Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Jalan Raya dan Hari Raya?

Salam Ramadhan & Salam Sejahtera..

Sempena hari raya yang akan tiba tidak lama lagi,dikesempatan ini aku memesan pada korang-korang yang nak balik kampung halaman supaya berhati-hatilah di jalan raya. Beringatlah bahawa insan tersayang sedang menunggu kepulangan anda untuk beraya bersama. Ingat tu!

Jalan raya dan hari raya..

Kalau di Malaysia, musim raya camnilah banyak kemalangan berlaku. Ye la, dengan sikap pemandu yang agak gila, terlalu ngairah nak sampai cepat. Seringkalilah kita akan melihat berita-berita tentang kemalangan di jalan raya di dada-dada akhbar, tidak kurang juga berita yang tersiar di muka-muka television, serta di corong-corong radio. Mulalah pelbagai jenis tindakan dari pihak berkuasa, seperti opts sikap, dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu,nasihat-nasihat dari para menteri untuk para pemandu supaya berhati-hati di jalan raya.

Berbeza pula keadaannya dengan di sini. Di tanah Jordan ni, sambutan hari raya ini tidaklah semeriah sambutan di Malaysia. Di sini kemalangan cukup-cukup kurang. Serius aku kata kan yang mereka adalah pemandu yang hebat, pemandu yang cekap. Dengan keadaan jalan rayanya rata-rata tidak bergarisan. Hatta jalan di bandaraya pun tak de line! Dengan keadaan mereka yang memandu lajunya lagi, siap memandu sambil minum syai (teh) itu kalau bukan bulan puasa la kan. Tapi bila berlaku sekali kemalangan, mula lah mereka kumpul ramai-ramai, sampai sesak jalan di buatnya. Sedangkan kemalangannya bukannya teruk mana pun, cuma langar belakang bamper je pun, alah kemek sikit je pun. Itu pun riuh, siap gaduh-gaduh tu.

 

Tabiat dorang ketika memandu juga adalah dengan memasang lagu kuat-kuat. Pastu padu kereta cam pe je.Hai tak tau la aku nak ceritakan bagaimana. Ha lagi satu tangan dorang ni suke sangat bunyikan hon. Padahal bukannya ada apa pun, hon je. Dorang suka main hon. Kalau lampu isyarat hijau je kan, mula la hon-hon. Sedangkan lom sampai sesaat je lampu hijau tu nyala..

Dorang di sini budaya balik kampung bukanlah menjadi satu tradisi. Sebabnya dalam satu rumahnya duduk sekali satu keluarga. So nak balik kampung pun nak balik ke mana kn.ha3..

Sekali lagi aku nak tekankan di sini, berhati-hatilah memandu semasa pulang ke kampung di musim perayaan ini. Bawa selamat, pandu selamat, jiwa pun selamat. Aku doakn kalian semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Salam Lebaran buat korang semua.

Advertisements
6 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span