Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Penyataan Yang Perlu

on June 10, 2009

 Digital Camera Fun
Salam ceria pada kawan-kawan yang nun di sana. Sedang buat apa eh? Aku di sini sedang bercuti. Cuti semester. Alhamdulillah semua kawan-kawan di sekeliling dalam keadaan yang ceria. Biar pun waktu peperiksaan sudah habis namun melihat keputusannya ada yang murung, ada yang sedih, ada yang bertepuk dahi sendiri, dan ada yang mengucapkan syukur atas kerahan tenaganya sepanjang semester ini. Walaubagaimana keadaan sekali pun kita perlu tabah dan berusaha bagi mencapai apa yang kita hajati demi kebaikan hidup kita ini. Aku mendoakan kawan-kawan dan pembaca moga berjaya dalam hidup. Aminn..

Baiklah, aku di sini sedang bercuti bukan? Jadi beberapa aktiviti yang masih kabur dalam benakku untuk lakukan apa sepanjang cuti bagi mengisi kekosongan ni. Kawan-kawan di sini ada yang mengambil kesempatan untuk pulang ke Malaysia bercuti, dan ada juga keluar melancong ke luar Jordan seperti Syria, dan ada juga pergi menunaikan ibadah umrah. Untuk cuti ni, aku mungkin tak ke mana, duduk di Jordan je. Cumanya ada satu projek yang sempat aku dan kawan-kawan lakukan beberapa hari selepas tamatnya peperiksaan terakhir, iaitu projek catering SSSAP..yeh!!

Oh aku bukannya ingin menceritakan pasal ini, pada post kali ini aku ingin menceritakan pada kalian tentang sesuatu benda yang perlu dilihat secara teliti. Sesetengah individu yang bergelar sebagai ketua, sama ada dia merupakan seorang ketua kumpulan, ketua biro, ketua kelas, pengerusi, presiden, yang dipertua walau apa sekali pun gelarannya yang diberikan bagi menunjukkan dia adalah tunjang kepada sesebuah organisasi tersebut, adakah dia perlu menyatakan sesuatu benda yang benar?

Maksudnya di sini dia sebagai ketua, perlukah dia berceritakan sesuatu hal di luar pengetahuan orang awam yang diri dia bukanlah selayakkan harus di pilih sebenarnya bagi menerajui organisasi tersebut. Dan dia menceritakan bahawa dirinya adalah buruk pada sejarah hidupnya yang lampau dan menyatakan kelemahan dirinya sendiri kepada ahli-ahlinya. Contohnya dia dulu adalah seorang yang jahat suka mencabul hak asasi manusia, pecah rumah, bakar buku latihan kawan-kawan, punya hobi sorok pencil kawan sebelah, suka tendang kucing yang lalu di sebelah tanpa memikirkan perasaan kucing tersebut dan sebagainyalah. Apa pandangan anda tentang isu ni?

Memang tidak salah kalau kita menyatakan yang kita bukanlah selayaknya dipilih menjadi sebagai ketua, tetapi sekurang-kurangnya kita nyatakan sekali bahawa kita memerlukan sokongan yang padu daripada semua ahli bagi mencapai matlamat organisasi ini. Berkata benar itu juga tidak salah. Tetapi perlu di ingatkan bahawa kita menceritakan kepada benda yang penting-penting sahaja tanpa perlu memberitahu akan keaiban kita sendiri. Seolah-olah diri kita ini hina sangat-sangat di mata ahli sehingga ia menimbulkan kemusykilan, kekesalan dan putus asa pada ahli bagi memberikan segala tenaga bagi membangun berganding bersama dengan ketua yang dipilih tersebut.

Selaku ketua, kita perlu bersifat profesional. Usah bertindak mengikut secukup rasa hati kita sahaja. Kita perlu berfikiran sebagai orang yang hebat dan tidak membuka keburukan sendiri kepada ahli-ahli. Lihat di sekeliling kita..puluhan mungkin, beribu mungkin, berjuta-juta mungkin, yang melihat gerak-geri dan tindakan kita. Jadi kita sebagi seorang ketua, perlulah menonjolkan sifat yang baik untuk kekaguman mereka terhadap ketua yang dipilih itu. Tapi jangan la pula kita berlebih-lebih dengan sifat hebat tersebut sehingga diri kita itu adalah ‘dewa langit kencana purba serewang sakti tahap 20’. Nanti kelak orang pula akan bosan dengan sifat angkuh kita itu lalu mereka pergi dari kita menunjukkan tanda protes benci pada kita. Biarlah bersederhana dalam bertindak. Kita boleh menyatakan sesuatu bagi muhasabah diri kita sendiri kepada sesetengah orang yang boleh dipercayai sahaja. Sekadar ingin memperbaiki segala kelemahan diri kita. Memang akui, diri kita bukanlah manusia yang sempurna lengkap tidak melakukan segala jahat dosa hina bina. Tetapi kita perlu juga kepada nasihat, pandangan nilai diri dari orang lain bagi memperbaiki diri kita ini. Ia sebagai memotivasikan diri.

Hmmm…rasanya cukup sekadar itu. Jumpa lagi.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: