Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

ibu hantar baju raya!

Salam Ramadhan, Salam Tamar, Salam Kurma, Salam Kataef..(ha apa itu kataef?, kalau korang nak tau apa benda tu, aku akan ceritakan benda tu pada entry yang akan datang,hihihi..)

Tadi aku dapat panggilan dari seorang kawan, nama dia Lutfi, dia ajak aku pergi Karak, teman dia ambil barang kat bareed (pejabat pos), mak dia post barang. Dia kat Jameah, aku pulak kat rumah, baru je wida’ angah dan azhar yang dh pun habis balik ke Malaysia. Tahniah buat korang. Aku cam malas la pula nak keluar2 ni, dh la bulan puasa, cuaca agak panas, nk ke Jameah pula pergi sekali dengan Lutfi ke Karak. Hai malasnya aku…aku pun cm tak pasti.Lepas je dapat panggilan dari Lutfi, tiba-tiba hpone aku berbunyi.

Amzari,brg kamu ade kt bareed karak skrg,leh la g ambik sblm kul 1 arini..

Hmm aku dapat masej dr Wali. Wah!! berita baik. Alang-alang leh la aku join sekali dengan Lutfi ke Karak. Apa lagi, aku terus la gerak ke Jameah pergi sekali dengan Lutfi ambil barang kt Karak. Lagi pun memang aku nak ke Jameah sebenarnya, aku nak ambil surat kt bareed Jameah. Eh cik chumel, terima kasih ek bg present tu. Memang suke sangat hadiah tu, buku Dr. IK tu. Suka sangat buku tu. Tq..Tq..terima kasih banyak2 ye cik chumel.

Selesai je ambil present tu kt bareed Jameah, aku tunggu pula Lutfi. Dia sebenarnya de exam Hasub (komputer). Lepas je kami terus gerak ke Karak.

Sampai di bareed Karak…Kerani tu minta kami JD1 untuk 1 barang. Hai kena pula bayar, hai memang cmni la Jordan, semuanya nk duit. Dah la barang aku tu dengan berat 4.74kg, RM 146.20. Nak ambil barang kt sini pun nak kena bayar juga. Duit..duit..& duit. Pastu dia minta hawiah (kad matrik pelajar), sain kat dokumen post kemudian ambil barang. Sebelum nak bawak balik barang tu, dia minta kami buka pula kotak bungkusan barang post tu. Hai kenapa pula nk kena buka2 ni? aku pelik la arab ni. Masalahnya barang ni dari Malaysia, dah siap scan dh. Tak kan la nk buh dadah pula dalamnya. Nampak cm hebat Jordan ni, scan pun tak de. Kalau di Malaysia, de tak kita nak ambil barang post tu nak kena buka2 pula? Aku pun buka la kotak yang mak aku post kn tu. “Hai makkulat malizi wa malabis bass”, kata aku.

So dia sini aku nak bagi tahu pada kalian, tahun ni aku raya di Jordan dengan baju raya baru. YiHaaa!!!!! bestnya de baju baru..(ha siapa-siapa nak tau apa warna baju raya aku pada tahun ni, nantikan entry aku akan datang edisi Raya di Jordan tahun ke 2)

Advertisements
14 Comments »

Berbuka puasa di rumah MaMa?!

Salam Ramadhan buat anda semua, harap kalian di waktu ini dalam keadaan yang ceria & sihat2 ya.

Ha kali ni aku nak bawa korang ke negara arab, namanya Jordan. Ha nak tak semua? siapa nak, angkat tangan? Ok bagus! Hmm aku nak cerita pasal berbuka di rumah ibu angkat kami.ha3…

 

Arab Jordan ni selalu panggil atau kebiasaanya atau kebanyakannya  panggil ibu mereka dengan panggilan ‘MAMA’. Mama kami ni namanya iman, tapi kami panggil dengan panggilan Mama Mu’taz. Mu’taz ni adalah sempena nama anak sulungnya. Secara kebiasaanya memang arab baik ibu atau bapanya akan mengunakan nama panggilan mereka sempena nama anak sulungnya.

Semalam (5hb Sept 2008) kami berbuka di rumahnya di aMman. Dia mempunyai 5orang anak, 4 lelaki, sorang je perempuan. Ikatan kekeluargaan arab ni memang kuat, itu pada pengamatan aku la. Tapi serius aku katakan, sesama mereka memang kuat ikatan kekeluargaannya sampaikan anak dalam satu rumah tu semuanya duduk satu keluarga. Duduk adik-beradik sekali. Kat sini rumah mereka cm banglo, rumah agak besar, siap de ceracak kat atas sekali, sebagai persiapan untuk tambah rumah bila anak perempuannya khawin nanti.

 

Ok sambung balik cerita berbuka puasa. Arab ni dia cukup2 layan tetamu mereka dengan hebat. Mereka akan hidang dengan makanan yang banyak kepada tetamunya. Bagi mereka, kalau tak hidang makanan yang banyak, ia cm satu aib. Dorang ni hidang makanan punya la banyak. Kita kan perut melayu, dorang perut arab lain la. Hidang banyak gile. Aku makan sampai kenyang sangat2, rasa sampai ke sudu dada ni ha, sarat sangat dah. Kawan aku sampai tak lalu habis. Mana taknya, tiap kali lagi sikit je nk habis, mama akan tambah dalam pinggan.ho3..Mujur la aku dia tak de pulak tambah. Air je sampai 3jenis dia hidang. Ha belum lagi lauk-pauk, memang banyak. Dah la potongan ayam & dagingnya besar2. Fuhh memang tak larat nak habiskn. Memang de lebih. Korang leh tgk gambarnya di bawah. Sedap bukan? Cam kt restoren pula.ha3..

saiyadin
maqlubah
sos ni sama rasa cm sos nasi ayam

  

Dorang ni memang layan baik punya, lepas makan dorang hidang pula dengan manisan arab (halawiat). Peh!! memang kami ngaku kalah. Makanan semuanya sedap2, cuma tak lalu je nak habis kn sebab perut dah penuh.ha3..

Family Mama ni semuanya peramah, mudah mesra. Dorang memang spoting. Sempoi la..

 

17 Comments »

Salam Merdeka!!

 

salam merdeka

Salam Alaik & Salam Sejahtera bt kalian semua..

Kalian semua apa khabar? sihat? harap semuanya sihat2 belaka. Hmm bagaimana dengan sambutan Merdeka korang semua? menarik? hambar? seronok? atau sebaliknya? Ceritakan pada aku, korang leh ceritakan di ruang komen yang telah disediakan..

Ok kali ni aku nak cerita berkenaan tentang sambutan Merdeka kami di Jordan ni. Student2 Malaysia dari semua mantiqah (zon), Mu’tah, Irbid dan Mafroq berkumpul menjayakan ulang tahun kemerdekaan ke-51 di MSD (Malaysian Student Department). Sambutan ni berjalan dengan lancar pada 30hb, semalam. Ramai juga budak yg datang, pelbagai aktiviti yg dijalankan, antaranya cabutan bertuah, tayangan kemerdekaan, pidato kemerdekaan, ucap tama dari TYT Duta Besar Malaysia ke aMman, Jordan, Sajak Kemdekaan, acara memotong kek & jamuan. Sambutan kemerdekaan di sini tidak la semeriah di Malaysia dengan percikan bunga api dan sebagainya. Tapi apa-apa pun ia nya tetap meriah, terkenang daku sewaktu sambut di Malaysia.

 

 

Aku dengar sambutan di Malaysia tahun ni tak meriah ek? tak tau la..Aku dengar je. Tapi korang leh cerita kn pada aku di komen ni. Boleh la kita sama-sama kongsi cerita kemerdekaan..

Hmm esok dh start puasa…selamat berpuasa sume. Mlm ni teraweh. Yihaa!!

4 Comments »

Selamat Menyambut Ramadhan:.

ASSALAMUALAIKUM WBT……

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK.
SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA……

saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S..W.T, insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

9 Comments »

Ahlan bikum:.

Salam Sejahtera dan Salam Alaik kepada semua rakan-rakan yang sempat membaca entri aku ni..

Ok la, kali ini aku nak menceritakan suatu yang baru. Korang nak tau ke? Baik la, semalam kan 20hb kan, so semalam lah last paper exam aku untuk fasal soifi (summer sem) ini. Start jam 4 petang sampai jam 6 petang. Pastu pula soalannya bukan main hebat susahnya. Pening di kepala ini masih lagi belum hilang dek kesan ‘radioaktif’ imtihan (exam) kali ini. Korang doakan aku ek moga dapat lepas semuanya. Takut la….Pada hari ni juga la kami, student KIDR (Kolej Islam Darul Ridzuan, Perak) ke Jordan menyambut kedatangan student baru dari kolej kami. Disebabkan aku exam petang, dorang pula tiba di mator (airport) Jordan pada jam 4petang (waktu Jordan) kalau waktu Malaysia dalam 9malam, so aku tak dapat la nk sambut dorang di airport tu. Yang sambutnya, syafiQ Murat, ikhwan, sheh Fahmi, Kak Sarah, Akak, k.Yong, Senior angah dan Syahed (anak MB Perak). Yang lain tu de yang tolong masak-masak untuk makan malam nanti, de yang di rumah masing-masing dok lepak dan ada yang exam.

ketibaan student-student baru KIDR ke Jordan

rehat sebentar..

               

 

 

 

 

 

 

Antara student kami yang datang ke Jordan ni adalah najmi, hafiz omar, amin, din kude, aina, mira, niza, zulaiha, hartini, aimy dan ramlah. Ahlan wasahlan bikum, selamat datang korang ke Jordan ni. Kita teruskan perjuangan kita di sini pula. Moga kita sama-sama berjaya dengan cemerlang dalam menuntut ilmu agama ini, selain tu kita boleh la memperlengkapkan diri dengan ilmu lain yang berfaedah serta menimba pengalaman yang cukup berbeza pengalaman kita di Malaysia.

Hmm masih lagi aku ingat semasa dalam penerbangan,” hai, cam mana la agaknya Jordan ni ek?, nama gah semacam je. Mesti cenggih…dasyat..” Bila tiba je di airport Jordan tu, timbul dalam hati aku ni, “eh! ni ke  international airport Jordan?”. Ha kalau korang nak tau, airportnya tak de la canggih sangat. KLIA lagi hebat. Itu pun arab ni bangga-bangga sangat la dengan negara dorang ni. Hai jem-jem. Korang leh tanya kawan-kawan aku di Jordan ni ha.

majlis makan-makan di rumah kami, bayt Heik Nizom

 

antara yang hadir

 

 

 

 

Masa jadi budak baru tu la, kami belajar macam-macam, guna duit, cmne nk berkomunikasi dengan arab secara ringkas, keadaan sosial arab ni cmne, sistem belajar di Universiti Mu’tah ni, doktor-doktornya cmne, madah-madah (subjek-subjek)nya lagi, dan sebagainya la. Pejam celik je dah hampir setahun kami di sini. Tak lama lagi dah nak masuk bulan puasa, kiranya puasa buat kali kedua kami di sini. Alhamdulilah. Doakan moga kami terus gagah dengan menghadapi cabaran kehidupan di sini ye, doakan juga moga kami berjaya dengan cemerlang. Insyalah dalam blog aku ni, akan aku cerita kan sedikit pengalaman dan sedikit ilmu aku di sini. Moga apa yang aku ceritakan di sini dapatlah aku kongsi bersama dengan kawan-kawan blogger, sanak-saudara, rakan-rakan seperjuagan dan rakyat-rakyat yang sempat ziarah ke blog aku ni, Duniaku Hijau. Terima Kasih atas sokongan kalian semua.
        
2 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span