Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan kali ketiga

on February 17, 2009

Salam Ceria buat kalian semua..Alhamdulillah program PERTAMA atau nama panjangnya Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan telah pun berjaya dijalankan dengan jayanya yang bermula dari 12 hingga 14hb Februari 2009. PERTAMA kali ke-3 ini berlangsung di mantiqah Irbid yang merupakan salah satu zon di Jordan yang merupakan ramai mahasiswa yang belajar di dua universiti di Irbid ini selain zon Mu’tah dan Mafraq.

perwakilan-perwakilan yang dijemput khas bergambar dgn pihak MSD  

MPPM sesi 2008/2009 kali ini telah menjayakan PERTAMA kali ketiga di bawah Biro Pembangunan Minda dan Akademik (BPMA) yang merupakan salah satu Badan Pentadbir MPPMj sesi ini.

Persidangan ini bukanlah calang-calang, ianya amat penting buat mahasiswa Malaysia di Jordan dan MPPMj sendiri dalam usaha mempertingkatkan tahap pemikiran dan menonjolkan imej keperbadian mahasiswa Malaysia di Jordan ini. Ia sejajar dengan tema PERTAMA kali ini iaitu ‘Ke Arah Kematangan Mahasiswa Muslim’. Tahniah buat Biro Pembangunan Minda dan Akademik MPPMj dalam melaksanakan PERTAMA kali ketiga dengan jayanya, begitu juga kepada pihak MPPMj sendiri. Terima kasih kepada pihak  MSD, kedutaan dan barisan tetamu yang hadir bagi menjayakan program besar MPPM ini.

aku dan banner PERTAMA

Pengisian PERTAMA kali ini adalah pembentangan 6 kertas kerja oleh wakil-wakil mahasiswa Malaysia yang di jemput khas dari Mesir (PMRAM dan PERUBATAN), Arab Saudi, Syria (PPMS) dan Yaman (PERMAYA). Selain itu, terdapat juga forum oleh Ust Syed Abd Kadir Aljoofre dari Mesir (PMRAM), Ust mujahed dari Syria (PPMS) dan Dr. Anwar (S/U MPPMj) yang bertajuk ‘Mahasiswa Kita – Kuantiti Bukanlah jaminan Kualiti. Kemuncaknya adalah sidang plano yang akhirnya terbentuklah 11 resolusi.

Terima kasih pada kawan-kawan Irbid dan Mafraq kerana di kesempatan ini lah kita dapat berkumpul bersama, bertukar-tukar pengalaman dan ilmu. Terima kasih juga kepada Saudara Atiq kerana tumpangkan aku dan kawan-kawan di rumahnya selama program PERTAMA berlangsung, nampaknya dia agak sibuk.

bersama kawan2..

Sekali lagi aku mengucapkan tahniah kepada pihak yang telah menjayakan PERTAMA kali ketiga ini. Tahniah!! Diharap PERTAMA akan datang lebih baik dan hebat lagi. Syabas!!


15 responses to “Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia seJordan kali ketiga

  1. Bayan says:

    Hensemnya adik akak. Patutlah sibuk memanjang. Sama la kita. Akak sibuk dengan bulan dakwah yang akan bermula awal bulan mac ini. Pelancarannya khamis ini. Hmmmm…

  2. Bayan says:

    Lagi satu, benarkah kita umat Islam ini kaya dan gah dengan aktiviti muktamar, bengkel, simposium dan sebagainya, tetapi miskin dengan praktikal.

    Resolusi hanya retorika. Itu yang selalu dipersoalkan oleh peserta forum dan muktamar apabila kami melaksanakan program sebegini.

  3. lukman says:

    salam., wah3… hebat nampak persidangan PERTAMA tu.. tapi kan afiq cakap PERTAMA ni xde la sehebat Malasian Day dengan KARISMA nanti… hehe.. afiq la yg cakap.. x tahu laa… ape2 pn terima kasih kat pak cik sebab sudi support PERTAMA… caya la pak cik…

  4. shinja says:

    kak Bayan :- Ala aMz biasa-biasa je la kak. Owh bulan dakwah eh? Mesti best perancangan sempena bulan dakwah ni eh? Hai bilalah agaknya kita nak bekerjasama eh kak?
    -Bukankah segala tindakan pratikal itu pelbagai kak? Setelah dibincangkan bersama dalam muktamar, bengkel, simposium dan sebagainya, kemudian kita boleh laksanakan melalui program insaniah. Bukankah itu salah satu daripada praktikalnya. Apa-apa pun aktiviti dakwah itu pelbagai. Gunalah dengan cara yang penuh hikmah. Bukan senang kita nak sejajarkan antara teori dan amalinya.

    lukman :- Eh Malaysian Days dan KRISMA belum lagi terlaksana. Bagaimanakah dia boleh berkata begitu? , sedangkan ianya belum lagi dilaksanakan, hanya perancangan baru.

  5. naz says:

    terima kasih krn sudi bersidang di PERTAMA kali ke3.. =)

  6. shinja says:

    sama-sama. Tahniah utk kawan-kawan & pihak yang terlibat. Moga kita jumpa lagi di lain waktu eh. Best dpt kenal kawan-kawan di sana.

  7. ayohpem says:

    pandai sungguh amzari nih bergayo des…hehehe

    syabas…truskan mnulis…

  8. -TVS- says:

    Alhamdulilah, sejuk hati kami apabila anda semua berpuas hati dgn PERTAMA kali ini. Terima kasih xterhingga atas kerjasama anda semua.We try our BEST to give u the BEST. Semuanya dr Allah & utk Allah.Harap dpt hebahkan resolusi kat blog pertama kpd semua ahli mantiqah msg2. Jzkk khatira. Jemput ke Irbid lg.

  9. shinja says:

    ayahpem :- Lor..pandai bergaya pe nya, ni gaya bebas je la. Menulis merupakan salah satu daripada kita meluahkan sesuatu fikiran.

    -TVS- :- Alhamdulilah berjaya juga program PERTAMA kali ketiga ni. Kami dari Mu’tah amat berbesar hati dengan layanan kawan-kawan di Irbid. InsyaAllah saya akan datang lagi ke Irbid.

  10. -TVS- says:

    PENTING! RESOLUSI PERTAMA KALI KE-3
    ” Dalam setiap zaman, pemuda merupakan tunjang kekuatannya. Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya. Dalam setiap fikrah, pemuda adalah penyebar panji- panjinya ”
    Kitalah yang akan melaksanakannya. SEMOGA BERJAYA.

    p/s:Harap dapat hebahkan kpd kawan2 yg lain. Terima kasih.

  11. shinja says:

    Pemudalah generasi yang berharga dalam meneruskan agenda bagi meningkatkan kualiti sesebuah tempat. Persiapkanlah kita dengan bekalan sebagai seorang pemuda yang hebat.
    Baiklah, akan saya sebarkan pada semua kawan-kawan.

  12. lukman says:

    eleh pak cik., malu2 plk.. saya bukan cakap program tu dah terlaksana.. kan saya cakap program ni xde la sehebat Malaysian Day dgn KARISMA nanti.. afiq ckp dia x sehebat pak cik nak cipta program2 yg hebat mcm pak cik.. tp dia gmbira sbb pak cik pun dtg prgram PERTAMA dia… caya la pak cik…

  13. shinja says:

    lukman :- Hai siapakah gerangan lukman ni eh? Pandai sangat berkata-kata. Tolong kenalkan diri pada saya ok. Saya tak kenal siapakan tuan Lukman nih. Atas sebab-sebab keselamatan saya perlukan maklumat peribadi anda ye. Terima Kasih..

    Ala apa-apa pun perancangan dua program besar yang di bawah kendalian Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPMj sesi ni hanyalah untuk merapatkan lagi ukhwah kita sesama mahasiswa Malaysia di Jordan ni. Saya cuma buat apa yang termampu. Saya akan bantu biro-biro pelaksana MPPMj yang lain. Bukankah kita ini dalam rumpun yang sama. Moga dua program ni berjalan dengan lancar dan berjaya bagi mencapai matlamat MPPMj sesi ini. InsyaAllah..
    Saya perlukan sokongan kuat dari anda semua..

  14. lukman says:

    uish, pak cik ni… mcm FBI la plk nk slidik saye.. sbnarnya afiq tu abang saya.. dia suke criter kt saya psal jordan., sbb tu la saya tahu skit2 pasal PERTAMA dia.. ape2 pn… sokong pak cik…!!!

  15. shinja says:

    terima kasih atas sokongan anda terhadapat kami..akan kami lakukan dengan sebaik mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: