Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Lihat Diri Kita

Salam..Selamat pulang kepada kawan-kawan yang baru pulang dari Malaysia, dan selamat bersekolah.

Sekarang ni sudah ramai pelajar Malaysia yang sambung ke Jordan mengikut bidang masing-masing. Apabila sudah ramai bilangannya, maka banyaklah pula ragamnya.

Perlu diingatkan bahawa keluarga kita jauh nun di Malaysia sana, tiada yang menjaga kita di sini, tiada siapa yang memantau, menegur kita di sini melaiankan kawan-kawan, senior-senior, dan pihak MSD serta kedutaan sendiri. Kita hidup di perantauan sungguh asing dengan cara kehidupan kita di tanah air. Di sini memerlukan kita untuk berdikari, belajar mengurus diri sendiri, kuat semangat dan sebagainya.

Aku bawa contoh, seperti di Malaysia, kita kaya dengan air bukan. Malaysia punya sumber air yang cukup dan selesa untuk kita mandi-mandi dengan riang-ria, basuh kereta, main air, pasang pili air besar-besar. Tiada masalah dalam pengunaan air seharian kita di Malaysia bukan? Tapi perlu dilihat di sini, di sini cukup berbeza. Air seminggu sekali baru naik. Mandi perlu diminimakan, pengunaan air perlu berjimat, kerana Jordan mempunyai masalah air yang cukup teruk. Anda boleh bayangkan tak bagaimana mereka di sini boleh mengambil wuduk hanya berbekalkan sebotol mineral water botol saiz kecil? Anda boleh bayangkan bagaimana mereka di sini basuh kereta dengan mengunakan air yang cukup-cukup minima penggunaannya, hanya sebaldi air sahaja? Kita rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan nikmat air. Itu baru satu contoh sahaja yang aku bawa. Tapi cukuplah untuk kita di sini, khusus kawan-kawan baru, adik-adik baru untuk cuba ubah cara hidup kita kita di sini. Jimat air, guna dengan baik, jangan membazir.

Itu tentang air. Aku mahu kita semua termasuk diriku juga untuk menilai dan muhasabah balik diri kita ini. Jangan kita salahkan diri bahawa kita adalah keturunan yang berasal dari keturunan yang sememangnya cakap besar, mulut lazer dan seangkatan dengannya. Jangan pula kita bangga dengan mulut kita yang sememangnya kita adalah cakap besar, mulut lazer. Kita perlu faham hati dan perasaan orang lain. Mungkin cara cakap kita akan tersentuh hati seseorang. Kita perlu ingat, lain hati, lain sensitifnya seseorang tu. Kita tidak sama dengan dia, dia juga tidak sama dengan kita. Jaga bahasa cakap kita. Jangan main lepas sahaja. Kita di sini bukannya hidup seorang sahaja, tapi hidup dalam kelompok mahasiswa yang masing-masing saling memerlukan.

Kita juga perlu ingat, semua bentuk pertolongan di sini baik dari segi penempatan, daftar jameah, urusan iqomah dan sebagainya itu adalah kerja-kerja ikhlas dan tanggungjawab persatuan dan MSD. Memang itu tanggungjawab mereka, tetapi kita perlu memberikan sokongan padu yang baik, tidak mudah melenting, tabah menerima seadanya, dan tidak mudah merungut. Cuba untuk faham kerja-kerja mereka itu. Bagaimana pula sekiranya kita di tempat mereka? Mampukah kita untuk menghadapi dalam menguruskan urusan iqomah misalannya? Mampukah kita selesaikan urusan daftar jameah ni? Dengan kerenah sikap arab Jordan ini yang agak ‘malas’ dan beralasan bermacama-macam. Itu cukup sekadar dua contoh aku beri, tak perlu sepuluh. Itu pun belum tentu kita dapat uruskan dengan baik bukan? Jadi, sabar itu perlu ada, sokongan padu perlu ada, berterima kasih juga perlu ada pada mereka yang menguruskan kita di sini. Mungkin suatu hari nanti anda pula duduk di tempat tersebut bagi menguruskan kerja-kerja itu.

Seperkara lagi, kita di sini mempunyai pelbagai latarbelakang yang cukup berbeza. Ada yang punya pangkat usia yang tua, muda, dan dari segi ilmu juga berbeza, dari segi pengalaman itu juga berbeza. Apa yang penting di sini kita perlu saling hormat-menghormati. Mana yang senior, mana yang junior. Mana yang berusia tua, mana yang muda, Itu perlu dijaga. Jangan nanti diri kita dibenci orang, lalu dipulau biar bersendirian.

Baiklah, cukup sekadar itu sahaja coretan aku. Harap kita sama-sama mengambil pedoman. Selamat bersekolah kawan-kawan.

p/s:- Sekadar luahan pendapat serta nasihat untuk kita bersama.

Advertisements
2 Comments »

Aidilfitri 2009/2010

Kami KIDR

Salam Aidilfitri..

Puasa dan raya aku di Jordan ini merupakan kali ketiga. Puasa di sini bagiku tidak semeriah seperti di negara arab yang lain. Di Mesir meriah, di Mekah Madinah usah di kata, Syria juga meriah. Mungkin suasana di Mu’tah sahaja begitu aku rasa. Mungkin di Amman, Irbid meriah aku rasa. Tapi di Mafraq sepanjang aku ziarah kawan-kawan di sana, malamnya meriah.

Tahun ni ramai pelajar baru sambung ke Jordan. Di jangka Irbid sahaja seramai 200 orang, manakala di Mafraq 70 orang dan di Mu’tah seramai 100 orang. Pelajar-pelajar baru yang sambung ke sini aku ucapkan Ahlan wa Sahlan. Moga kalian tabah dan berjaya dalam bidang pelajaran masing-masing.

Tahun ni di sebabkan ramai kawan-kawan yang pulang ke Malaysia untuk bercuti puasa  dan raya bersama keluarga, jadi kami yang tinggal ni la temankan adik-adik, dan kawan-kawan yang baru ni. Kita beraya bersama.

Raya di sini tidaklah semeriah raya di Malaysia. Tiada lemang, tiada ketupat, jauh dari keluarga, tradisi duit raya juga tiada. Raya dengan arab di sini cukup simple. Selesai sahaja solat sunat raya, mereka akan pulang  ke rumah masing-masing cuti seperti kebiasaan. Kedai-kedai akan lengang.

Sekiranya ada tamu yang datang, mereka akan hidangkan tetamu dengan syai (teh), kemudian gahwah arobi (kopi arab), dan halawiat (manisan). Baju raya mereka tak ada. Mereka pakai ala-ala eropah. Dengan bergaya kasut hitam kilat, kot, bertali leher, berkaca mata hitam, telefon bimbit di tangan bersama rokok itu menjadi kemestian. Hanya golongan tua sahaja memakai jubah, igal dan juga kot. Anda boleh bayang tak bagaimana keadaannya?huhu..

~selamat hari raya buat keluarga dan sanak-saudara nun di tanah air, guru-guru, kawan-kawan..Maaf zahir batin. Doakan kejayaan yang cemerlang untuk ku di sini, amenn~

1 Comment »

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam Alaik..

Sekarang kita berada di bulan baik, bulan mulia, bulan yang penuh dengan berkat. Itulah ia, Ramadhan Al-Mubarak. Salam Ramadhan kepada semua. Moga bulan ini kita lebih baik berbanding tahun lepas. Sempena bulan puasa ini saya memohon maaf sekiranya saya ada melakukan salah silap pada kalian.Kat atas tu kad puasa khas untuk kalian. Siapa nak boleh klik dan simpan.

Sekarang ni saya dalam musim cuti semester yang panjang. Rata-rata cuti ni kawan-kawan mengambil peluang untuk pulang berpuasa dan raya bersama keluarga. Sekarang ni bilangan kawan-kawan yang tinggal hanya sedikit bilangannya.

Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kali ketiga saya puasa di Jordan. Keluarga jauh nun di Malaysia. Saya tidak balik bercuti seperti kawan-kawan, saya rasa lebih baik saya memilih untuk tidak balik. Mahu puasa di sini. InsyaAllah ini merupakan Ramadhan saya yang terakhir di Jordan kerana saya akan habis pada awal tahun depan. Jadi saya tidak tahu bila lagi saya akan berpuasa di sini (Jordan) lagi. Doakan saya habis belajar sem awal ini eh dengan membawa kejayaan. Terima kasih semua 🙂

Seperti kebiasaan, di tanah Jordan ini akan muncul ‘kuih’ setahun sekali je, ha itu pun time puasa je yang mereka panggil namanya kataef. Ha apa itu kuih tersebut, silalah baca di post saya yang lepas di sini.

p/s:- tak tahu nak taip apa lagi dah. Tak ada idea. Kalau sesiapa ada idea sila berikan cadangan di ‘peti komen’ eh. Terima kasih

2 Comments »

Teruskan Memimpin

AGM PERMATA 0809-1 (53)

Alhamdulillah semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan PERMATA 0809 dan telah bertukar tangan dari tampuk pimpinan yang lama kepada yang baru. Tahniah kepada mereka yang telah menjadi pimpinan PERMATA yang baru ini. Sekalung tahniah juga kepada Saudara Amiruddin dan Saudari Basyirah, menjadi harapan dan kepercayaan ahli-ahli PERMATA memilih kalian bagi meneruskan matlamat serta menerajui PERMATA. Tahniah juga kepada AJK-AJK yang bertungkus-lumus menjayakan program tahunan ini. Diharap semua ahli PERMATA dapat menerima dan akur segala corak yang akan dibawa oleh pimpinan baru ini dan apa-apa usul serta cadangan yang telah dibahas dalam mesyuarat agung tahunan ini.

Dalam sesi ucapan sulung Tuan Presiden PERMATA 0910 pada majlis penutup Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung di Solah Abasi, Universiti Mu’tah, beliau ada menyatakan bahawa selepas ini segala bentuk kumpulan yang wujud semasa waktu kempen pilihanraya PERMATA baru-baru ini sama ada GA mahupun FOSU dihapuskan serta-merta. Bagi tidak berlakunya  persengketaan di mana-mana pihak. Aku juga masih ingat dalam ucapan beliau mengatakan bahawa semua ahli PERMATA perlu menjaga aset penting PERMATA ini, aset yang dimaksudkan beliau adalah ukhuwwah. Memang diakui ahli-ahli PERMATA ini masih kekal dengan ukhuwwahnya. Ukhuwwah sesama kami terjalin dengan kekuatan dari pimpinan PERMATA juga. Syabas!!

Selaku aku sebagai salah seorang ahli PERMATA, aku mengucapkan tahniah kepada pimpinan-pimpinan PERMATA 0809 yang telah berjaya membawa kepada beberapa kejayaan dan mengekalkan status Mu’tah ini sebagai ‘kampung ukhuwwah’ dibawah pimpinan Mantan Presiden PERMATA 0809 iaitu Saudara Syaheed.

Leave a comment »

Sekutu atau Sekufu

n

Salam Damai buat kalian nun di sana. Baik di Malaysia Tanah tumpah Negaraku baik kawan-kawan di Jordan mahupun kawan-kawan yang berada di mana-mana negara perantauan. Di harapkan kalian semuanya dalam keadaan yang ceria, sihat-sihat belaka ya.

Baiklah..

Untuk kali ni aku mahu cakap pasal satu kes yang sering di pilih oleh mana-mana calon untuk dijadikan mereka sebagai pemimpin yang akan terus menerajui tampung kepimpinan sesebuah organisasi. Untuk pengetahuan anda, kami di sini pelajar Malaysia di Mu’tah Jordan sedang hangat berlangsungnya sesi buang undi bagi pilihanraya PERMATA sesi 0910, dan esok pula akan berlangsungnya mesyuarat agong tahunan PERMATA. Melihat kepada keadaan di sini masing-masing memperjuangkan calon-calon mengikut kehendak masing-masing yang pada mereka ia dapat memimpin PERMATA untuk terus menerajui kebajikan ahli-ahlinya dan sebagai wakil kepada mahasiswa Mu’tah di peringkat MPPMJ, MSD mahupun Kedutaaan.

Melihatkan kepada calon-calon yang akan memimpin PERMATA nanti ia menunjukkan masing-masing punya kekuatan tersendiri. Mahu tidak mahu ada juga sesetengah calon-calon ini  yang akan di tolak terus atas dasar pendirian ahli-ahli yang dilihat  kurang menarik hati merekai untuk diangkat menjadi pemimpin PERMATA. Walaubagaimanapun aku melihat sendiri mereka di pilih atas dua perkara. Itu mungkin pada andaian aku sahaja, ini hanya teori aku sahaja. Iaitu pertama atas dasar memilih calon itu kerana ia adalah sekutu, dan yang kedua dipilih atas dasar ianya adalah sekufu.

Sekutu dan sekufu punya bezanya. Sekutu kalau di lihat dengan mata kasarnya adalah orang-orang yang dipilih kerana dia adalah kroni, kenegerian, sekepala dengan seseorang yang boleh dijadikan boneka atau dipatuh dengan arahan-arahan dari seseorang yang mampu ‘menguasai caranya atau pemikirannya’. Itu aku rasa.

Manakala sekufu pula dipilih oleh mereka yang mana dia adalah orang yang mampu memimpin mengikut caranya tersendiri berdasarkan sifat dia sebagi seorang pemimpin yang berwibawa mungkin. Ataupun dia mempunya kelebihan yang tersendiri untuk menunjukkan dia adalah seorang pemimpin. Dia sebaris dengan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Dia bukanlah orang yang mudah dipengaruhi oleh ‘tangan-tangan’ atau ‘kuasa-‘kuasa’ dari ‘orang ketiga’  mengikut citarasa ‘orang ketiga’ tersebut. Tetapi dia dipilih atas sebab dia adalah seorang yang berkaliber dan mampu menjadi wakil organisasi bagi meneruskan hasrat matlamat organisasi tersebut.

Oh bukanlah aku maksudkan bahawa yang dipilih kerana sekutu itu tidak mampu memimpin, tetapi hakikatnya dia dipilih mungkin atas nama, “Oh dia ni orang kita, dengar cakap, ikut sahaja apa yang kita cakap, maka bolehlah kita naikkan dia sebagai ketua pemimpim”. Dia masih lagi mampu memimpin, cumanya dia adalah ‘orang mereka’. Begitu maksudnya.

Aku harap apabila memilih seseorang pemimpin, pilihlah mereka yang mempunyai ciri-ciri yang benar-benar boleh memimpin. Ini demi masa akan datang juga. Ahli perlu bijak memilih.

Leave a comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span