Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Halatuju Pelbagai, Satu Matlamat

on May 25, 2009

 

Biarlah semua yang berlalu itu menjadi pengajaran, buang yang keroh tukarkan yang jernih. Kemudian jaga ia supaya tidak tercemar kembali.

Mahasiswa Malaysia di Jordan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, fahaman, idea dan pendapat. Namun itu bukanlah halangan untuk kami berpecah dan bersendirian. Walaupun kami jarang berjumpa dan berkumpul bersama, namun kami dapat merasakan hubungan kami amat baik. 

 

Harapan dan pandangan

Aku tertarik dengan penulisan ini.

Aku rasa pelik mengapa perlu itu dijadikan isu besar dalam pemakaian jersi bola sepak oleh sebuah pasukan sewaktu KARISMA’09 berlangsung. Aku juga rasa terkejut bilamana salah seorang dari AJK KARISMA’09 mengatakan kekecewaannya mengenai itu. 

Baiklah..pada aku itu tak menjadi masalah. Itu hanya “tulisan”, tidak menggambarkan kami berpuak. Itu adalah sumbangan dari pihak kerajaan kepada Badan Kebajikan Anak Negeri tersebut. Mengapa itu tidak boleh sedang kami pula boleh “memakai”? Kami hidup dalam aman damai yang punya perpaduan mengikut acuan kami sendiri. Walaupun kami mempunyai fahaman yang berbeza, tetapi kami berjiwa pelajar yang mampu berfikir secara waras.

Aku tahu bukan mudah untuk kita menerima sesuatu itu sebagai ‘bahan makan untuk di hadam’, tetapi kita perlu seragamkan bersama supaya kita dapat wujudkan ikatan yang saksama dan menjaga hati semua pihak. Sudah kita akui bahawa kita mempunyai penilaian yang berbeza, namun kita mampu membawanya kepada keterbukaan minda.

Aku bukanlah manusia yang mahu membela mana-mana pihak. Cumanya aku sedar, aku nampak itu bukanlah wajar. Jadi tidak menjadi masalah sekiranya aku juga luahkan pendapatku ini. Barulah nampak ia benar-benar kita tidak melabelkan segolongan dengan kelas pertama, kedua dan sebagainya.

Sekiranya gaya penulisanku ini membawa kepada ketidakpuasan atau menyentuh mana-mana pihak, aku terlebih dahulu meminta maaf. Aku tidak suka melihat ‘kami’ hidup dalam ‘pengasingan’. Aku suka hidup dalam ‘persamaan’. Itu lebih baik bukan?

p/s:- Sekadar pendapat, kalau salah silakan beri teguran.


4 responses to “Halatuju Pelbagai, Satu Matlamat

  1. lutfihafifi says:

    brtukar – tukar pandangan dengan ifwat ke? hehehe…

  2. shinja says:

    owh cuma mahu bertukar-tukar pendapat sahaja

  3. JHaZKiTaRo says:

    salam.. ermm.. ni name betul sape ye?? saya ada singgah mu’tah hari tu.. taktau sempat jumpe ke tak..

  4. shinja says:

    nama betul mohd aMzari zharfan bin aMran…
    tula kalau tak silap kita penah salam masa solat Jumaat masa awak datang di sini. Cuma perasan atau tidak je.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: