Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

1 Sudah Lepas, Tinggal Lagi 2

on July 13, 2009

MPPMj0809 laki

Alhamdulillah tamatlah sesi perkhidmatanku sebagai Ketua Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia seJordan yang mana semalam telah berlangsungnya MEKAR’09.

MEKAR..

Itulah nama yang di pilih oleh ajk pelaksana program Mafraq merupakan tuan rumahnya. MEKAR adalah singkatan bagi program Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9, Anugerah Kecemerlangan & Karnival Akademik & Kebudayaan kali pertama MPPMJ.

Program gabungan dengan aktiviti debat, kebudayaan dan penyampaian anugerah kecemerlangan yang berlangsung selama 2 hari itu 10hb-11hb Julai 2009 merupakan julung kali di adakan sekali dengan mesyuarat agung tahunan MPPMj.

Hari pertama telah berlangsungnya Karnival Akademi & Kebudayaan yang mana debat & kebudayaan telah di pertanding kan. Alhamdulillah ianya dapat di jalankan dengan selamat walaupun aku agak risau pada mulanya kerana takut terlajak masa bila tibanya TYT Dato’ Duta. Dengan kebijaksanaan kawan-kawan ajk, Mantan Presiden MPPM dan juga nasihat Tuan Haji dapat diselesaikan. Terima kasih. Fuhh lega.

Terdapat 3 buah pasukan debat sahaja yang di hantar oleh 3 Mantiqah dalam pertandingan debat ini. Pada tertarik gaya salah seorang peserta dari pasukan Irbid. Dah macam seorang YB gayanya. Semuanya pasukan hebat. Kecoh juga suara peserta yang hadir di dalam dewan ketika menyaksikan pertandingan debat ini. Hangat!!

Johan debat di menanggi oleh pasukan Irbid. Tahniah!! Kemudiannya telah berlangsungnya pertandingan kebudayaan. Setiap peserta dari keempat-empat mantiqah amat menarik. Tahniah!!

Keesokan harinya pula…11hb Julai 2009 telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan MPPMj 0809. Kemudian penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik. Tahniah pada yang menerima anugerah. Oh tidak juga aku ucapkan pada barisan Majlis Tertinggi MPPMj 0910 yang baru sahaja dilantik. Tahniah!! Moga kalian dapat melaksanakan tugas dengan baik. Teruskan perjuangan.

Kepada barisan mantan MPPMj..

Aku gembira berkenalan dengan kalian semua. Aku juga gembira dapat bekerja bersama dengan kalian. Harap kita dapat bertemu di lain kali dan akan datang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: