Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Berakhirnya Yang Lama Kemudiannya Bermulalah Yang Baru

on August 2, 2009

Salam Comel buat kalian semua.

31hb ogos 2009 merupakan hari terakhirnya sesi perkhidmatan untuk pimpinan Badan Kebajikan Anak Perak Jordan 0809. 31hb, lepas Jumaat telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-9 BKAPJ0809 yang bertempat di Bayt Muhseneen, Irbid. Dirasmikan oleh Tuan Presiden MPPM0910 yang baru, Saudara Ahmad Syahrul b Adnan.

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 ini berjalan dengan lancarnya walaupun dalam keadaan bersederhana. Alhamdulillah. Dengan kehadiran seramai 57 orang sudah mencukupi korum untuk berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan BKAPJ ini. Tahniah pada mereka yang hadir.

Sejarah Ringkas BKAPJ

Saya akan menceritakan sedikit sejarah awal BKAPJ ini. Pada 17hb Februari 1995 satu bdan penaja telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Husni Hj. Hassan, untuk pengetahuan kalian, beliau merupakan lucture saya di Kolej Islam Perak Darul Ridzuan dahulu. Pada awal penubuhan beliau telah merangka draf perlembagaan dan penubuhan satu persatuan rasmi bagi pelajar-pelajar anak Perak di Jordan. Pelbagai jenis rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh pihak badan penaja dalam merangka draf perlembagaan dan dasar persatuan yang bakal ditubuh nanti sehingga memakan masa hampir satu tahun tiga bulan. Lama juga tu.

Alhamdulillah berkat doa, kekuatan dan keazaman yang tinggi, akhirnya badan penaja dapat merealisasikan impian setiap pelajar anak Perak untuk melihat satu persatuan rasmi yang telah dipersetujui namanya dengan Ikatan Mahasiswa Perak Jordan dengan nama ringkasnya IMPJ. Persatuan ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 4 Mei 1996 bersamaan 15 Zulkaedah 1416H pada haru Khamis bertempat di Dewan Khalil bin Ahmad Farahidi di University of Jordan iaitu hari berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan IMPJ.

IMPJ ini bermotokan ‘Berilmu, Beramal dan Bertaqwa”. Nama pertubuhan terpaksa ditukar pada 1999 kepada Badan Kebajikan Anak Perak Jordan atau nama ringkasnya BKAPJ. Nama ini telah memenuhi salah satu kreateria syarat sebagai penubuhan rasmi. Seterusnya para ahli telah mengarahkan urusan pengiktirafan ini kepada Jawatankuasa Penaja BKAPJ dalam merangka sekali lagi draf perlembagaan BKAPJ tanpa membuat pembubaran IMPJ. Tindakan ini dilakukan sebagai menghargai sumbangan perintis IMPJ yang telah menyatupadukan anak-anak Perak di Jordan ini dalam sebuah keluarga.

Family Day BKAPJ

Keesokan harinya pula iaitu 1hb Ogos 2009 telah berlangsungnya Family Day BKAPJ yang bertempat di Dibeen Forest, Jerash, salah sebuah hutan yang dilingung dan dijaga oleh Kerajaan Jordan. Ini je la satu-satunya hutan yang ada di Jordan ni. Baiklah, saya bukannya nak cerita pasal hutan tunggal Jordan ni. Balik-balik pada tajuk asal.

Family Day. Perjalanan dari Irbid ke Dibeen Forest ni memakan masa selama 45minit lebih. Sebagai permulaan, ucapan dari YDP BKAPJ yang baru, penyerahan topi lebihan semasa program BKAPJ sesi 0708. Kemudiannya pecahan agihan kumpulan yang diasingkan akhwat dan syabab. Aktiviti berjalan dengan lancar. Selepas makan dan solat serta sedikit majlis perasmian oleh Ust. Arman yang turut hadir oleh En. Azmer dan seorang rakannya. Kemudain aktiviti diteruskan dengan aktiviti ‘cari harta karun’.

group ZEBRA group JUJUR

Syabas dan terima kasih kepada ahli kumpulan JUJUR dan juga ZEBRA yang berjaya bekerjasama memberikan komitmen yang gitu kepada saya sebagai mengetuai kumpulan ini sehingga ke garisan tamat. Korang semua memang sempoi. Tahniah!!

Sekilas Pandang

Sewaktu saya dilantik menjadi Setiausaha Agung BKAPJ, saya merasakan amanah ini betul-betul berat. Yelah, tugasan sebagai setiausaha bagi sebuah persatuan yang besar ni bukan mudah. Memang betul-betul berat. Tapi saya tabahkan dengan harapan ia dapat memberikan input yang baik kepada saya kelak. Saya akan lakukan yang terbaik, walaupun saya sebenarnya berat untuk menerimanya.

Serius saya katakan selepas saya dilantik menjadi Setiausaha Agung BKAPJ sesi 0809 yang lalu, saya telah dilantik menjadi Ketua Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MPPM 0809, saya hanya banyak tumpu dengan MPPM sahaja sehingga saya banyak terlepas pandang BKAPJ. Namun begitu, saya dapat diringankan dengan bantuan dari timbalan Setiausaha saya ni. Terima kasih banyak-banyak. Kami agihkan bidang tugas masing-masing supaya melancarkan urusan Jabatan Kesetiausahaan ini.

  • Yang Dipertua.

Beliau adalah kawan baik dan kawan baik saya sejak dibangku sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan sehinggalah ke universiti kini. Kami juga tinggal dalam satu taman yang sama. Beliau mempunyai gaya pimpinan yang tersendiri. Beliau ada kemahiran yang tersendiri.

  • Timbalan Yang Dipertua

Nama diberi Munir. Saya mula kenal dengan beliau semasa program KARISMA yang berlangsung di Irbid yang mana Sheikh Fahmi bawa kami makan sama-sama di Mandi Yamani sebuah kedai makan yang terkenal dikalangan pelajar Melayu di Irbid. Beliau ni bakal seorang doktor yang berjaya stu hari nanti. Mempunyai perwatakan yang aku kira hebat. Saya kesian kepada belia kerana pada sesi 0809, beliaulah seoarang sahaja AMT yang berada di Irbid. Walaubagaimana pun saya selalu juga turun ke Irbid bertemu sendiri dengan beliau bagi berkongsi cerita atau apa-apa masalah berkaitan dengan BKAPJ. Dia seorang memberikan komitmen dalam mana-mana program BKAPJ. Beliau jugalah yang banyak mendahulukan duit bagi menjalankan beberapa program atau aktiviti berbentuk kerjasama dengan mana-mana Persatuan Zon mahupun mana-mana BKAN. Beliau memang sporting orangnya. Terima kasih bag kerjasama yang gitu pada aku Mun. Seronok kenal dengan ko. Ha jaga ahli-ahli kita di Irbid dan Mafraq tau. Kalau ada apa-apa problem, jangan pendam tau, cerita la kat aku sama.huhuhu…

  • Naib Timbalan Dipertua

Kakak Afrah, beliau adalah pangkat kakak. Beliau jugalah yang banyak memberikan kelancaran dan memberikan idea bagi membangunkan BKAPJ ini. Beliau begitu ramah dan menjaga ahli-ahli BKAPJ dikalangan akhwatnya. Saya selesa bekerja dengan beliau. Beliau banyak memberikan idea, menyelesaikan masalah BKAPJ ni. Beliau banyak pengalaman dengan menguruskan organisasi ni. Beliau juga punya watak yang pelik ye tuan-tuan puan-puan semua. hahaha:))

  • Timbalan Setiausaha Agung

Asmida namanya. Kecil molek orangnya. Saya selalu bebankan tugas kepada beliau. Maaflah eh Mida kalau aMz selalu susahkan Mida, banyak sangat kerja yang aMz bagi. Terima kasih membantu dan memahami aMz.

  • Bendahari Agung

Adi Amzar namanya. Beliau ni juga satu taman dengan saya, Taman Meru, Ipoh. Dia juga adalah senior saya di MUC dan merupakan kawan kepada adik saya yang kedua. tak sangka kami boleh bertemu di Jordan ni. Beliau menjalankan tugas yang baik. Mudah untuk disuruh dan diajak berbincang. Dan kini, dia merupakan Yang Dipertua BKAPJ 0910 tau. Ha kalau ikutkan sejarah BKAPJ kan, beliau merupakan orang yang ketiga budak Taman Meru yang menjadi YDP BKAPJ, sebelum ni Sheikh Fahmi (tinggal di Taman Meru) pastu Syafiq Murat, pun budak Taman Meru juga. Teruskan usaha dan menjaga kebajikan ahli-ahli Perak di Jordan ni. Kalau ada apa-apa masalah jangan segan-segan cerita la pada kami yang mantan ni. Lakukan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik eh. Kami sokong kamu.

  • Timbalan Bendahari Agung

Ha beliau ni sempoi. Dari zahirnya beliau begini, tetapi gaya dan perwatakannya agak sempoi dan riang ria rebina. Dia juga merupakan timbalan ketua Biro Akademik & Pembangunan Minda MPPM 0809.

Semua Biro, iaitu Biro Multimedia & Dokumentasi, Biro Ekonomi dan Biro Akademik & Kerohanian. Dan tidak lupa juga kepada Perwakilan setiap Mantiqah. Walaupun perlantikan anda agak lewat, tetapi kalian dapat memberikan komitmen bagi meneruskan beberapa program sepanjang tahun ini. Kita tak punya sumber kewangan yang kukuh, walaubagaimanapun ukhwah kita kuat. Teruskan. Kita dapat lakukan yang termampu. Diharapkan sesi 0910 ini kewangan BKAPJ betul-betul kukuh, dimurahkan rezki  bagi membanyakkan aktiviti, program dan juga menjaga kebajikan ahli Perak di Jordan ini.

Saya merupakan mantan Setiausaha Agung BKAPJ 0809 mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pengarah, AJK-AJK bagi kedua-dua program terakhir BKAPJ 0809 ini dan juga tidak lupa kepada semua ahli BKAPJ. Diharapkan ukhwah kita dipanjangkan dan terus subur sampai bila-bila. Bantu dan berikan kerjasama kepada barisan BKAPJ sesi 0910 yang baru ni. Maju BKAPJ untuk semua!!


4 responses to “Berakhirnya Yang Lama Kemudiannya Bermulalah Yang Baru

  1. NoRuLLiSzA says:

    salam…

    eh.. biar betui awak sakit perut.. adik2 lain sakit perut gak ke.. huhu, mmg kesian tgk korg makan cili n bawang n telur x masak tu.. tp, bkn akak yg uruskan.. akak laksanakan jer.. hehe..

    nnt minta maaf bg pihak akk pd semua adik2 ek.. (huhu.. ku rasa bersalah)

    ala kullin.. best la family day ngan korg sume.. 1st time join pgrm.. bagus2.. teruskan usaha korg

  2. shinja says:

    Salam…
    Betul la kami sakit2 perut. Tapi dah baik dah. Ok je..
    Ha lepas ni akk selalu2 la join prog kami eh. Best sesekali dapat kumpul semuanya bersama menjalankan aktiviti yang berfaedah.

  3. NoRuLLiSzA says:

    insAllah.. jika diberi klapangan akan sama join pgrm.. lgpun, mmg rasa best bila join pgrm anak2 perak ni.. insAllah

    p/s: erm, mana nyer ayam masak madu ni.. oh, xleh letak ek😀

  4. shinja says:

    Harap-harap pimpinan yang baru ni lebih gah dari sebelum ni. Berusaha!!
    Ayam masak madu tak boleh di postkn dalam ni.hahaha🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: