Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

5 Cara Untuk Meriahkan Audiens Anda

Sedikit idea dan sedikit ilmu dari pembacaan yang ingin saya kongsikan bersama anda semua mengenai cara untuk kita menarik perhatian penonton di hadapan kita sewaktu kita bercakap.

Pernah tak anda tertidur apabila mendengar ceramah mahupun ucapan daripada seseorang di dalam sesuatu majlis? Kepala anda mula mengangguk apabila anda mendengar ucapan yang membosankan, dan kiranya anda diberikan pilihan untuk pulang atau diberi bantal, anda akan memilih semua itu daripada terus mendengar.  Pernahkah anda berkelana semasa sesuatu persembahan berlangsung? Walaupun anda cuba sedaya mampu untuk mendengar dengan teliti, melihat dengan penuh minat, namun rasa bosan itu lebih menghantui anda.

Sudah tentu hal tersbut pernah terjadi pada diri kita semua bukan? Kadang-kadang kita cuba untuk tidak mengaku bahawa kita bosan mendengar ucapan orang tersebut apabila dia bertanyakan tentang ucapannya tadi. Namun, jangan biarkan hal itu terjadi pada anda ketika anda pula mengambil alih sebagai pembicara. Kunci untuk menjaga audiens anda daripada  keluar mengelamun dan berasa bosan mendengar ucapan anda adalah bergantung sepenuhnya pada diri kita bagaimana mahu menarik perhatian audiens untuk terus mendengar sehingga selesai. Kajian menunjukkan bahawa semakin anda melibatkan audiens anda, semakin mereka memberikan sepenuh tumpuan. Mengapa? Kerana mereka dihargai sebagai pendengar.

Anda boleh melibatkan audiens anda dalam beberapa cara, dan saya telah membuat senarai 5  cara untuk menarik perhatian audiens di bawah ini. 5 cara ini hanya sekadar cadangan sahaja dari saya, jika anda merasa tidak selesa, atau anda dilihat seperti tidak menarik , jangan menggunakannya. Takut-takut penonton akan mengatakan anda sebagai orang gila pula.haha..

1. Tanya soalan.
Soalan yang ditanya akan membuatkan penonton anda untuk mencuba memikirkan jawapan. Apabila soalan itu ditanya kepada orang pertama, maka secara tidak langsung penonton lain juga akan cuba bersiap sedia untuk mencari apakah jawapan yang terbaik. Penyertaan penonton dalam ucapan anda bukan sahaja menambahbaikkan infi dan maklumat atau point-point ucapan anda, malah ianya akan memberi peluang penonton untuk memberikan juga ulasan, komentar, jawapan yang bernas untuk penambahan maklumat kepada penonton lain juga. Jangan bimbang tentang kehilangan kawalan dari audiens anda. Saya secara peribadi lebih suka bertanya seperti “Berapa banyak pandangan anda tentang ..,.” Dan kemudian saya menunding jari kepada seseorang untuk menjawabnya. Anda juga perlu memberikan sedikit ruang kepada penonton untuk memikirkan apakah jawapannya. Jawapan yang bernas perlukan sedikit masa untuk berfikir.

2. Jangan selesai perkataan akhir anda.
Contohnya, jika anda berkata kepada audiens, “Kita bako je yop …”dan anda tidak menyelesaikan perkataan tersebut, apa yang anda fikir apakah yang mereka akan katakan? Apabila mereka sinonim dengan perkataan yang kita ucapkan itu, mereka akan mula meneka dan secara sepontan mereka akan kata “owh hantu kak limah”. Ia akan membuatkan audiens secara tidak langsung terlibat sama dalam ucapan kita tadi. Anda boleh kaitkan pelbagai bentuk istilah, kata-kata, ayat-ayat daripada mana-mana filem mahupun cerita yang hangat masa kini diperkatakan oleh masyarakat. Audiens akan memberikan respon tentang apa yang anda bicarakan tersebut.

3. Ajak audiens tarik nafas sama-sama.
Ini pun secara peribadi saya suka lakukannya sewaktu memberikan ucapan. Apabila anda sudah mula melihat audiens anda sudah lesu dan bosan mendengar ucapan anda, mintalah ajaklah audiens anda untuk tarik dan hembus nafas sama-sama. Aktiviti ini akan membuatkan diri kita dan audiens kita lebih bersemangat lagi bagi meneruskan majlis tersebut dengan baik. Tarik dan hembus nafas lakukannya sebanyak tiga kali. Dan untuk hembusan terakhir, anda boleh suruh audiens anda jerit sekuat mampu melepaskan laungan “Haaaaaaah!!”. Suruh mereka gemakan dewan tersebut dengan laungan tersebut. Percayalah, ianya akan memberikan impak yang lebih semangat lagi kepada semua.

4. Lakukan sedikit game.
Anda boleh lakukan sedikit ‘iklan’ atau game ditengah-tengah ucapan anda berlangsung. Anda boleh bahagikan audiens kepada beberapa kumpulan kecil yang sesuai mengikut keadaan majlis anda tersebut. Bagi membahagikan penonton kepada kumpulan-kumpulan, anda pun boleh lakukannya dalam bentuk game. Contohnya, pecahkan kumpulan-kumpulan mengikut bulan lahir yang sama, atau pun saiz kasut yang sama, atau pun nama tempat asal yang sama, negeri, atau sebagainya. Ikut pada kreativiti anda. Lalu selesai pembahagian kumpulan, anda bolehlah buat sedikit pertandingan kecil, seperti semua kumpulan perlu bincang dan bina sedikit ayat trademark kumpulan serta gayakannya. Mana-mana kumpulan yang difikirkan hebat persembahannya, maka kumpulan tersebut adalah kumpulan yang sempoi. Game ini anda boleh fikirkan mengikut daya fikiran kreatif anda. Cubalah yang menarik, anda mampu lakukannya dengan baik.

5.Berikan audiens anda sedikit penghargaan atau cenderamata
Sudah menjadi naluri manusia mahukan ganjaran. Tidak salah untuk anda berikan sedikit ganjaran kepada audiens seerti gula-gula, keychain yang special atau sebagainya mengikut kemampuan anda. Ia membuatkan audiens ternanti-nanti untuk memilikinya dan menyertai anda. Seperti contoh, anda boleh ajukan soalan, dan audiens memberikan respon jawapan secara sepontan lalu anda boleh panggil mereka naik ke pentas bagi menerima sedikit ganjaran daripada anda. Pemberian ganjaran atau cenderamata ini merupakan satu penghargaan kepada mereka yang dapat memberikan fokus dan tumpuan kepada ucapan anda. Ini membuatkan audiens yang lain juga turut sama untuk memberikan tumpuan kepada ucapan anda seterusnya.

Ada banyak cara lain lagi dan teknik untuk mendapatkan audiens anda terlibat sama dalam ucapan anda. Yang paling penting adalah gaya anda sebagai seorang tokoh berucap dan penceramah yang berbeza dengan orang lain. Fikirkanlah apa bentuk yang menarik dan yang beza bagi menarik minat audiens mendengar ucapan anda. Audiens anda akan ucapkan kepada anda terima kasih. Fikirkan.

Leave a comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span