Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Serasi atau Sensasi, mana satu?

on January 28, 2009

serasi

Apabila kita dapat menikmati minuman susu yang ditambah coklat kita akan merasa puas dan rasa ingin lagi dgn mnuman tersebut itu dinamakn SERASI dgn selera tekak..Bagaimana pula sekiranya kita berikan kepada orang lain untuk mencuba. Tiba-tiba wajahnya berkerut-kerut, katanya susu itu tak sedap. Terlalu manis ataupn mungkin terlalu pahit. Pernahkah anda terfikir mengapa kita boleh minum dan mengatakan ia sedap sedangkan oaring lain pula mengatakan  tidak?

 Itulah yg dinamakn SERASI. Kita SERASI dengan gula yang banyak ini, susu jenama ni dan perisa ni dan itu. Sedangkan orang lain tidak semestinya sama dengan selera kita. Kita menjadi hairan apabila susu kosong boleh lalu di tekaknya..Lalu kita bilang,

“eeeeeeeeeeeeeeeeeyeeeee kamu minum susu kosong je tanpa gula”.

Itulah yg dinamakan SERASI. SERASI di tekak dia, kamu dan mereka tetapi tidak semestinya SERASI di tekak kita. Nah!! Lihat sekarang, setiap orang punya citarasa yang berbeza bukan?!.

 SERASI ini dipandang dari sudut yang pelbagai. Dari segi memilih pakaian misalannya, baik dari segi memilih makanan, pekerjaan dan mahupun perhubungan. Apabila kita setuju atau suka dgn sesuatu, mesti kita akan lakukan dgn bersungguh dan kita akan merasa seronok untuk hidup. Keserasian ni amat penting dan harus dititikberatkan. Kita juga akan rasa tidak sabar untuk menunggu hari esok bagi melakukan sesuatu kerja sekiranya ia berkaitan dengan minat kita..betul tak? Akan tetapi kalau kita tidak suka dengan pekerjaan yang kita buat mesti kita akan jadi malas atau cuai dalam melaksanakan tugasan tersebut. Begitu juga dengan perhubungan, kerana sebuah perhubungan amat penting dalam kehidup manusia di dunia ini. Tidak kira kelas hubungan yang bagaimana. Hubungan sesama sahabat, keluarga, kekasih dan sesama manusia. Hatta hubungan hamba dengan Tuhan sekali pun. Tanpa mereka semua siapalah kita di dunia ini. Berseorangan tanpa teman. Bagi mencari perhubungan  yang SERASI bukanlah sesuatu yang mudah.

 Kita suka membeli-belah tetapi mereka tidak. Kita suka menonton cerita hindustan tetapi mereka suka menonton gusti. Mereka suka makan bihun, kita pula suka makan mee camuk. Jadi untuk dapatkan SERASI itu adalah sedikit sukar kecuali dengan adanya tolak ansur dan toleransi sesame mereka. Kalau susu itu tawar, tambahkan sahaja gula untuk diberi SERASI. Tetapi kalau hati manusia tidak sama, bagaimana untuk elakkan jadi SENSASI? jawapannya tolak ansur, bertimbang rasa dan sabar.

 KeSERASIan boleh dibentuk dan dibina. Asalkan ada kesanggupan, kesabaran dan bertolak ansur, semuanya akan jadi mudah. Bukankah mudah bertolak ansur daripada mencari sesuatu yang SENSASI.? Akui segala kesilapan, ucapkan kata,

“MAAF saya silap”

,andai ada kesalahan mahupn selisih faham. Tidak guna kita pertahankan keegoan  untuk sesuatu yang tidak ada penyudahnya. Tidak mengapa mengalah untuk elakkan konflik yang dasyat. Ada banyak cara untuk toleransi dan banyak juga cara untuk SENSASI. Jika matlamat kita untuk kebahagiaan bersama,SERASI-SERASIkan diri dalam perhubungan sesama manusia jangan SENSASIkan diri untuk ditertawakan oleh generasi akan dtg…fikir-fikirkn dan renung-renungkan…


10 responses to “Serasi atau Sensasi, mana satu?

  1. Bayan says:

    wah, entri yang baik.
    Selalunya hal serasi harus kita aplikasikan jika ada penjual ubat kecantikan atau kesihatan. Jika kurang yakin katakan sahaja yang kita pernah cuba ubatan itu dan ianya kurang serasi dengan kita.

    Kata-kata sebegitu boleh mematikan minat penjual yang mendesak kita membeli produknya yang konon boleh menyembuhkan segala macam penyakit dan mencantikkan diri kita.

    Tidak semua orang serasi dengan sesuatu produk.

    Sensasi? Hmmm itu peralihan jiwa dari yang biasa-biasa kepada yang luar biasa. Mungkin. Mahu cari sensasi biar berpada.

  2. fisha says:

    setuju dengan artikel ni.. mcm fsha kat tempat keja skrg ni, dengan keja rasanya mmg serasi. insyaAllah xdak masalah. masalahnya xserasi dengan persekitaran. kena la sabar n bertolak ansur macam aMz cakap.

    erm.. patut pun dulu aMz suka minta maaf dengan org walaupun rasanya aMz xdak bt salah apa pun.. huhuhu

  3. shinja says:

    kak Bayan :- Hmm satu taktik yang hebat. Itu adalah tips bagaimana untuk mengelak daripada penjual ubat mendesak kita.:)

    Isu semasa; ketidakserasian kata, penyatuan hati, serumpun idea, pemimpin-pemimpin Arab hanya memandang biasa sahaja isu Gaza baru-baru ini. Lewat memberi bantuan. Mereka pentingkan SENSASI sahaja.

    FisHa :- Setiap benda yang kita lakukan, setiap benda yang terjadi pada kita ada hikmahnya. Bukan mudah untuk kita serasi dengan dunia baru, yang asing dengan diri kita ini. Sabar, teruskan memohon padaNya bagi memudahkan segala urusan harian kita.

    Owh masih ingat eh cik fsHa pada ‘gaya’ aMz ni.hihihi🙂

  4. cikf=) says:

    yeah…lain org lain taste….sbb tu sy susah nak samekan org ngan sy, n saye pun xsuke disamekan ngan org lain jgak=)

  5. shinja says:

    Kita adalah diri kita sendiri, kita tidak boleh menjadi orang lain. Tapi ingat, kita boleh mencontohi orang lain. Contohi kejayaan orang lain untuk kebaikkan diri kita😉

  6. ciq says:

    bila serasi sy ske..bile xserasi sy lari..boley kn..haha

  7. shinja says:

    hohoho boleh pula camtu eh. Isyh2…Hmm bukan mudah kan kalau kita nak cari orang yang serasi dengan diri kita ni. Bila salah pilih kawan, mungkin juga akan menjadi musuh..

  8. azmerhisyamhjazman says:

    saya suka susu….hahahah

  9. sy suke capucino..hehe

  10. shinja says:

    azmer :- Saya pun suka juga. Sedap kan?

    hiroshinari :- Owh salah satu minuman yang best juga tu.hihihi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: