Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Kapal Besar

Besar matlamat insyaAllah moga dipermudahkan segalanya urusan kita.
Besar tujuan, besar jugalah bebanan dan tanggungjawab kita.
Itu perlu diaturkan dengan teliti ke mana hala tujunya.
Besar juga pukulan ombak di laut.
Ujian dalam kehidupan diibaratkan pukulan ombak di laut.
Kehidupan pula adalah laut yang luas.
Kitalah kapal itu.
Nahoda itu pula adalah akal hati waras kita.

Kapal besar..

Advertisements
4 Comments »

Cuaca Emosi

Cuaca yang baik itu nikmat.
Emosi yang baik itu nikmat.
Nikmat yang diberi perlu disyukuri.
Lafaz Alhamdulillah kepadaNya.

Manusia beremosi sedih, gembira, ceria, cemburu, takut, muram, dan sebagainya.
Bumi beremosi hujan, panas terik, mendung, ribut, berangin sepoi-sepoi bahasa, sejuk salji dan sebagainya.
Yang mana satu pilihan?

Manusia tidak lari daripada keadaan emosi-emosi tersebut.
Bumi pun begitu.

Cekal hati, tabah diri, itu sahaja yang boleh ku lafaz.
Semoganya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

4 Comments »

Hari yang Tidak Tentu

Selamat Hari Khamis..
Saban hari kita dihidangkan dengan perkara-perkara yang baik mahupun yang kurang baik.
Setiap perkara yang datang hampir kepada kita bukanlah kita mahukan, tetapi ia tetap menghantui dalam hidup kita ini.
Semuanya itu merupakan satu ujian. Ujian itu datang tidak tentu masa, tidak mengenal manusia, tidak tahu di mana.
Sebagai manusia yang mahukan kehidupannya menjadi cemerlang, lakukan hari-hari kita dengan terbaik.

1 Comment »

Ke Langit Biru

Di langit biru terbang sang burung..
Mendepakan sayapnya dengan gaya gagah,
Berani melawan arus angin kencang,
Semangat kawan terbang bersama,
Lihat mereka, terbang dengan aman damai,
Ke langit biru..
Bebas terbang,
Menuju destinasi, satu matlamat, satu tujuan, satu cita-cita..

Leave a comment »

Pagi Yang Indah

Selamat Pagi Bumi..
Waktu pagi yang indah..
Waktu pagi yang segar..
Semua hidupan keluar mencari rezki,
Keluar dengan gembira,
keluar dengan ceria,
Keluar dengan bahagia,
Indahnya suasana.
Syukur Alhamdulillah dihidupkan untuk meneruskan kehidupan melakukan amal kebajikan.

Leave a comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span