Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Kenapa tanya harga?

on May 4, 2010

pengunaan handphone

Salam Ceria..

Pengunaan handphone atau dalam bahasa Malaysianya adalah telefon bimbit semakin meluas digunakan. Segenap lapisan masyarakat mampu memilikinya dari golongan tua sehingga golongan muda seawal darjah dua. Pengunaan telefon bimbit juga diperluaskan fungsinya. Bukan sekadar hanya boleh menghantar pesanan ringkas (SMS) atau membuat panggilan (call), malah boleh melayari internet, membuat bayaran, mendengar muzik, bermain game dan banyak lagi. Sehingga saban hari pelbagai jenis keluaran telefon bimbit ini yang canggih-canggih. Walaupun begitu setiap orang mesti ingin memilikinya lebih dari satu.

Ada cerita mengenai telefon bimbit yang ingin saya kongsikan bersama anda mengenai pengalaman dan pengamatan saya berada belajar di bumi arab Jordan ini. Saya tidak pasti adakah sama keadaan sifat arabnya di negara-negara arab yang lain. Tetapi di Jordan ini itulah yang saya alaminya.

Memang telefon bimbit ini sudah menjadi kegeliaan golongan muda arab di Jordan ini. Mereka kebiasaannya akan bertanya anda apabila anda memiliki telefon bimbit yang agak canggih. Lalu bertanya akan harganya yang kononnya mereka juga mahu memiliki dan membelinya daripada anda. Saya tidak tahu kenapa tabiatnya begitu. Bukan sahaja saya sendiri pernah menghadapi situasi begitu, malah kawan-kawan Malaysia di sini juga pernah mengalami situasi tersebut. Mereka akan bertanya harga telefon bimbit tersebut. Saya tidak pasti kenapa. Cuma saya mengandaikan seperti berikut:-

  1. Mereka bertanya harga telefon bimbit saya kerana mahu beli dari saya. Kalau mahu beli secara second hand terus dari saya mungkin boleh minta kurang atau boleh tawar-menawar di situ.
  2. Cemburu kerana mahu juga memiliki telefon bimbit canggih tidak seperti kepunyaan mereka sebelum ini.
  3. Tidak boleh melihat orang lain lebih, mereka juga mahu kelihatan bergaya juga.
  4. Sekadar mahu survey harga dan kualiti telefon bimbit tersebut.
  5. Sekadar mahu tegur dan menunjukkan kemesraan apabila berkomunikasi. Tiada point untuk berbual, jadinya mereka bertanyalah harga telefon bimbit di tangan ni.

Itu sekadar pendapat saya mengenai kes itu.Kiranya anda ada tambahan dan komentar berkenaan kes ini, boleh nyatakan di komen blog ini. Sekadar perkongsian umum, terima kasih😉

Tabiat arab Jordan ini selain bertanya tentang harga telefon bimbit, mereka juga gemar memasang muzik di telefon bimbit mereka dengan kuat. Sambil berjalan-jalan mereka akan pasang muzik dengan kuat, hatta duduk bosan juga mereka akan pasang dengan kuat sambil minum teh tanpa menghiraukan keadaan ketenteraman sekeliling. Di universiti saya, rata-rata pemuda-pemuda arab, mereka akan berkumpul dengan kawan-kawan sambil bersembang-sembang dengan kawan-kawan mereka di kaki lima dengan duduk beralaskan buku, pasang muzik di telefon bimbit kuat-kuat , rokok di tangan dan sambil hirup teh. Itu sudah menjadi kebiasaan. Saya pening kepala. Itu mula-mula bila jejak kaki di sini. Sekarang masih dalam keadaan tabah menerimanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: