Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Gembirakan orang lain

on April 4, 2010

Salam & selamat sejahtera..

Maaflah kiranya saya sudah lama tidak update blog.

Post kali ini, saya ingin mahukan pendapat pada kalian tentang kehidupan seharian kita. Anda sudah tentu pernah mengalami pelbagai jenis ragam asam garam yang anda lalui, pelbagai jenis pengalaman, pelbagai jenis kenangan, baik kenangan itu manis mahupun pahit. Semuanya anda pernah laluinya dari anda dilahirkan ke dunia lagi, dari peringkat kanak-kanak, di alam persekolahan, dan seterusnya sehingga sekarang. Semuanya berlaku dengan pantas dan cepat. Kalau kita imbas kembali kenangan lalu, adakalanya buatkan kita tersenyum sendirian..adakalanya buatkan kita menangis, mungkin rasanya. Tapi itu semua adalah lipatan sejarah buat kita dalam meneruskan kehidupan kita sebagai manusia, hamba kepada Maha Esa.

Anda pernah terfikir tak, dalam banyak-banyak pengalaman kita bersama orang sekeliling, tidak kiralah baik dari kalangan ahli keluarga kita kah, kawan-kawan, jiran, guru, orang awam, pernah kah anda telah buatkan mereka selesa dan gembirakan mereka?

Kita dilahirkan di dunia ini punya pelbagai jenis hati, pelbagai jenis bentuk tingkah laku. Memang benar terkadang kita selalu lukakan hati seseorang. Kita juga pernah buruk-burukkan seseorang, menjaja nama seseorang demi menjaga nama baik dan menjaga kepentingan diri kita sendiri. Mungkin anda, saya sendiri mahupun orang lain yang anda kenal pernah berlaku dalam kehidupannya, betul tak? Itu semua adalah asam garam kehidupan yang berlaku saban hari di dunia untuk menguji sama ada kita ini adalah manusia yang tabah atau pun tidak.

Anda pernah terfikir tak, bilamana kita berdamping dengan manusia lain, kita berjaga-jaga untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh membuatkan dia atau mereka sakit hati, terasa hati. Kita akan cuba untuk gembirakan mereka daripada benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku. Tetapi, diri kita ini selalu sahaja dikecilkan hati oleh mereka. Selalu sahaja di buruk-buruk dan buatkan diri kita ini sakit hati dan sebagainya. Adilkah semua itu? Di sini kalian pernah mengalami situasi sebegini bukan?

Anda perlu ingat, usahlah kerana ingin membalas kerana mereka pernah sakitkan hati kita. Kerana kita tidak tahu satu hari nanti pula, 1001 lebih hebat akan di balas. Kita tidak tahu di masa hadapan bagaimana. Cubalah untuk bertahan, bersabar. Semuanya adalah ujian untuk kita dinilai sama ada kita kuat atau tidak. Cubalah menjadi manusia yang kerjanya untuk gembirakan orang lain. Percayalah, setiap benda yang kita berikan kegembiraan pada orang lain, kita akan dapat balasan kebaikkannya satu hari nanti. Allah Maha Adil. DiciptakanNya setiap sesuatu itu dengan hikmah.

Pasanglah niat anda untuk menggembirakan orang lain. Kenapa? Sebabnya, apabila anda berusaha sedaya upaya untuk menggembirakan orang lain, anda akan turut gembira sama. Percaya atau tidak, anda cubalah..

Terima kasih 😉

p/s:- Jom senyum!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: