Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Ke Langit Biru

Di langit biru terbang sang burung..
Mendepakan sayapnya dengan gaya gagah,
Berani melawan arus angin kencang,
Semangat kawan terbang bersama,
Lihat mereka, terbang dengan aman damai,
Ke langit biru..
Bebas terbang,
Menuju destinasi, satu matlamat, satu tujuan, satu cita-cita..

Advertisements
Leave a comment »

Pagi Yang Indah

Selamat Pagi Bumi..
Waktu pagi yang indah..
Waktu pagi yang segar..
Semua hidupan keluar mencari rezki,
Keluar dengan gembira,
keluar dengan ceria,
Keluar dengan bahagia,
Indahnya suasana.
Syukur Alhamdulillah dihidupkan untuk meneruskan kehidupan melakukan amal kebajikan.

Leave a comment »

Doodle Contest

Dalam Laut Biru..
Dalam Tasik..
Dalam Kolam..
Dalam Sungai..
Dalam Lombong..
Dalam Akuarium..
Ayuh berenang wahai ikan-ikan..
Ceria riang gembira..

2 Comments »

Syawal Sekali Dalam Setahun

Salam Alaik..

Setiap yang hadir akan pergi jua. Setiap “bonus” yang diberikan Allah Taala kepada hambanya itu perlu direbut hebat dengan gaya yang hebat. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua pada tahun ini. Mungkinkah ada Ramadhan untuk kita lagi pada tahun akan datang? InsyaAllah mudah-mudahan Ramadhan akan kita ketemu pada tahun akan datang dan kita cuba perhebatkan bagi merebut “jualan hebat” daripadaNya, InsyaAllah..

Tidak lama lagi Syawal pula akan menjelma…

Hari ni saya ada buat sesi lawatan di blog cik Azah yang merupakan salah satu blog yang sering saya lawati bagi menambah sedikit ilmu pengetahuan tentang seni lukis kira sebagai sumber inspirasi la gitu. Sempena hari raya yang bakal menjelang ni, beliau ada buat giveaway. Jadinya saya cuba untuk turut serta dalam menjadi orang yang bertuah. Mudah-mudahan saya antara yang terpilih.huhu…

Ucapan dari saya adalah seperti berikut:-

Salam Alaik…

Salam Aidilfitri buat yang mengenali saya, kepada yang tersayang, mak abah adik-beradik, nenek atok opah, makcik² dan pakcik² sedara, sanak- saudara, sepupu- dua pupu, guru-guru yang telah mengajar saya, kawan-kawan yang tidak jemu-jemu layan perangai saya ni, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian..

Semoga kalian dalam keadaan sihat-sihat selalu, ceria bahagia, dimurahkan rezki, dipermudahkan segala urusan harian, dan berjaya dalam mengapai cita-cita serta matlamat. Aminn…

Di kesempatan ini saya mohon maaf atas segala perbuatan tingkah laku, pertuturan percakapan dan pandangan idea yang menyebabkan kalian semua terguris hati, terkecil hati, halalkan makan minum saya. Maaf zahir dan batin..

Yang sedang memandu ketika ini, hati-hati bawa kereta, motor, bas dan sebagainya semoga pemanduan anda berjaya selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Yang akan menduduki sebarang peperiksaan moganya berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah..Taufiq wa najjah.

Yang masih belum menjelaskan zakat, ha jangan lewat-lewat nanti terlepas. Ingat wajib tu..jangan ingat bershoping je.

Bagi anak-anak kecil, mahu pun yang akan dapat duit raya tu nanti, simpanlah duit tu dalam akaun bank. Jangan habiskan dengan benda-benda yang tak berfaedah. Tidak pun, kumpul duit beli sekeping 1 Dinar Emas pun cukup untuk bulan raya ni. Demi masa depan tu..

Owh nampaknya terlalu panjang ucapan ni, ok lah setakat ni je..akhir kata…

Kullu ‘am wa antum taqarob ilallah..

2 Comments »

Melawat ke tapak pengusahaan cendawan

Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia.

Hari ini merupakan hari ke 7 kita menjalani ibadah puasa dengan baik. Mudah-mudahan segala amalan kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini diterima oleh Allah Taal, insyaAllah amin ya Rob..

Hari ni pagi saya bersama mak dan adik kedua pergi melawat sebuah tapak pengusahaan cendawan kecil-kecilan di Taman Cerry. Ianya dibuat di sebuah tapak kilang lama. Diusahakan secara kecil-kecilan. Tuan pengusaha ini merupakan kawan mak saya. Namanya kak Ila. Anak sulong.

Beliau mengusahakan cendawan ini sudah lama. Dibantu oleh ibunya sendiri dan adik-beradiknya yang lain. Beliau mengusahakan cendawan bermula dengan membeli bungkusannya kemudian mula bertapak sedikit demi sedikit. Kini beliau mampu menghasilkan cendawan sendiri dan sudah mempunyai pasaran yang kukuh. Berkat usaha gigih sebelum ini banyak wang yang dibelanjakan, banyak juga kerugian yang dialaminya dan kini sudah mampu tersenyum hasil titik peluhnya.

Melalui sesi lawatan ini, saya mendapat beberapa faedah yang boleh dikongsi bersama dengan para pembaca, iaitu:-

  1. Perniagaan ini memerlukan kekuatan semangat daripada pihak keluarga sendiri. Setiap kemajuan, kejayaan, dikecapi dengan sokongan padu daripada keluarga.
  2. Bagi membina empayar perniagaan, lebih elok perniagaan ini dibina melalui kekuatan keluarga juga. Maksudnya dengan bantuan keluarga, kerja dan berniaga bersama keluarga. Ini lebih hebat kerana kelebihan perniagaan keluarga ini mampu membawa kepada keluarga yang hebat dan bahagia. Lihat seperti kaum cina, mereka berdiri perniagaan mereka dengan perlibatan keluarga bersama. Dari pakcik, anak sedara, mak ayah semuanya menjalankan perniagaan bersama. Perniagaan keluarga gitu.
  3. Setiap perkara yang kita citakan, yang kita matlamatkan perlu mempunyai semangat, usaha yang gigih. Bukan mudah untuk berjaya, tetapi sangat mudah untuk gagal. Kiranya gagal jatuh, cepat-cepatlah bangkit, dan lawan ia untuk kembali bertapak menuju kejayaan. Orang yang mudah putus asa itu orang yang gagal terus menerus dalam kehidupannya.
  4. Belajarlah dengan orang yang arif. Jangan bertindak dengan sifat sombong. Buang sifat ego. Tambah ilmu dengan sesiapa sahaja. Tambah ilmu sehingga daya.
  5. Bina kekuatan, binalah dari peringkat bawah dahulu. Kemudian naiklah sikit-sikit secara berterusan dan gigih berusaha. InsyaAllah Allah bersama orang yang cekal berusaha menuju kejayaan.

Di bawah ini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya tangkap sepanjang lawatan ringkas ini. Mudah-mudahan ianya menjadi panduan dan suntikan semangat kepada mana-mana insan yang mahu berjaya. Sedikit pesanan buat diri saya dan juga kepada para pembaca..

Peluang sudah ada, cuma rajin tidak rajin sahaja untuk usahakannya.

Leave a comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span