Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Selamat Menunaikan Umrah Pada Kawan-kawan

on June 11, 2009

aku mengambil kesempatan untuk tangkap gambar selesai dari buat tawaf..hehehe;)

Salam Ceria pada kawan-kawan yang sedang ziarah ke blog ni..terima kasih aku ucapkan.

10hb Jun 2009, 1.00 tengahari lebih waktu Jordan (jam 6 petang lebih waktu Malaysia). Sekumpulan pelajar Malaysia di Mu’tah sedang bersalam-salaman, berpelukan, mendoakan kesejahteraan dan selamat pulang sampai pada kawan-kawan yang akan berangkat menunaikan umrah. Alhamdulillah moga kalian dicucuri limpahan rahmat  Allah Taala. Doakan juga kebaikan dan kesejahteraan kami di sini.

Di cuti semester ini kebiasaannya agak panjang, pelajar-pelajar Malaysia di Jordan akan mengambil peluang untuk pergi menunaikan umrah dengan pakej umrah yang diuruskan oleh pelajar Malaysia sendiri melalui syarikat umrah di Jordan ini. Kawan-kawan aku di sini pandai ‘buat duit’, syabas.

Syafiq Murat yang merupakan kawan aku dari sekolah Sekolah Rendah Kebangsaan Jelapang Ipoh, Ma’ahad Al-Ummah, Kolej Islam Darul Ridzuan sehingga kini di Universiti Mu’tah Jordan juga tidak terlepas menjalankan ibadah umrah ini. Alhamdulillah. Tahun ni aku tak pergi pun. Tapi Alhamdulillah selama dua tahun aku belajar di Jordan ni sudah dua kali aku jejakkan kaki ke tanah suci, pertama aku tunaikan umrah, kedua kalinya aku tunaikan haji baru-baru ni. Alhamdulillah..

Pengalaman ke tanah suci membuatkan diri ni sungguh kerdil dek kekuasaan Allah Taala yang mana kita dapat lihat ramainya manusia umat Islam sama-sama berkumpul menjalankan ibadah ini. Pelbagai jenis manusia, kerenah, perilaku dan warna. Juga dapat di lihat akan peninggalan sejarah Islam itu sendiri. Hai tidak dapat aku lupakan pengalaman di tanah suci.

Sudah menjadi satu peluang kepada kami, pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Jordan ini untuk pergi umrah dan haji. Ini adalah satu peluang yang sangat-sangat nilai pada aku. Mana tidaknya jika di Malaysia mana mungkin kita dapat pergi haji atas koata giliran dari pihak tabung haji, silap-silap bila sudah tiba giliran kita mungkin kita pada masa tu sudah berumur 50 tahun ke atas baru boleh pergi haji. Lagi satu faktor harganya yang jauh berbeza dengan di Malaysia. Ia tidak di akui jarak kos dan sebagainya menyebabkan ia menjadi mahal jika dari Malaysia. Tetapi ia satu kelebihan pada kami dengan kadar yang pada aku ok untuk buat haji atau umrah.  Jordan dan Saudi juga adalah jiran. Tapi masa aku berangkat dari Qatranah (sebuah kawasan rehat bas ) ke Madinah selama sehari semalam. Walaubagaimana pun ia ada cabarannya tersendiri bila naik jalan darat ni. Hai kalau aku nak ceritakan pengalaman haji dan umrah pergi dengan arab ni memang banyak. Cumanya aku bagi tahu di sini, ia cukup mencabar.

Sekarang ni…

Mu’tah mula kosong dek pelajar Malaysia rata-rata pergi  bercuti keluar Jordan baik cuti ke Syria misalannya, ada yang pulang ke Malaysia dan ada pergi umrah..

Jadi…

Apa perlu aku lakukan cuti ni? Serius bosan… hahahaha :)) padan muka aku (sambil berdiri di cermin dan ketawa pada diri sendiri)


One response to “Selamat Menunaikan Umrah Pada Kawan-kawan

  1. nasir says:

    assalamualaikum,saya berminat menunaikan umrah secara sendiri(tanpa agensi malaysia).Kalau boleh,visa macam mana nak dapatkan ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: