Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Suatu Hari Bertemu Ahli..

on March 1, 2009

Salam Ceria buat semua..

Hari Jumaat 27hb Februari 2009. Seawal pagi aku & YDP BKAPJ bersiap-siap dan gerak ke Mujammak’  aMman (bus stop ke aMman) di Mu’tah. Kami barisan pimpinan BKAPJ atau nama ringkas bagi Badan Kebajikan Anak Perak Jordan sesi 2008/2009 ni berkumpul. Kami ada program bersama ahli di dua mantiqah besar yang punya ahli-ahli kami di situ, Irbid dan Mafraq. Serta masyuarat untuk Biro Eksekutif BKAPJ bagi mengagihkan tugas dan merancang beberapa program untuk fasal terakhir kami sebelum kami melepaskan jawatan kami bulan soifi nanti (summer).

Pagi di Mu’tah hujan turun renyai-renyai. Kemudian panas dengan tiba-tiba sekejap. Cuaca di sini tidak menentu. Di sini masih lagi sejuk. Salji tidak pasti akan turun atau tidak tahun ni. Dalam perjalanan ke aMman dari Mu’tah dengan coster menjadi kenderaan utama di sini selain bas memakan masa jauhnya seperti dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Tambangnnya pula JD 1.45 (JD1 = RM5). Dari aMman kami ke Irbid pula. Dalam perjalanan ke Irbid hujan agak lebat juga. Sampai di Mujamak’ (station bus), hujan di masih lagi belum reda. Di jalan pula banjir. Saluran perparitan, longkang di Jordan ni agak kurang membanggakan, jadi apabila hujan turun agak mudah dilanda banjir. Ada sesetengah jalan ditutup, kerana banjir.

 

Jam 4 petang lebih (jam 10 malam waktu Malaysia). Hujan di luar masih lagi turun. Kami redah je. Masyuarat berjalan dengan lancar. Terima kasih kak Humairaq jadikan rumahnya tempat kami bermasyuarat. Beliau juga merupakan salah seorang biro dalam BKAPJ sesi ni.

Malam pula kami menghadiri satu majlis bersama ahli-ahli kami di Irbid. Terima kasih pada yang sudi luangkan masa bersama kami walaupun dalam keadaan sejuk dan hujan.

 

Sabtu pagi (28hb Februari 2009), pula kami ke Mafraq. Menghadiri satu lagi majlis bersama ahli-ahli kami di Mafraq. Terima kasih pada kalian bagi sokongan pada kami.Kami singgah di Mafraq sekejap je. Esok dah kelas..

 

Sepanjang kami, barisan pimpinan BKAPJ bagi sesi ini bertemu ahli-ahli kami di dua mantiqah (zon, daerah) di Jordan ini, ia dapat merapatkan lagi ukhwah kami dengan ahli. Kami juga dapat mendengar dan mengetahui sendiri segala masalah serta lontaran idea, pandangan, komentar dan sebagainya dari ahli-ahli sendiri dalam kami memperjuangakan “menjaga kebajikan ahli”. Bukan mudah untuk kita memimpin sesebuah organisasi ini. Ianya perlu dipersiapkan segala emosi, pengalaman dan ilmu dalam mengendalikannya dengan baik. Memang mudah orang berkata, melemparkan apa-apa pandangan yang kurang enak bila di dengar. Bagi aku, usahlah kita mudah melenting dengan pandangan pertama mereka itu. Itu semuanya adalah satu ujian buat kita tambah-tambah lagi kita merupakan seorang pemimpin. Kata salah seorang kawan dari kami berkata,

profesional..

 

bertemu ahli

 

Hari ni, 1hb Mac 2009…

Seawal pagi ku lihat di luar. Putih-putih…salji la..
Bagi junior-junior yang baru datang ini adalah hari pertama kalian ber”salji” dan kawan-kawan, senior-senior yang habis pengajiannya di sesi ini pula, hari ni mungkin adalah kali terakhir buat kalian ber”salji”.

Salji turun..maka kelas hari tak de…

Ramailah kawan-kawan akan berstatuskan “salji” di YM-YM mereka.. dan ada juga kawan-kawan menceritakan pengalaman dalam blog-blog mereka. Contohnya seperti kawan Sabahan ni dan cik riang-riang ni. 

Tahun ni salji kurang tebal seperti tahun lepas. Kiranya tahun ni merupakan tahun pertama aku rasa salji di Mu’tah bumi Jordan ni. Tahun lepas aku tak sempat main salji di Mu’tah, sebabnya aku dan kawan-kawan pergi ke Mesir. Kawan-kawan kata di Mu’tah tahun lepas salji agak tebal. Tahun ni agak lewat. Entah mengapa.. agaknya bumi makin tenat, mula nyayuk agaknya. (Ini hanya teori akal aku sahaja :))

Sebelum ini aku sudah pun bermain salji. Sila baca kisah pengalamanku di sini.

 

kelas tak ada, jadi kami ambil peluang keluar main salji bekas Kolej Islam Darul Ridzuan

 

p/s:- Maaflah kawan-kawan di Irbid dan Mafraq yang tak sempat jumpa. Masa kami agak singkat. InsyaAllah ada masa kita akan bertemu.


5 responses to “Suatu Hari Bertemu Ahli..

  1. sHeqa says:

    seronoknya feeling nak habis belajarr…

  2. Lutfi Hafifi says:

    betul…betul..betul…
    Semat Riang ria.

  3. shinja says:

    sHeqa :- siapa yang seronok? saudari kah?

    Lutfi Hafifi :- hai jangan terlampau seronok sangat..beringat-ingat la sikit eh🙂

  4. salam..

    owh, ini blog AMM BKAPJ rupanya.. Patut macam kenal gambar rumah tu.. ^_^ Biasalah adat jadi pemimpin.. Tak mudah nak puaskan hati semua anak buah.. Yang penting, kita jalankan amanah kita. Semoga dipermudahkan segala urusan di masa akan datang. Terima kasih susah-susah datang menjenguk ahli di Irbid. Smoga BKAPJ terus maju dbwh pimpinan kalian. =)

  5. shinja says:

    Salam Alaik..
    Eh biasa-biasa je. Hanya mencuba menulis apa yang terlintas, apa yang difikirkan, apa yang tergambar, apa yang dipelajari je.hihihi..
    Adat pemimpin, perlu biasa dengan situasi begitu dan begini. Amanah yang diberikan akan kami cuba laksanakan dengan sebaik mungkin dalam berkebajikan ahlinya. Terima kasih atas sokongan padu anda. InsyaAllah kiranya punya masa dan ruang yang lebih, akan kami ziarah melihat sendiri ahli-ahli kami yang sentiasa ceria. Korang memang sempoi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: