Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Kenyang ke makan roti je?

on May 6, 2010

Salam Ceria..

Anda pernah makan berasaskan roti tanpa nasi selama seminggu tak? Soalan ini pernah satu ketika saya terfikir bersendirian sambil mengunyah roti dengan za’atar dan minyak zaitun. Waktu tu serius saya katakan, selama seminggu saya tidak makan nasi. Hanya makan berasaskan roti sahaja. Mana tidaknya, di cafe universiti sudah menjadi kelaziman apabila lepas kelas pertama saya akan isi perut dengan burger, berasaskan roti juga. Balik dari kuliah juga begitu, memang di rumah sudah dibeli siap roti. Untuk pengetahuan anda, burger yang dijual di cafe universiti dengan harga 25 fils = 0.25 dinar Jordan ( JD1 = RM4.5++) hanya di dalamnya daging burger dan tomato sehiris di potong besar.

Rata-rata makanan di Timur Tengah ini berasaskan roti. Hatta makan dengan nasi sekali pun, arab akan bekalkan roti juga. Roti sudah menjadi makanan asasi mereka. Di mana-mana sahaja semuanya roti. Kedai roti banyak terdapat di sini dan mudah di dapati. Ia terletak di kawasan yang sangat strategi. Biasanya kebanyakkan kedai roti sudah terdapat mesin dan alat pembakar roti sendiri. Di sini roti di buat secara manual dan mengunakan mesin. Menjadi kebiasaan kedai roti ini akan buka awal selepas subuh dan kemudian akan tutup paling lewat daripada kedai-kedai yang lain. Menjadi kelaziman juga arab akan membeli roti sekali banyak untuk bekalan di rumah. Sampaikan berplastik-plastik mereka beli untuk keluarga di rumah. Timbul persoalan di kotak fikiran saya, bolehkah mereka habiskan roti-roti tersebut dalam sehari?

Ada pelbagai aneka jenis roti yang terdapat di Jordan ini. Di sini saya senaraikan beberapa jenis roti dan gambarnya sekali yang biasa di dapati di Jordan ini untuk tatapan umum:-

roti Thoboun

خبز شراك

Roti yang biasa digunakan untuk membuat syawarma.

roti Thoboun

خبز طابون

خبز كماج

roti Hamam

خبز حمام

خبز مسمسم

Di atasnya ditaburkan dengan habbatul sauda’ .


6 responses to “Kenyang ke makan roti je?

  1. lutfihafifi says:

    teringat masa ikhwan dulu..dia suka sangat makan roti..huhu..

  2. ifwat says:

    Jika ada peluang,nak jumpa Am lagi, makan roti n syai.

  3. Rebina Biru says:

    Yup tu la. Masih ingat lagi dia selalu juga suh belikan roti & buatkan mushroom soup..

  4. Rebina Biru says:

    huhu..insyaAllah kita akan jumpa eh. Teringin datang melancong ke Terengganu, candat sotong, menikmati keindahan pantai, keadaan masyarakat di sana..

  5. Ifwat says:

    Ingat janji@plan kita, nak g jalan satu malaysia. Tapi yang penting kita ke rumah Lutpi atas laut dkt sabah.Macam cerita duyong. hehe

  6. Rebina Biru says:

    huhu..insyaAllah masih ingt.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: