Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Mendalami kehidupan

on July 25, 2011

Apabila anda sedar bahawa anda benar-benar ingin melakukan sesuatu perkara yang cukup bermakna di dalam kehidupan anda, namun kita tetap mendapat sesuatu perkara yang sebaliknya, seperti ingin berjaya dalam kerjaya yang baik, namun tetap juga mendapat kerjaya yang di luar bidang. Cukup berbeza dengan apa yang kita inginkan, berbeza dengan apa yang kita citakan. Ingatlah bahawa ia adalah sesuatu ujian untuk kita terus-menerus mengejar dan mencari perkara yang lebih bermakna. Usahlah mudah kecewa dengan apa yang berlaku. Lakukanlah setiap hari berlainan dengan hari semalam, dan lebih baik lagi dari hari-hari sebelum ini.

Apabila anda terlalu sibuk dan bimbang tentang apa yang anda hadapi sekarang ini, apa yang anda telah lakukan sekarang ini, di mana anda berada kini, dan apa yang anda tidak memilikinya atau tidak mencapainya lagi, anda perlu ingat  untuk mencapai semua itu memerlukan masa mencapainya. Kita perlu berubah sekarang dan masa depan yang masih belum berlaku itu kita boleh capainya dengan semangat dan motivasi yang hebat. Tiada  kesan sekarang ini sekiranya kita masih lagi tidak bertindak dengan cara yang betul untuk mencapainya.

Kita sendirilah yang dapat mengubah dunia kehidupan kita sendiri. Bukannya orang lain, bukannya orang disekeliling kita, bukan jugalah orang yang rapat hampir dengan kita yang dapat mengubah kita. Tetapi diri kita sendiri. Orang lain cuma dapat memberikan kata-kata semangat, kata-kata peransang, nasihat, tips-tips, dorongan, cadangan dan idea sahaja kepada kita. Kitalah yang sendiri menimbang dan hargainya sebagai sumber pembakar semangat ke arah matlamat kita sendiri. Tidak salah kiranya kita mencuba. Mencuba kepada ke arah kebaikan diri.


4 responses to “Mendalami kehidupan

  1. kadang2 down gak bila apa yg dihajati tak tercapai, tp alhamdulillah.. semangat cpt recover.. hehe

  2. Rebina Biru says:

    Jatuh bangun seseorang tertakluk kpd kekuatan emosi, mental diri kita sendiri. Kita diberi peluang utk memilih jalan yg mn 1, walaupun kita diberi 1001 cabang jalan, jalan yg 1 mungkin akan sesat, jln yg 1 lagi mungkin shortcut, jln yg lain pula mungkin jauh sikit utk capainya..yg penting kita berani mencuba..🙂

  3. Boleh upah bawk beca ke sekolah? hehe🙂

    setiap yg berlaku ade hikmah, walaupun kite sendiri tak rela, tak suka. tp bile Tuhan bagi kita sesuatu. contohnya dia bg kije kerja di bidang yg lain dari subjek kita. Saya minat seni, tapi belajar sejarah. mulanya mmg sy pun tak suka. lama2 sy dapat inspirasi gabungkan kedua2 subjek tu dan alhamdullilah ianya mengubah hidup lebih baik.. Betul, diri kite sendiri yang bertanggungjawab mengubah kehidupan sndiri, bkn org lain🙂

  4. Rebina Biru says:

    huhu nk upah bwk beca ke sekolah ek? hmmm..dlm RM50 je sebulan..ok x? huhu..

    Ya betul, saya setuju dengan ayat ulasan dari cik azah..point penting di sini saya boleh berikan adalah “gabung jalin”. Setiap benda yang berlainan boleh digabungjalinkan menjadi suatu benda yang hebat. Masing² ada kekuatan, tetapi kalau digabungjalinkan ianya lebih kreatif & menarik..contoh seperti yang cikgu azah berikan b’kenaan dgn subjek sejarah digabungjalinkan dgn seni..begitu juga dgn perkara² yg lain, ianya boleh digabungjalinkan antara minat kita yg sedia ada dgn bidang yg kita ceburi skrg ni. Berfikir kreatif, bertindak rasional, hasilkan produk hebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: