Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Dari bukit menjadi gunung

on July 10, 2011

Ingat tak dulu masa kalian kecil-kecil pernah disuruh membaca buku. Suruhan daripada ibubapa untuk membudayakan anak-anak membaca. Kebiasaannya bahan bacaan menceritakan berkenaan sifat pekerti, adab sopan, nilai-nilai murni, dan akhlak. Buku cerita yang disusun mengandungi ayat mudah, tidak terlalu berat dan sesuai dengan peringkat tahap pemikiran dikala zaman murid-murid dulu. Sering jugalah kita akan terjumpa dengan pepatah Melayu, bidalan, peribahasa dan sebagainya bagi mengaitkannya dengan kehidupan harian bagi penerapan nilai-nilai murni. Kalian mesti pernah dengar Pepatah Melayu yang ringkas ni, yang mudah, selalu di dengar, akan tetapi susah juga untuk kita amalkan. Iaitu…..

“Sikit-sikit lama-lama jadi bukit”

Pepatah Melayu di atas merujuk kepada amalan menyimpan. Ianya sinonim dengan menyimpan wang untuk kegunaan masa depan bukan? Ibubapa kita dulu pernah berikan kita tabung. Beraneka jenis tabunglah masa aku dulu tu. Seingat aku, zaman aku dulu ada tabung bentuk bangunan Tabung Haji, pastu tabung Unta (masa tu bank apa eh yang keluarkan tabung Unta ni? Siapa tahu? angkat tangan!!), tabung Gajah, tabung Harimau, itu yang dikeluarkan oleh pihak bank la kan untuk memupuk budaya menyimpan duit. Ada juga di tabung buatan sendiri dari buluh la kan? Ada  yang beli sendiri seperti tabung Ayam dan sebagainyalah. Walaubagaimanapun aneka bentuk tabung yang diberikan, kita disuruh tiap kali balik sekolah setiap hari baki dari duit belanja perlu dimasukkan dalam tabung yang telah disediakan. Bila sudah banyak bolehlah dimasukkan ke dalam akaun bank untuk masa depan. Begitulah ayat yang biasanya akan keluar dari mulut orang tua.

Kini aku sudah bekerja. Kalian yang sudah lama bekerja pasti teringat kisah-kisah menyimpan duit dalam tabungkan? Bagi mahasiswa-mahasiswi yang belajar ada tak yang pernah melalui zaman ‘tabung’ ni?.

Kata kerja ‘menabung’ merupakan satu kerja menyimpan duit. Tapi di kala kita rasanya kita perlu ubah. Jangan simpan duit, tetapi simpanlah emas. Ha rasional tak? Ianya bertepatan dengan tajuk post aku kali ini, bukannya lama-lama jadi bukit, akan tetapi menjadi gunung.

Pasti kalian pernah mendengar tentang dinar bukan? Dinar emas. Bagi mereka yang tidak tahu, Dinar merupakan emas yang berbentuk syiling dengan ketulenannya 916 (91.6%) emas atau 22K dan beratnya adalah 4.25 gram. Baiklah.. Pada 26 Januari 2007, harga dinar dijangka mencecah RM 350 sedinar. Itu pada harga dinar pada tahun 2007. Sekarang ini harganya pada hari ini 10 Julai 2011, harga dinar adalah RM694 sedinar. Beza tak dengann harganya pada tahun 2007 dengan tahun sekarang. Persoalannya, bagaimana pula pada tahun depan pula 2012? Bagaimana pula pada 5 tahun akan datang? 10 tahun akan datang? Itu baru bagi 1 Dinar. Bagaimana pula dengan nilai 5 Dinar dan 10 Dinar? Anda boleh bayangkan?

Carta di atas merupakan ramalan harga 1 Dinar (andaian kenaikkan harga emas secara purata 20% setahun). Saranan aku simpanlah emas, tukarkan duit pada emas, kumpul duit sikit-sikit untuk beli 1 Dinar. Buat masa ni gaji bulanan aku bekukan RM300 dan untuk bulan kedua aku keluarkan RM400 dan tambahkan simpanan Dinar. Bagi yang mampu, bolehlah beli sekali banyak kemudian simpan demi masa akan datang, kalau yang tidak mampu, boleh mengikut kemampuan masing-masing, seperti setiap bulan simpan la RM100 dan cubalah untuk kumpul dinar sekurang-kurangnya setahun 2 Dinar.

Perlu diingatkan bahawa emas dapat melawan sistem Kapitalis, kadar inflasi, dan sebagai pelaburan masa depan bagi membangun ekonomi Islam.

“Sikit-sikit lama-lama jadi gunung”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: