Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Petra, Salah Satu Kebanggaan Jordan

on October 6, 2009

DSC07710

Salam Alaik,

Pada hari ahad yang lepas 4hb Oktober 2009, aku dan sekumpulan kawan-kawan kebanyakannya adalah Kolej Islam Darul Ridzuan pelajar baru mengisi masa hari minggu dengan berjalan. Kami satu bas. Sebenarnya ni merupakan kali pertama aku pergi ke Petra. Sedangkan selama dua tahun aku di Jordan, aku tidak pernah lagi jalan-jalan menjelajah Jordan ni yang kaya dengan kesan-kesan peninggalan sejarahnya. Mana tidaknya, selama ni aku hanya berjalan mengisi masa cuti semester dengan berjalan ke luar Jordan. Alhamdulillah aku sudah jejak kaki ke Madinah dan Mekah buat kali kedua yang mana kali pertama aku menunaikan ibadah umrah dan yang kedua aku menunaikan haji. Aku juga sudah ke Mesir, itu sekali, ke Syria sudah tiga kali dan ke Turki sudah dua kali. Cuma di Lubnan tak tahu bila. Sekiranya di Palestin bebas dari cengkaman Israel, sudah tentu aku dapat jejak dan ziarah ke Masjid Aqsa. Sekiranya Iraq selamat, sudah tentu aku juga ke sana.

Balik kepada cerita, Petra. Sedikit pengenalan tentang Petra yang aku tahu. Sebuah ibu kota peninggalan kaum Nabataeans yang bertapak sejak 2000tahun yang lalu. Petra terletak di sebelah barat daya kota Jordan, sekitar 262 km sebelah selatan Amman dan 133 km sebelah utara Aqaba. Bukit-bukit, gunung-gunung dipahat dan dijadikan tempat tinggal, bangunan-banguna. Sungguh takjub. Kaum Nabataean sangat mahir dalam seni bina dan mengukir. Memang tidak dapat dibayangkan bagaimana teknologi mereka sungguh canggih sehingga dapat memotong batu dengan halus hasilnya, memanjat gunung-gunung yang tinggi ,sangat curam dan bahaya itu, mengukir menjadi bentuk yang sama ukurannya dengan yang lain. Bagaimana pula arkiteknya pula? Tentu arkitek yang termahsyur bukan?

Sebelum melalui ke bangunan yang pertama, kita akan melalui lorong-lorong sepanjang 1 kilometer di antara tebing-tebing gunung yang tingginya 8o meter. Di lorong-lorong itu kita akan melihat sendiri corak-corak warna yang cantik. Subhanallah.. Kemudian di akhir lorong tersebut  kita akan lihat gerbang utama yang dipahat ukir di gunung bertentangan dengan lorong keluar tadi. Sungguh indah. El-Khazneh namanya. Laluan tadi seolah-olah dirancang dengan hebat. Ibu kota ini di susun dengan atur. Mempunyai saliran , mahkamah, coloseum, makam-makan raja, dan tempat tinggal yang teratur. Hebat..Wajarlah Petra tersenarai menjadi ‘The New Seven Wonder World’. Anda boleh lihat di sini.

Di sana kita boleh mengambil kesempatan untuk menaiki kuda atau keldai. Terapat ramai Arab Badwi yang tinggal menetap di sana. Mereka menjual cenderamata Petra dan menyediakan perkhidmatan menaiki kuda serta keldai. Anda boleh lihat sendiri mereka mahir bercakap dalam banyak bahasa. Ramai juga pemuda mereka style seperti Kapten Jack Sparrow. Anak-anak mereka tidak berkasut berjalan di padang pasir. Kekadang aku terfikir, bagaimana mereka boleh hidup dengan kurang sumber airnya, hidup di padang pasir yang tandus ni. Sedang orang asli kita di Malaysia sudah semestinya akan berkampung di tepi-tepi sungai sebagai sumber air, hidup di hutan yang mempunyai sumber makanan, mendapatkan hasil hutan dan sebagainya.


13 responses to “Petra, Salah Satu Kebanggaan Jordan

  1. Ifwat says:

    Antara rakan-rakan yang paling saya suka mengembara ataupun jalan-jalan adalah Amzari. Beliau seorang yang tidak bosan melihat alam dan suka melontarkan idea-idea baru. Cuma Amzari, ifwat tidak menyokong bahawa kota Petra itu dibina oleh Nabatean, tapi oleh kaum thamud yang menentang ajaran nabi salleh. Orang barat cuba nak sembunyikan cerita yang terdapat dalam Quran. Tapi Ifwat percaya, kaum Nabatean pernah menduduki Petra, bukan membinanya.. Wallahu a’lam

  2. ex kidr says:

    erk..cmtu ek ifwat..erm….rsnyer tol kot sbb kt ats sekli tuh ade maqam nabi salleh….huhuh..xpe ape yg kiter thu kiter konsi smq..
    tq amzri nice posting!

  3. pink85 says:

    wow, bagusla dapat menjelajah di bumi allah yang indah nih..semoga menjelajah lagi..(kawan lama)

  4. ummuqudwah says:

    salam perjuangan.kembara di tanah gersang. subbahanaalllah

  5. rusdi says:

    ammm… cam mana nak letak gambar kat bar sisi tu….

  6. zamri says:

    Salam Akhi,

    Terima kasih kerana menyenaraikan web darulkautsar dalam pautan blog anta. Untuk makluman web www,darulkautsar.com telah ditukar kpd http://www.darulkautsar.net. Besarlah harapan sekiranya dapat akhi tukar alamat web kpd http://www.darulkautsar.net

    Wslm

  7. shinja says:

    Ifwat:- Hey saudara Ifwat, saya hanya biasa-biasa sahaja la. Pada saya, saya suka mengembara di tempat-tempat yang asing bagi saya. Saya dapat melihat gelagat, ragam manusia & melihat keindahan, suasana serta kejadian Allah Ta’ala ni. Sekurang-kurangnya ia menjadi penenang fikiran & jauhkan diri kita buat sementara daripada kesibukan belajar,huhu..Owh terima kasih atas tambahan info dari saudara😉
    ex kidr:- Yup setiap manusia punya kelemahan & keistimewaan masing-masing. Manusia perlukan antara satu sama lain, saling lengkap-melengkapi. Apa yang terkurang, kita boleh tambah & cantiknya dengan molek. Terima kasih atas perkongsian pengetahuan & pengalaman kawan-kawan.
    pink85 :- Alhamdulillah, rezki dari Allah Ta’ala. InsyaAllah rezki saudari juga akan jejak kaki ke bumi Anbia’ satu hari nanti. Terima kasih ziarah ke blog ini😉
    ummuqudwah :- Salam perjuangan juga. Kembara sambil mengaut ilmu pengetahuan & pengalaman yang amat bermakna.
    rusdi :- Eh gambar yang mana ni? sila jelaskan dengan terang yer..huhu😛
    zamri :- Salam Alaiak, afwan..insyaAllah dengan cara ini kita dapat meluasakan ilmu kepada masyarakat umum.

  8. eyka says:

    beznye dpt blaja kat jordon!! smbl blaja bleh g mengembara… urm spe dak kolej islam 2, ana pn dak kolej islam gak…

  9. shinja says:

    Biasa² sahaja..saya belajar di Kolej Islam Darul Ridzuan, Perak dulu.

  10. shairulfaiz says:

    seronok kalau dpt kesana dan melihat keindahan negara org lain…insyallah nk jugak jejak kaki kat situ nanti..salam perkenalan k

  11. shinja says:

    InsyaAllah datanglah ke sini. Melihat ragam manusia, suasana alam sekitar di negara orang..Salam perkenalan juga

  12. Zarina says:

    Salam dik..
    Akak pun berhajat nak melawat Petra April ni insyaAllah.. Akak kat Saudi, so kami akan drive.
    Ada kawan Jordanian cakap, Petra ini umpama Madain Saleh (dekat Madinah), iaitu tempat kaum yg dilaknat Allah. Jadi kebanyakan Jordanian tak akan ke Petra.
    So, akak tengah mencari maklumat mengenai Petra ni…

  13. shinja says:

    Salam kak..
    Yup, senior saya penah cakap yang Petra ni merupakan bekas tinggalan kota di zaman kaum Nabi Saleh yang di laknat. Ianya mirip² sama stuktur binaan & ukirannya di Madain Saleh. Yang mana kaum Nabi Saleh merupakan arkitek yang hebat di zaman tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: