Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Siapa aku, kamu dan mereka?

on March 19, 2009

tali-leher

Pilihlah tali leher mana yang kamu suka. Tapi ingat!! Bukan apa yang kita pilih itu orang lain suka lihat

Benarkah kita takut dengan kata-kata mereka yang lemah itu? Hanya tahu berkata dan mengata tanpa melihat pada realiti suasana di sini? Oh tidak begitu mudah kamu dan kamu berkata begitu. Mereka ada tugas yang perlu dilaksanakan dengan baik dan tanpa paksaan. Mereka juga seperti kamu. Usah melihat dan berkata dengan perasaan diri kamu sendiri, cuba lihat di sekeliling kamu, berfikir dengan akal yang waras, berkata berlandaskan fakta. Ini tidak, hanya membantah dan terus membantah. Hey kamu!! Kamu siapa?!! Aku pemimpin yang agung. Kamu rakyat yang hina.

Sebagai pimpinan pelajar, dia juga seorang pelajar seperti kamu. Hidup kita dikelilingi dengan mereka-mereka yang pelbagai jenis. Kita perlu sedar itu, perlu peka. Usah kita hanya sedap mengikut diri kita yang ‘cam best’ itu. Oh cukuplah…sudahlah…usah dihuru-harakan keadaan. Ini tempat kami, ini kawasan kami. Perlukah kami ‘memukul’ kamu dengan ‘dasyat’ di khalayak ramai. Biar ‘rakyat’ tahu siapa kamu yang sebenarnya. Oh itu bukan cara kami, itu cara orang yang tiada tata tertib.

Sudahlah, kami banyak benda yang perlu dilaksanakan..Kami tiada masa untuk kamu yang remeh-temeh itu.

Perpaduan pelajar-pelajar Mu’tah pada pengamatan aku selama mana aku menjadi warga PERMATA dalam keadaan baik dan perlu diperbaiki. Aku, mereka dan kita dari pelbagai keadaan. Baik dari medium IPT mahupun SPM (sekolah-sekolah). Mereka hidup dalam keadaan yang aman damai. Mempunyai pemikiran, tingkah laku dan sifat yang pelbagai tapi aman damai bukan. Kepelbagaian inilah keunikan kami. Tetapi ingat, usah keunikan ini dijurangkan dengan tindakan yang  extrim. Ia perlu di corak dengan keadaan dan suasana yang baik, tidak perlu dasyat, dan tidak juga perlu lemah.

Kesepaduan itu menjadi kekuatan sesuatu badan. Kesamarataan dalam menjaga kebajikan itu menjadi baik buruk pada pandangan mata kasar ahli. Bukan mudah sebagai pimpinan pelajar mahasiswa yang ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai pemikiran, tingkah laku dan usia. Siapa yang mahu ikut, patuh dikatakan sebagai ‘barua’ persatuan. Siapa yang membantah, menentang dikatakan ‘hero’. Begitukah pada kamu? Lain fikiran dan pandangan bukan. Itu mungkin kata aku, mungkin kata kamu, mungkin pada yang sama dengan kita. Tapi lain dengan mereka yang lain. Kekadang kita tidak selesa dengan keadaan ini. Kata orang, mahukan di tempat zon selamat. Tapi sampai bila sekiranya kita sendiri tidak mahu hampir, turun padang bersama, bergaul rapat dengan mereka. Memang benar ia amat sukar, sekurang-kurangnya kita mencuba. Kata oarang, belum cuba, belum tahu.

Dalam membuat sesuatu tindakan yang difikirkan wajar, sewajarnya melihat pada faktor-faktor di sekeliling. Menangi hati orang lain dahulu, cuba selami fikiran mereka. Ia penting sebelum kita laksanakan sesuatu perubahan. Salurkan di landasan yang baik. Perlu pada logik akal dan tidak pada emosional.


5 responses to “Siapa aku, kamu dan mereka?

  1. rafizzi says:

    salam,
    antara blog bermanfaat yg saya jumpa.. seronok baca penulisan org² yg hebat… kadangkala susah gak nak fhm, kena b’henti bc n fikir sejenak..

    apa²pun, jzkk kerana b’kongsi..

  2. anap_ilmi says:

    Uish..anda emosi..tenang..tenang..ikhlaskan hati menabur bakti. Akhirat kelak syurga menanti. Jgn sekadar nak kan populariti. Maka nerakalah bakal didiami.. Mangaiiiii…1x je aku type..power gak aku tulih2 gini rupenyer..haha.btw..TC!

  3. shinja says:

    rafizzi :- Salam..
    Terima kasih sudi ziarah ke blog ini. Ianya hanya penulisan yang biasa sahaja. Tidaklah hebat mana. Masih banyak kurang..

    anap_ilmi :- Owh sekadar emosi biasa sahaja. Apa-apa pun kita sebagai seorang pemimpin perlu profesional dalam bertindak. Emosi perlu dikawal dengan baik..hihihi🙂

  4. lutfihafifi says:

    Menarik sangat…

    Amzari , mari kita ingat iklan hari raya kat TV.

    Burung apa???
    Burung Muraaaiii…..
    Burung apa??
    Burung Muraaaiiii….

    Burung apaa????
    Burung apaa???
    …………………..
    Tazkirah buat pemimpin. carik kisah dan pengajaran disebalik iklan tue.

  5. shinja says:

    Terima kasih atas sokongan anda, saudara Lutfi..
    Iklan ini ada relevennya kita sebagai seorang pemimpin. Kita tidak mudah cepat melatah, tidak mudah putus asa dalam memberikan ‘jawapan’ yang selalu ditanya berulang-ulang. Jangan mudah give up kata orang puteh.hihihi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: