Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Pendekatan

on June 15, 2009

Sudah menjadi satu kebiasaan dalam gelanggang mahasiswa terdapat golongan yang aktif persatuan (mungkin dilabelkan sebagai manusia skema), dan golongan tolak persatuan. Mungkin anda termasuk dalam salah satugolongan tersebut. Walaubagaimanapun kita mempunyai pandangan masing-masing terhadap itu. Tetapi tidak menafikan bahawa terdapat golongan yang bersifat ‘pandai memberi komen’ terhadap segala program yang dibuat oleh orang persatuan tetapi dia sendiri tidak turut sama dalam program tersebut. Mereka hanya tahu ‘membebel’ dan ‘bercakap-cakap’ tetapi diri sendiri tidak mahu memberi sokongan dengan penglibatan sesuatu program yang dianjurkan. Mereka ini kita kelaskan sebagai apa? Oh aku tidak mahu melebelkan mereka ini dengan makhluk yang pelik-pelik. Itu kalian boleh fikir sendiri.

Apabila diperhatikan dengan sekilas pandang terdapat satu jurang antara mereka. Orang persatuan begini begini dan begini rupanya, gayanya, manakala orang yang bukan persatuan begitu begitu dan begitu lakunya, tabiatnya. Pelbagai keadaan yang pelik-pelik mungkin kalau kita senaraikannya. Mungkin kalian pernah terdengar kata-kata sedemikian;

Buat apa terlibat dengan persatuan, tujuan kita sebagai mahasiswa belajar. Bukannya kerja dengan buat program..

Dengan berpersatuan mengajar kita erti bagaimana mengurus masa dengan baik..

Eleh program sana sini, tapi belajar cam hampeh…

Eh jom join persatuan ni, kita boleh dapat sedikit pengalaman dan ilmu tentang ….

Hai kamu ni busy sangat sampai tak makan tak minum ni, kamu dapat gaji ke buat kerja-kerja ni

Dan macam-macam pandangan tentang itu bukan?. Baiklah, untuk post kali ini aku mahu fokus pada mereka yang bukan orang persatuan. Cara untuk tarik mereka yang bukan orang persatuan ini masuk sama bepersatuan. Oh mungkin sesetangah manusia akan mengatakan aku tidak adil bukan. Ok, sekiranya begitu, aku mahu kalian beri pendapat sendiri  mengenai golongan persatuan ini  pula.

Di sini aku memberikan pendapat secara personal tentang pendekatan dengan golongan yang pasif dengan persatuan.

1.Beri Mereka Peluang

Sesetengah dari mereka ini wujud manusia yang hanya pandai memberikan komen, cadangan, aduan, ini itu dan sebagainya. Kata mudahnya hanya pandai bercakap sahaja tapi buatnya tidak. Sekiranya begitu cuba berikan mereka sebarang jawatan atau bidang tugas bagi menguruskan sesuatu program atau organisasi. Kita  lihat setakat mana kemampuan mereka dalam mengendalikan sesuatu program berdasarkan apa yang mereka cakap-cakapkan sebelum ini. Kita jangan hanya lepaskan mereka hanyut begitu sahaja, bukanlah kita berikan mereka sesuatu jawatan atau bidang tugas tersebut atas dasar membalas dendam tetapi sebagai satu galakan untuk mereka turut sama merasakan apa yang kita lakukan selama ini demi kemaslahatan bersama juga. Kita perlulah bersikap bijak dalam memberikan mereka peluang tersebut. Seperti kecenderungan mereka dalam bidang tugas. Sekiranya mereka mahir misalannya dalam pengurusan, maka sesuaikan dengan kemahirannya. Takut-takut nanti bila sudah diberi tanggungjawab, mereka biarkan begitu sahaja pula. Kita perlu memantau dan berikan tunjuk ajar dengan baik.

2.Kreatif Dalam Membuat Program

Sebagai mahasiswa yang hebat, kita perlukan sesuatu benda yang segar, kreatif dan dapat menarik minat seseorang untuk turut serta bersama dalam menghadiri program yang bakal kita lakukan. Program yang agak bosan, memualkan fikiran, masih bersifat tetap sahaja dari dulu sampai sekarang tiada sebarang perubahan perlu di ubah dengan bijak. Mungkin program yang selama ini bersifat bosan sehingga sesetengah mahasiswa mengambil tindakan berkecuali dalam menghadirkan diri sehingga mereka di kelas golongan bukan orang persatuan. Ha itu merupakan tanggungjawab orang persatuan juga bagi menarik minat kawan-kawan yang lain untuk turut sama hadir menjayakan sesuatu program.

3.Bertolak ansur

Bagi sesuatu hubungan perlu ada tolak ansur. Baik dalam persahabatan, percintaan mahupun dalam hubungan kerjasama dalam menjayakan program. Orang persatuan perlulah menjalinkan hubungan yang baik dengan golongan yang bukan persatuan ini. Seperti contohnya belajar secara berkumpulan, jadikan diri sebagai kawan yang mendengar masalah sekiranya mereka menghadapi masalah. Berikan mereka layanan yang baik. Cuma memahami masalah mereka sehingga beranggapan apabila melibatkan diri dengan persatuan diri mula terabai dengan belajar. Berikan respon yang bijak sekiranya mereka banyak bertanya hal sedemikian. Berikan galakan dan idea yang bernas bahawa melibatkan diri dengan persatuan kita dapat menaikkan nilai tambah kemahiran dalam diri.

Ini merupakan sedikit pendapat dari aku. Mungkin kalian punya pendapat tersendiri. Berikan pendapat anda, kongsi bersama dengan aku. Terima kasih🙂


One response to “Pendekatan

  1. mrs taufik says:

    salam…teruskan menulis,saya peminat setia membaca,huhu,rasa macam berada di jordan bila tahu perkembangan terbaru walaupun sudah meninngalkan bumi mu’tah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: