Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Cabaran Malaysian Day’09

on March 9, 2009

malaysian-day09

Salam dan Selamat sejahtera pada kalian..

Pada tahun ini, kita akan menyaksikan satu program yang julung-julung kali diadakan bagi mempromosika kebudayaan dan kesenian Malaysia yang penuh warna-warni serta unik ini di dunia arab khususnya Jordan. Program besar ini dinamakan Malaysian Day. Anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia sesi 2008/2009 insyaAllah akan berlangsung pada 20 Mac 2009, hari Sabtu.

Biro Kebudayaan, Kesenian dan Sukan merupakan salah satu daripada empat biro pelaksana Majlis Perwakilan Pelajar seJordan pada sesi ini. Di bawah biro ini telah merancang dua program besar iaitu KARISMA dan Malaysian Day. Program KARISMA lebih menumpukan aktiviti sukan sahaja, tetapi Malaysian Day ini pula menumpukan sepenuhnya aktiviti kebudayaan dan kesenian Malaysia.

Dengan bertemakan “Budaya dijulang, Malaysia terbilang”, program ini diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam di kalangan mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Jordan melalui beberapa aktiviti yang dijalankan.

 

PERANCANGAN PENGISIAN 

1> Beberapa pertandingan akan dipertandingkan yang melibatkan mahasiswa Malaysia di Jordan ini. Pertandingan tersebut seperti khat, melukis poster warna-warni Malaysia, merekacipta replika atau model. Pertandingan merekacipta replika ini pecah kepada 3 katogori iaitu :-
> merekacipta replika bangunan-bangunan kebanggaan Malaysia contohnya KLCC, Menara KL, jambatan Pulau Pinang dan sebagainya.
> rumah-rumah tradisional yang terdapat di Malaysia contohnya rumah panjang Sarawak, rumah Minangkabau Negeri Sembilan dan sebagainya.
> masjid-masjid di Malaysia, contohnya Masjid Putrajaya, Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, dan sebagainya.

2> Pameran oleh setiap Badan Kebajikan Anak Negeri . Di bawah MPPMj terdapat sebanyak 12 Badan Anak Negeri yang akan mempamerkan kebudayaan, seni dan warisan mengikut negeri masing-masing. Mereka akan mempamerkan gambar-gambar, maklumat-maklumat yang berkaitan tentang keadaan sosial, ekonomi negeri masing-masing. Selain itu, mereka mempamerkan makanan tradisional seperti budu di Kelantannya, tempoyak di Peraknya, pakaian tradisional, maklumat-maklumat tentang kawasan-kawasan yang menarik untuk melancong. Maklumat tentang asal usul dan sejarah negeri turut dipamerkan di gerai mereka.

3> Persembahan dari Badan Kebajikan Anak Negeri yang terpilih mengikut budaya dan seni yang menarik, penuh dengan warna-warni. Di dalam kotak fikiran anda akan terpancar Tarian Zapin dari Johor, Dikir Barat dari Kelantan, dan sebagainya.

4> Demo dan pameran alatan muzik tradisional Malaysia.

5> Demo permainan tradisional Malaysia.

6> Pertunjukan silat.

 

RASIONAL MALAYSIAN DAY

1> Merapatkan silaturahim di antara ahli-ahli MPPMj. Di Jordan terdapat empat zon atau wilayah yang terdapatnya mahasiswa-mahasiswi yang belajar di Universiti masing-masing. Lokasi keempat-empat zon ini sangat jauh. Jadi, dengan adanya program besar ini, ia dapatlah mengumpul ahli-ahli MPPMj.

2> Mencungkil bakat-bakat baru di kalangan ahli MPPMj dengan melibatkan diri dalam aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan.

3> Program ini sebagai landasan atau medium bagi mempromosikan MPPMj di antarabangsa sejajar dengan visi MPPMj sesi ini.

4> Bagi mempromosikan Malaysia di peringkat antarabangsa serta menarik pelancong-pelancong Timur Tengah datang ke Malaysia.

Mudah-mudahan program mega ini pada pendirian saya berlangsung dengan jayanya. Segala kerjasama dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Jordan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan, barisan-barisan pimpinan dari MPPMj, Persatuan Zon, Badan Kebajikan Anak Negeri serta seluruh mahasiswa-mahasiswi dan tidak lupa juga ahli jawatankuasa berganding bahu bagi menjayakan program ini.

Ohye, pada sesiapa ada idea atau cadangan silalah bagi komen dalam blog ni. Anda boleh juga email ke shinja_takeda@yahoo.com atau YM aku di shinja_samurai@yahoo.com. Terima kasih atas sokongan anda semua.

p/s :- Aku dalam kerisauan dan takut.


20 responses to “Cabaran Malaysian Day’09

  1. chumel says:

    nk bagi cadangan..ehehehe..lagu2 rakyat xtermasuk ke?muzik2 etnik cam lagu ct, lagu zainal abidin..pastu lagu rasa syg..kalu nk letak lagu ma’had pun boleyy..eheheheh

  2. shinja says:

    terima kasih atas cadangan anda tu. Bagi mempamerkan kesenian Malaysia, sudah tentu muzik-muzik etnik, alatan muzik, lagu-lagu, boleh juga diserlahkan. Terima kasih🙂

  3. Azhar says:

    pertunjukan silat 2
    silat ape???

    nak bg cdangan skit
    yg demo permainan tradisional bg pengujung boleh mencuba bermain
    alatan muzik lak
    pengunjung boleh mencuba bermain perlatan2 muzik tradisional

    pas 2 bg pameran
    buat la pameran keris-keris
    buat la demo buat kuih2 tradisional malaysia
    dan laen2 lagi
    hi3

  4. Bayan says:

    Betul kata Azhar, kalau boleh setiap item yang boleh di buat demo, buatlah demo. Contoh cara memasak dodol, lemang atau ketupat serta makanan tradisional.

    [hehehhee…jenuh le kamu nak mencari bahan-bahannya]

    Mungkin ia lebih bermakna selain hanya pamerkan gambar dan penerangan secara bertulis mengenainya.

    Oh ya, video pun ok juga selain demo yang mungkin guna banyak kos.

  5. Azhar says:

    betoi3 (mcm ipin plak)

    bukan susah
    zaman dah berubah
    dunia dah maju
    hi3

    silat plak bg kaw2
    biar kene kat pengunjug
    cewah
    terlebih plak
    hi3

  6. shinja says:

    Azhar :- Ala pertunjukan silat la. Baik silat cekak ke atau silat pulut.huhuhu..
    Hmm..baik juga idea tu. Alatan muzik selain untuk dipamerkan kepada pengunjung, mereka juga boleh mencuba. Takut dikuatiri rosak pula alatan muzik tu. Kena juga pemantauan yang hebat. Perlu kepada pengawasan yang rapi.
    Pameran boleh diperluaskan bahannya, seperti alatan pertahanan diri, beladiri, alatan muzik, pakaian tradisional, makanan, sejarah, dan sebagainya. Ok juga tu.

    kaK Bayan :- Akak..azhar tu adik bongsu saya🙂
    Bahan-bahan pamerannya memang susah untuk dikumpul dan disediakan. Bukan kerana malas, tetapi jarak dan kekangan urusan masa terlalu terhad. Pening kepala juga untuk mendapatkan semua bahan-bahan tersebut. Hmm rasanya molek juga sekiranya dipamerkan menerusi gambar-gambar, info maklumat bertulis dan video. Kami akan cuba dapatkan alatan pameran seperti alat muzik, makanan tradisional dan lain-lain apa yang dicadangkan dengan apa yang termampu, sekiranya ada, ada lah..

  7. sHeqa says:

    kenapa risau??

  8. shinja says:

    risau dalam menghadapi saat-saat program ini..

  9. fisha says:

    salam.

    terujanya, rasa mcm nak g tengok jgk.. huhu. all the best naa..

  10. fred says:

    salam..
    cadangan malaysian day nih adalah impian n cadangan yg da lama disebut2 ( oleh saye )
    alhamdulillah… baru la skrg nih BARU ader gerak kerj ke arah itu.. well done ( tuk geraj kerja)

    bab2 persembhan or program2 yg bakalan di persembahkan itu. xyah komen la kan… mende yg skeptikal n tipikal jgak. coz kite bukan nyer ade prop yg cukup tuk laksanakan ( realistik nih )

    anyway.. saye juga ade beberapa cadangan.. satu aspek ekonomi, n aspek promosi… berpegang pada konsep pelaburan yg mesti untuk berjaya & gandaan tradisi tuk diketengahkan…

    satu. ekonomi.. saye bersikap optimis terhadap satu cara yang mana kita bukan skadar menjemput org luar ( non- malaysian ) xkesahla org2 ternama VVIP atau VVLP( very2 LOW person ) ahakz!! malah, kita juga menjual tiket as pass masuk tuk menyaksikan da GREAT MALAYSIAN day tuh.. xkan la kita buat tuh xder pusingan modal kan??! btul x??

    4 sure byk program yg sememang nyer menjdi program tradisi. telah di HAD kan budget nyer, demi dis investment ( MALAYSIAN day ) manalah tau.. next year da ley pusing modal tuh, kite jemputan kementrian2 yg berkenaan tuk sendiri melihat. betapa agresifnye kite pelajar timur tengah tuk memppromsikan malaysia.. walaupon yang set2 timur2 tengah nih sinonim sangat ngan extreamis nyer. ( perlu ke nk elobrate kan!! )

    tuh secara general nyer la kan, about janaan ekonomi… da berlatih bersungguh2 ( tuk berpersembahan) pagi petang siang malam.. bersengkang mata tuk realisasi kan mende nih, tapi xder habuan. buat ape kan! xtau la kalo orang2 cnie sentiasa berfikiran SOAL JARIAH semata..buat ape je.. BALASH! baik nyer bangse malaysia kan!!

    sewa dewan kena pikr gak, costums2 mane nk kaut… dekorasi segala tuh… penah lak kt bumi jordan nih FREE??! huh.. pikir2 la erk..

    ok done. bab kedua.. tuk mempromosikan warna2 malaysia.. saya mencadangkan kita promote BATIK. kesinambungan dri cetusan idea allahyarhamah datin seri indon mahmud. kite buat satu RUNWAY memperagakan keindahan batik.. n selitkan la skali elemen2 pakaian lain jugak…

    sejajar ngan objektif gakz. kite nk mencari bakat2 yg ade.. so why not kite try to expose org yg mmg ader gaya model tuk memperagakan warisan negara…

    xmustahil.. satu hari nnt, kalo masing2 da graduate. ader syarikat tgok kite nih boleh as MODEL( ader potensi la konon2 nyer ). alih2 say, “maaf, ana xbiasa lah!! ana xboleh laaa” sbb ape??! ats persepsi MODELING itu sendiri… walhal potensi diri yang mmg tuhan da beri.. diPERSIAkan.. aper guna semua tuh..
    huhuhuh

    sekian dri saye..
    fred..irbid..
    :: aktif, agreasif, n proaktif itu cara gerakerja ku ::

    p/s — jgn buat sumthing as ASAL ADE, ASAL boleh jer. jgn persiakan peluang n masa yang ade..
    wallahua3lam

  11. shinja says:

    fred :- Salam Alaik…
    Terima kasih singgah ke blog ini. Dan terima kasih juga atas cadangan anda, insyaAllah kami akan buat yg terbaik. Banyak perkara yang masih lagi kami terlepas pandang. Ia perlu dikaji dan diperhalusi lagi. Diharapkan kawan-kawan dapat memberikan cadangan kepada kami dalam menjayakan program yang julung-julung kali diadakan di sini bukan.

    fisHa :- Salam Alaik..
    Sebenarnya aMz takut la fisha. Ni lah first time aMz buat program besar tau, ianya melibatkan program masyarakat arab yang punya seribu aneka jenis ragam pelik. Doakan aMz dapat laksanakan dengan baik eh. Terima kasih atas kata-kata semangat anda..

  12. lukman says:

    salam pak cik….!!!! huhuhu…. kite brsua lg. hrp2 pak cik sihat la yer. huhu.. tgk malaysian day ni mmg hebat bak d kata. saye tau pak cik dlm keadaan sgt rsau skarg utk program nih. ye la kali pertama kt jordan ni. plk tu mlibatkn org arab dn jemputan luar. dr segi unsur2 tradisional yg nk d tonjolkn pn mmg kene mutu yg tnggi kn pak cik. mmg best klau saye pn dpt pegi gk program tu. pak cik klau ade nk mtk tolong bgthu je abang saye tu. dia mmg malu2 orangnye dr kecik lg. tp jgn bgtahu dia plk yer.. nti dia tmpelak saye plk nnti. huhu.. ape2 pn all da best.!!

  13. ciq says:

    all d best yer…salam jumaat dr sy dikejauhan gitu..hehe
    tc!

  14. shinja says:

    ciq :- tq tq..yooye yooye!! salam jumaat juga pd ciq.
    lukman :- salam alaik..hmm kami akan cuba bt yg terbaik dlm merealisasikan matlamat MPPMj pd sesi ini bg mengantarabagsakan MPPMj itu sendiri. Selain itu, tujuan kami cuba laksanakan Mlysia bumi tercinta ini kepada warga arab, tambah-tambah lagi arab Karak ni yang bangga dengan dunia mereka sendiri je. Masyarakat Malaysia yang kaya dengan pelbagai kesenian dan budayanya itulah keistimewaan kita, bagi menonjolkan Malaysia di dunia antarabangsa, inilah satu langkah dari kami bagi membuktikan Malaysia bukan hanya bercawat, “onga-onga”, dan sebaginya jenis ajukan dr mereka-mereka ini yang ‘seronok dalam dunia sendiri’..

  15. umiefull says:

    salam.
    rasenye,20hb mac dh lepas…

  16. shinja says:

    Salam..
    owh terima kasih atas ‘mata tajam’ anda dalam mengesan kesalahan ini. Baiklah, sebenarnya tarikh perancangan ini sekadar cadangan. Tarikh untuk program ini sudah banyak kali ditukar kerana tidak sesuai. Sekarang ni yang terkini, tarikh untuk program mega ini dicadangkan pada 8 Ogos 2009. Hmm ini pun masih lagi dalam siasatan dan kajian peringkat kami sendiri serta pihak-pihak yang berwajib. InsyaAllah kami akan berikan kata putus dalam masa terdekat ini..
    Terima kasih..

  17. Pok Cik Mat says:

    <>

    tarikh yg btolnya bila?
    kt situ ltk 20 mac?
    mcmna 2..?

  18. Pok Cik Mat says:

    eh dh ada jwpn kt atas 2..
    x prasan plk..
    ya ampun pak….

  19. […]  berimaginasi sebentar,  begini agaknya suasana Malaysian Day sekiranya […]

  20. ellyana says:

    hallo!!!! im ellyana call me ??/?/?????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: