Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Melawat ke tapak pengusahaan cendawan

on August 7, 2011

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Hari ini merupakan hari ke 7 kita menjalani ibadah puasa dengan baik. Mudah-mudahan segala amalan kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini diterima oleh Allah Taal, insyaAllah amin ya Rob..

Hari ni pagi saya bersama mak dan adik kedua pergi melawat sebuah tapak pengusahaan cendawan kecil-kecilan di Taman Cerry. Ianya dibuat di sebuah tapak kilang lama. Diusahakan secara kecil-kecilan. Tuan pengusaha ini merupakan kawan mak saya. Namanya kak Ila. Anak sulong.

Beliau mengusahakan cendawan ini sudah lama. Dibantu oleh ibunya sendiri dan adik-beradiknya yang lain. Beliau mengusahakan cendawan bermula dengan membeli bungkusannya kemudian mula bertapak sedikit demi sedikit. Kini beliau mampu menghasilkan cendawan sendiri dan sudah mempunyai pasaran yang kukuh. Berkat usaha gigih sebelum ini banyak wang yang dibelanjakan, banyak juga kerugian yang dialaminya dan kini sudah mampu tersenyum hasil titik peluhnya.

Melalui sesi lawatan ini, saya mendapat beberapa faedah yang boleh dikongsi bersama dengan para pembaca, iaitu:-

  1. Perniagaan ini memerlukan kekuatan semangat daripada pihak keluarga sendiri. Setiap kemajuan, kejayaan, dikecapi dengan sokongan padu daripada keluarga.
  2. Bagi membina empayar perniagaan, lebih elok perniagaan ini dibina melalui kekuatan keluarga juga. Maksudnya dengan bantuan keluarga, kerja dan berniaga bersama keluarga. Ini lebih hebat kerana kelebihan perniagaan keluarga ini mampu membawa kepada keluarga yang hebat dan bahagia. Lihat seperti kaum cina, mereka berdiri perniagaan mereka dengan perlibatan keluarga bersama. Dari pakcik, anak sedara, mak ayah semuanya menjalankan perniagaan bersama. Perniagaan keluarga gitu.
  3. Setiap perkara yang kita citakan, yang kita matlamatkan perlu mempunyai semangat, usaha yang gigih. Bukan mudah untuk berjaya, tetapi sangat mudah untuk gagal. Kiranya gagal jatuh, cepat-cepatlah bangkit, dan lawan ia untuk kembali bertapak menuju kejayaan. Orang yang mudah putus asa itu orang yang gagal terus menerus dalam kehidupannya.
  4. Belajarlah dengan orang yang arif. Jangan bertindak dengan sifat sombong. Buang sifat ego. Tambah ilmu dengan sesiapa sahaja. Tambah ilmu sehingga daya.
  5. Bina kekuatan, binalah dari peringkat bawah dahulu. Kemudian naiklah sikit-sikit secara berterusan dan gigih berusaha. InsyaAllah Allah bersama orang yang cekal berusaha menuju kejayaan.

Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya tangkap sepanjang lawatan ringkas ini. Mudah-mudahan ianya menjadi panduan dan suntikan semangat kepada mana-mana insan yang mahu berjaya. Sedikit pesanan buat diri saya dan juga kepada para pembaca..

Peluang sudah ada, cuma rajin tidak rajin sahaja untuk usahakannya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span

%d bloggers like this: