi pun pintunya itu sudah lama. Beliau tak sangka pintu yang baru itu boleh dinikmati dengan hati yang gembira, dan kerana ianya baru serta cantik mungkin tahan lama. Andaiannya meleset, rupa-rupanya kunci pada tombol pintunya itu lama kelamaan bermasalah.

Satu hari nak di jadikan cerita, roommatenya tak boleh membuka pintu dengan kuncinya sendiri. Dengan menggunakan kudratnya sendiri, entah bagaimana anak kunci tersebut patah. Tanpa mengambil masa yang lama, mereka memanggil seorang pak cik tua, sudah agak berumur bagi membaiki kunci di tombol pintu tersebut. Dengan sedikit bekalan ilmu pertukangan dari turun temurun barang kali, pak cik tersebut dengan yakin membaiki dengan yakin. Pintu tersebut dalam keadaan baik, cumanya tombol pintu tersebut dalam keadaan lain macam sikit.

(Dalam beberapa hari mungkin…)

Apabila pintu bilik itu terbuka, main door juga terbuka sama. Alhamdulillah mujur la tidak ada sebarang kehilangan barang yang berlaku.

(Dalam beberapa hari kemudian mungkin…)

Kunci pada tombol buat hal sekali lagi. Apabila beliau cuba masukkan kunci, agak susah untuk membuka. Nak kunci juga agak sukar. Sehingga sampai tahap, beliau menggunakan kadrat sedaya upaya dengan mengoncang pintu tersebut, barulah boleh buka.

(16hb Januari 2009 waktu pagi..)

Kali ini beliau tidak tahan dengan keadaan sedemikian. Beliau kurang selesa dengan keadaan pintu tersebut. Lalu beliau memanggil pak cik yang sama sekali lagi untuk membaiki tombol pintu biliknya. Apabila pak cik itu cuba untuk kunci, sekali lagi anak kunci tersebut patah. Kali ini ia patah di tangan pak cik tua. Lantas dengan tindakan yang entah dari mana ilham itu muncul, kawanku ini terus memberikan sejumlah wang meminta pak cik tua itu membeli sebuah tombol pintu yang baru.

(Jam 10pagi waktu Ukreain..)

Pak cik tua membawa sebuah tombol yang baru. Nasib tidak menyebelahi mereka, tombol yang dibeli tersebut saiznya agak besar, tidak sama dengan saiz lubang pada pintu tersebut. Berkata pak cik tua itu.” Camni la nak, nanti lepas lunch, pak cik pergi tukar tombol ni yang lain”. Janji yang diberikan memberikan semangat yang baru pada beliau.

(Selepas lunch. Dalam jam 2 tengahari)

Pak cik tua tersebut datang dengan tangan kosong. Pak cik tua berkata bahawa kedai sudah tutup. Tapi dia akan datang lagi bagi mendapatkan tombol baru tersebut yang sesuai. Sebelum tu, pak cik tersebut mengambil artenatif dengan membuat selak pada pintu itu. Pak cik tua turun semula.

Kawanku menunggu lagi..

(Beberapa minit kemudian…)

Pak cik tua muncul dengan keadaan yang girang. Pak cik tua senyum-senyum. Kata kawanku dalam hatinya,” kesian pakcik tua ni, dah la tua, bersusah payah pula nak mencari tombol pintu untuk saya”.

Tanpa diduga, di sebalik senyuman pak cik tua itu. Dia keluarkan paku panjang dan mengetuk-getuk di tepi pintu. Kemudian dia bengkokkan, menjadi selak pintu dari dalam.

Sedih kawanku itu dengan kaedah klasik pak cik tua tersebut. Disebabkan pintu bilik itu hanya berselakkan paku, maka kawanku ini tidak berani untuk keluar rumah. Dikuatiri benda-benda yang tak diingini berlaku, nauzubillah.

(Penutup kata)

Cerita kawanku ini membuat ku terfikir sejenak. Mungkin kisah ini mengajar kita erti kehidupan. Apakah kaitan kita dengan pintu? dan apakah pula kaitan kita dengan tombol pintu? Kalian tahu apa yang ku fikirkan? Ha ini hasilnya :-

1> Lihat pintu, lihat tombol, lihat kunci. Ianya saling memerlukan antara satu sama lain bukan. Begitu juga manusia. Manusia punya kelebihan dan juga kelemahan masing-masing. Kita saling memerlukan antara kita bagi melengkapi sesuatu perkara. Oleh yang demikian, jangan belagak sangat la. Kita tak boleh hidup sorang-sorang. Kita hidup ini bermasyarakat, hidup dalam berkawan, hidup kita perlukan orang lain bagi membantu kita meneruskan impian. Bukankah dengan mencari sumber ilham kejayaan kita dengan melihat kejayaan orang lain juga? Jadi, kita saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

2> Pintu, tombol dan kunci. Cuba kita kaitkan dengan ilmu, iman dan amal. Kalau kita punya ilmu, tapi kita tak beramal dengannya. Apakah itu mencukupi kita sebagai manusia yang hebat?

3> Dalam kes ni, kalau tak banyak pun kita cuba ada sedikit pengetahuan tentang ilmu kemahiran hidup. Kalau terjadinya apa-apa masalah di dalam rumah, sekurang-kurangnya kita tahu apakah yang perlu kita lakukan.Hahahaha…

4> Cuba mencari ikhtiar atau jalan lain selain jalan yang pertama. Cuba berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan sebarang masalah dengan tenang. Setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya. Gunakan beberapa pendekatan seperti apakah plan B, plan C dan sebagainya.

Ini hanya teori aku je. Aku dah lama tak menulis dalam blog ni. Aku dalam bulan final exam.
Akhirnya aku ada sedikit soalan untuk kalian, apakah pandang anda pula dengan kisah di atas dan apakah pedoman yang boleh kita dapat?


7 responses to “Perihal pentingnya pintu

  1. !x0r@ says:

    Alamak,tak tercapai akal saya nak menafsir kisah di atas! Saya tak berapa nk faham..😆

  2. shinja says:

    Hihihihi..ini adalah suatu kisah yang ganjil. Sesiapa pun boleh mentafsirkannya mengikut kemampuan fikiran masing-masing. Maaflah sekirannya saudari tidak berapa nak faham..:)

  3. raja adli says:

    pada pandangan aku, kisah di atas kita panggil sebagai ‘reflection’. ertinya daripada terjadinya satu2nya kejadian, dan kita mencari pengajaran yang boleh di ambilkan iktibar yang positif dalam hidup kita. aku stuju ng penulis yang membuat reflection tersebut. okey assignmet byk lg nak buat.

  4. shinja says:

    Terima kasih atas sokongan anda. Apa ingin saya bawakan hanyalah sebagai mengajak pembaca-pembaca semua apakah pedoman?, apakah pengajaran?, apakah kaitannya kisah di atas dalam kehidupan kita?

  5. zielux says:

    from my view..apa yg kite rancang..hanya perancangan yg blom tentu..byk ujian di setiap langkah dlm menuju sesuatu tujuan..dlm cth cite pintu, tombol x sama saiz la..nk tuko tombol, kedai tutup la plak..lps dh tuko mana tau skrew ilang plak ke..byk btol dugaan..kdg2..bile difikirkan balik..nape berlaku ujian kat kite? perkara yg patutnya berjalan lancar..tp byk plak halangan..mm..mybe ada hikmah di sebalik setiap yg berlaku..cth cite pintu tu..mybe lps kejadian tu..kwn awk tu jd baik ngan pakcik tua tu ke..kire merapatkn silaturahim la tu..tak pon..mana tau lps ni..kwn awk tu blaja sket ilmu pertukangan ke..kalo rosak lg..bleh btulkan sndiri je…so, kesimpulannya ada hikmah di sebalik setiap yg berlaku walaupun ianya nmpk perit di mata kite..tp Allah Lebih Mengetahui..~sekadar beri pndgn~..:)

  6. shinja says:

    Setiap perjalanan hidup kita ini penuh dengan pelbagai jenis rintangan, cabaran, dugaan..semuanya itulah mematangkan diri kita. Mahu tidak mahu, ia tetap datang. Tabah tidak tabah je untuk kita menghadapinya. Rasional atau tidak je untuk kita selesaikannya. Semuanya itu adalah asam garam kehidupan yang mewarnai kehidupan manusia agak manusia cekal mengatasinya dengan tindak-tanduk yang rasional.
    p/s :- Terima akak sudi ziarah & beri pandangan akak yang bernas tu🙂

  7. Niezamaziz says:

    Pintu bnyk rahsia disbalik P.I.N.T.U iaitu:.
    P.(penting ke)
    I.(ini betul ke)
    N.(nak tipu nie)
    T.(tak guna tol)
    U.(untuk sapa nie)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: