Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

ceria bersama cik coklat

on January 25, 2009

dunia indah dengan coklat

Assalamualaikum dan Salam Ceria buat kalian semua..

Ramai orang di luar sana yang gemar makan coklat, sehinggakan mereka ini adalah penggemar coklat tegar. Aku juga tidak terlepas dari golongan kelas atasan yang gemar menikmati coklat. Tidak kiralah coklat dari jenis yang bagaimana bangsanya, baik yang cair mahupun tidak. Aku meminati dunia coklat dan susu sejak kecil lagi. Baiklah..

Kalian cuba fikirkan dan bayangkan sekiranya dunia kita ini tanpa coklat? Gundah-gulanalah semua golongan fanatik coklat, resah-gelisahlah seluruh golongan tegar coklat, maka sudah pastinya kita tidak tahu apakah kenikmatan coklat tersebut..Bukankah begitu?

Coklat merupakan sejenis makanan yang diperolehi dari biji koko.Coklat juga seringkali dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja.Tidak kiralah anak,ibu,kakak,adik,kekasih mahupun sahabat.. Kuasa coklat kadang-kadang mampu membuatkan seseorang merasa cair seperti coklat yang dimasak di atas api.

Kenikmatan dalam merasa coklat merupakan satu anugerah yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Ia juga tidak dapat dinilai tanpa dilalui pengalaman itu sendiri.

Tidak mampu juga digambarkan betapa sedapnya bila ia mulai cair di dalam mulut.. untuk pengetahuan anda semua,coklat punya aromanya tersendiri, punya tekstur yang menarik.Asal rasa coklat adalah pahit namun apabila divariasikan dengan susu dan gula ia dapat dinikmati dengan sungguh enak sekali..

Baiklah…kalian begitu asyik membayangi betapa nikmatnya meratah coklat bukan? Hebat!!

Sejarah Coklat ini sungguh unik. Cumanya aku hanya menceritakan sedikit sahaja. Kaum Maya dan Aztec di Amerika Selatan merupakan kaum pertama menemui koko. Sehinggakan biji koko pernah menjadi mata wang pada zaman tersebut.

Hernando Cortez, merupakan seorang penakluk dari Sepanyol pernah singgah di Mexico. Beliau telah menemui coklat apabila pemerintah Aztec meminum air pahit yang dipanggil Xocoatl dari sebuah mangkuk emas. Pada masa tersebut beliau hanya berminat pada mangkuk emas itu sahaja dan bukan pada isi didalamnya.

Tetapi,apabila pemerintah Aztec memberitahu bahawa air pahit itu dihasilkan dari kacang yang mahal, bagaikan 100biji boleh membeli hamba abdi yang sihat barulah Cortez berasa kagum dengan kandungan dan rasa air pahit tersebut.. Apabila beliau berjaya menakluk Mexico, beliau menghantar Xocoatl yang dipanggil chocolatl ke Sepanyol sebagai hadiah kepada Raja Sepanyol.

Setelah itu,minuman coklat menjadi semakin popular dan pada mulanya menjadi hidangan minuman di istana. Ianya menjadi rahsia sehinggakan seluruh Eropah tidak mengetahuinya selama 100 tahun. Namun begitu,pada lewat kurun ke-16, biji koko telah dieksport setiap tahun dari Mexico ke Sepanyol. Sehinggakan pada satu peringkat di mana rahsia tersebut mula bocor apabila sesetengah kapal yang mengexport koko ke Sepanyol telah ditawan,

Pada kurun ke-17, coklat mula merebak ke seluruh Eropah.Ia juga turut terkenal di Switzerland, England, Belgium dan Belanda. Minuman coklat telah ditambah dengan susu,gula dan perisa-perisa lain. Coklat hanya menjadi minuman sahaja sehingga kurun ke-19. Sehingga sekarang coklat telah dipelbagaikan produknya, bukan sekadar sebagai minuman sahaja tetapi telah dijadikan bermacam jenis dan bentuk..

Coklat mempunyai faktanya tersendiri, antaranya :-
1> Mencegah daripada risiko serangan jantung, strok dan kanser kerana coklat mengandungi antioksida yang baik. (Sekeping coklat sehari boleh mengurangkn sakit jantung)
2> Koko mengandungi kafein yang boleh mengurangkn mengantok.
3> Theobromine dalam coklat dapat merehatkan otot dalam saluran pencernaan.
4> Ha jangan tak tahu, di dalamnya mempunyai antioksida yang mampu memanjangkan usia. (2 sudu makan koko mengandungi 146mg antioksida)
5> Walaupun coklat tinggi kandungan lemak namun ia adalah lemak tepu dalam bentuk asid stearic dan tidak mempunyai kolesterol yang tinggi. Nikmatilah coklat tanpa risaukan anda akan gemuk, kerana sesetengah orang berpendapat coklat menggemukkan. Belilah coklat yang kurang kandungan gula di dalamnya, dan makanlah dengan seimbang.
6> coklat juga mempunyai bahan yang dipanggil phenylethylamine(pEA) yang boleh menaikkan mood seseorang. Kiranya ia merupakan sebahagian dari ubat penenang hati.
7> Coklat dapat menurunkan tekanan darah.

Persoalannya di sini, adakah anda penggemar coklat, peminat coklat, golongan tegar coklat, puak agresif coklat? dan Apakah pendapat anda tentang coklat? Apakah pula kaitan coklat dengan cinta?

Terima kasih🙂 Jom makan coklat!!

p/s :- Letakkan diri anda di zon ceria dengan menikmati coklat dalam pelbagai cara.


21 responses to “ceria bersama cik coklat

  1. cik rem says:

    coklat… memang mempunyai aroma & tarikan tersendiri… sehingga membuatkan penggemar / peminat2 tegar coklat sanggup membeli… Biar pun mahal…
    ((terliur la pulak… = macam mane boleh terfikir nak cakap pasal coklat ni??))

    terima kasih aMz, sebelum ni tak tau pun sejarah coklat..tapi, hari ni dah tau dah….

    **tegar coklat**
    😀

  2. en_me says:

    dulu me sukerr snicker tewww.. coklat jugakk kanns

  3. shinja says:

    cik rem :- Hmm nk tau tak dari mana leh aMz terfikir nk tulis entry pasal coklat ni? Ha sebabnya aMz sendiri adalah seorang peminat coklat yang tabah. So pe salahnya kalau aMz kongsikn bersama cita rasa ni dengan kawan-kawan di luar sana. aMz pun apa lagi, teruslah mencari beberapa info, maklumat berkaitan dengan coklat ni. Selain tu, aMz pun bolehlah menambah ilmu pengetahuan dari homework ni.hihihi🙂

    en_me :- Yup snickers juga merupakan adunan dari coklat juga. Peh kalau makan tu memang rasa nak lagi tu..

  4. ciq says:

    waaaa..bes2..kalo dpt mkn coklat skrang lagiii bes..ahhhh…mn nk dpt coklat ms nih..huhu

  5. shinja says:

    hmm memang best kn? ha lain kali ms nak balik ke rumah tu singgah la sebentar ke kedai beli coklat..hihihihi..

  6. cikf=) says:

    waahhh…sy mmg suke choc..dlu kecik2,choc masak pun sy telan..heh

  7. shinja says:

    owh cikf pn peminat coklat juga eh? hmm ramai juga yang minat coklat ni. Kalau ayat cikf yang kata coklat masak pun cikf telan ni menunjukkan cikf ni salah seorang golongan yang fanatik coklat ni. hahahaha…

  8. mohdfuadtopa says:

    assalamualaikum.. baru dapat tahu blog awak ni singgah sebentar.. penulisan yang menarik & penuh dengan ilmiah… aku mmg tak pandai nak menulis mcam ni…

  9. shinja says:

    Salam Alaik…trm ksh bro lawat blog aku ni ha. Ala penulisan aku ni biasa-biasa je. Cumanya aku nak kongsikan serba sedikit pengalaman dan sedikit ilmu je kat kawan-kawan nun di sana. Apa-apa pun, gambar yang ko tangkap semuanya besat-best la..

  10. azmerhisyamhjazman says:

    ana suka minum susu.aspecially susu tarik di kedai…..hehehhe

  11. shinja says:

    hehehehe cm kat Zafiras dulu2 tu eh?

  12. master hafetz says:

    kalo stress byk keje..makan lah coklat..sbb ada pEA tu…hehe

  13. shinja says:

    Terima kasih atas saranan saudara itu..

  14. shak579 says:

    wah…coklat…
    nnt blk sini jgn lp beli coklat banyk2 dr sane k…coklat klau bercampur hazelnut soo delicious..yummy!;)

  15. shinja says:

    kat sini kaya dengan manisan..

  16. Arni says:

    Saya ada jual coklat..teringin jua poskan coklat ke jordan..klau ada sesiapa yang nak beli dari jordan bolehla bgth sy ya..

  17. shinja says:

    wah-wah promote nampak.hihihihi🙂

  18. princessnur says:

    salam ziarah🙂

    sedapnye la post ni. yummny😀
    tp mkn coklat byk2 pun x elok gak
    bersederhana dlm ssuatu ^_^

  19. shinja says:

    salam ceria…
    hmm sedap kn? hihihi… mari makan bersama..hihihi🙂

  20. Saya pun peminat coklat, tapi tak boleh makan hari2 nanti gemuk.

  21. shinja says:

    ala makanlah dengan kadar yang biasa. Jangan makan sampai gemuk. Hmm mudah bukan? huhuhuhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: