Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Mendalami kehidupan

Apabila anda sedar bahawa anda benar-benar ingin melakukan sesuatu perkara yang cukup bermakna di dalam kehidupan anda, namun kita tetap mendapat sesuatu perkara yang sebaliknya, seperti ingin berjaya dalam kerjaya yang baik, namun tetap juga mendapat kerjaya yang di luar bidang. Cukup berbeza dengan apa yang kita inginkan, berbeza dengan apa yang kita citakan. Ingatlah bahawa ia adalah sesuatu ujian untuk kita terus-menerus mengejar dan mencari perkara yang lebih bermakna. Usahlah mudah kecewa dengan apa yang berlaku. Lakukanlah setiap hari berlainan dengan hari semalam, dan lebih baik lagi dari hari-hari sebelum ini.

Apabila anda terlalu sibuk dan bimbang tentang apa yang anda hadapi sekarang ini, apa yang anda telah lakukan sekarang ini, di mana anda berada kini, dan apa yang anda tidak memilikinya atau tidak mencapainya lagi, anda perlu ingat  untuk mencapai semua itu memerlukan masa mencapainya. Kita perlu berubah sekarang dan masa depan yang masih belum berlaku itu kita boleh capainya dengan semangat dan motivasi yang hebat. Tiada  kesan sekarang ini sekiranya kita masih lagi tidak bertindak dengan cara yang betul untuk mencapainya.

Kita sendirilah yang dapat mengubah dunia kehidupan kita sendiri. Bukannya orang lain, bukannya orang disekeliling kita, bukan jugalah orang yang rapat hampir dengan kita yang dapat mengubah kita. Tetapi diri kita sendiri. Orang lain cuma dapat memberikan kata-kata semangat, kata-kata peransang, nasihat, tips-tips, dorongan, cadangan dan idea sahaja kepada kita. Kitalah yang sendiri menimbang dan hargainya sebagai sumber pembakar semangat ke arah matlamat kita sendiri. Tidak salah kiranya kita mencuba. Mencuba kepada ke arah kebaikan diri.

4 Comments »

Asas Menjadi Orang Hebat

Setiap manusia dilahirkan akan bercita-cita ingin menjadi orang yang hebat. Mahu menjadi kaya, mahu berjaya dalam hidupnya, mahu memiliki perniagaan yang besar, mahu hidup bahagia, hidup dalam cemerlang dan sebagainya. Semuanya menjadi matlamat dan hasrat kita.

Anda pernah terfikir sejenak tak sebelum ni, dulu di bangku sekolah lagi kita telah ditanya apakah cita-cita bila besar nanti? Ada yang bercita-cita menjadi askar la, doktor la, cikgu la, bomba pun ada. Itulah jawapan biasa disebut apabila ditanya sewaktu kecil. Adakah sekarang ini cita-cita kita telah tercapai? Semuanya menanam cita-cita yang murni, mahu menjadi manusia yang berguna dan berbakti demi agama, negara dan bangsa. Bagi yang telah menanam cita-citanya dari kecil mahu menjadi seorang cikgu, dan sekarang sudah tercapai cita-citanya itu saya ucapkan tahniah!. Dan mana-mana anda yang bercita-cita seperti mana yang telah dihajati sewaktu kecil itu telah tercapai kini, saya ucapkan tahniah juga.

Apabila kita melihat dari sudut mahu menjadi orang hebat, terlintas dalam kotak fikiran kita apakah cita-cita, hasrat, matlamat, misi,, visi, tujuan, impian kita akan tercapai? Di sini dua asas dalam memupuk diri menjadi orang hebat.

Asas yang pertama ialah sikap. Sikap merupakan alat yang sangat penting dalam pembinaan manusia menjadi orang hebat, menjadi orang yang berjaya, mahu menjadi orang yang cemerlang dalam hidupnya. Dalam semua pelbagai bidang sekali pun, anda mahu menjadi peniaga yang berjaya, mahu menjadi doktor yang hebat, mahu menjadi guru yang hebat, mahu menjadi pemimpin yang hebat, sikap diri perlu dititikberatkan dalam kehidupan kita. Buanglah sikap penting diri, suka menangguh kerja, suka berfoya-foya, suka memaki, suka sombong, kedekut,, iri hati, tamak dan sebagainya. Semuanya itu adalah penyakit hati setiap manusia. Tanpa memiliki sikap yang baik seperti, suka membantu perkara yang baik, berfikiran positif, rajin, berusaha gigih, kental, bersemangat, istiqomah, bersedia dan sebagainya maka kita sukar untuk mencapai mahu menjadi orang hebat, hebat dalam apa jua bidang.

Sikap positif itu apabila kita selalu berdamping dengannya, menjadi sahabat baik kita, dan selalu kita amalkan dalam kehidupan harian kita, insyaAllah lama kelamaan segala impian, cita-cita kita akan tercapai dengan mudah. Percayalah. Misalannya, apabila kita menanam sikap suka menabung, dan kita amalkan setiap hari, saban hari lama-kelamaan hasil tabungan kita akan menjadi banyak. Maka apa yang kita hajati misalanya mahu membeli kamera baru, maka hasil tabungan setiap seringgit kita masukkan dalam tabung, kita dapat membeli kamera. Begitu juga kita amalkan sikap suka tolong menolong orang lain dalam kebaikan, insyaAllah apabila kita dalam kesusahan orang lain pula akan membantu kita dalam mencapai kejayaan.

Sikap yang baik adalah penting dalam kehidupan, bukan sahaja sebagai permulaan kita dalam mencapai kejayaan, akan tetapi sikap yang baik juga merupakan alat mengekalkan diri kita dalam terus berada dalam alam kejayaan.

Perkara asas yang kedua pula adalah kepercayaan, keyakinan. Percaya pada diri sendiri, yakin pada diri sendiri merupakan asas penting membentuk diri menjadi seorang yang hebat.

Biarlah apa orang sekeliling kata yang kita ini rajin yang kononnya mahu menunjuk-nunjuk, yang kita ini selalu datang awal yang kononnya mahu membodek bos. Walaubagaimana sekalipun orang mengatakan kita sedemikian teruskanlah kita dalam melakukan aktiviti harian dengan baik, dan percaya, yakinlah pada diri yang kita akan berjaya satu hari nanti.

Ada percaya pada diri yang anda akan berjaya, sebenarnya kepecayaan itu merupakan doa dan ia telah pun menjadi satu inspirasi yang kita telah pun berjaya. Pernahkah anda terfikir bagaimana ibubapa kita yang dapat menjaga semua anak-anaknya sehingga berjaya. Yang dulunya hanya bekerja kampung sahaja, bekerja sendiri sahaja, tetapi dapat membesarkan kesemua anak-anaknya sehingga berjaya kepuncak jaya. Asasnya adalah kepercayaan yang telah dipasak dalam fikiran dan kehendak mahu membesarkan anak-anaknya berjaya. Kepercayaan dan keyakinan perlukan kepada tindakan. Kalau sekadar percaya sahaja tapi tak ada sebarang tindakan tak berguna juga.huhu..

Selamat berusaha!!

Leave a comment »

Apabila Melihat Dengan Sebelah Mata

Manusia normal yang telah dikurniakan dua belah mata perlu melihat dengan baik. Menggunakan kedua-dua matanya dengan jalan kebaikan. Dia akan mendapat kebaikan kembali. Tersilap pandang membawa kepada bahana, membawa kepada kemudaratan pada diri, akan membawa kepada kehancuran kelak, akan membawa kepada kecelakaan nanti. Perlu untuk kita menggunakan keduanya dengan berhemah.

Kebiasaannya manusia melihat sesuatu perkara dengan pelbagai cara mata kasarnya. Lalu menterjemahkan sesuatu perkara tersebut dengan membuat penilaian yang pelbagai ragam. Hasilnya juga berbeza. Contohnya 3 orang melihat sebuah rumah usang di hujung pemandangan mereka. Ada yang menilainya sebagai rumah pusaka, ada juga yang menilainya sebagai rumah itu seram dan menakutkan, ada juga yang menilainya sebagai rumah itu tenang dari pelbagai kehidupan bandar. Namun asasnya adalah sama, iaitu fokus pada rumah.

Mata fungsinya adalah melihat. Melihat itu adalah kata kerja. Melihat dari jarak dekat mahu pun dari jarak jauh. Semuanya memerlukan penelitian, fokus dengan baik. Apabila salah melihat, maka kita akan silap membuat tekaan. Terfikirkah kita bagaimana orang yang dilahirkan ke dunia tanpa melihat dengan mata. Akan tetapi dapat melihat dengan telinganya, melihat dengan sentuhan tangannya, melihat dengan gerak hatinya. Manusia ini lahir-lahir sudah gelap dunianya. Sedang manusia yang lahir-lahir terang melihat warna-warna alam tidak bersyukur dan menggunakan pancaidera mata yang Allah Ta’al kurniakn itu dengan sebaiknya. Sangat malanglah mereka itu.

Pandangan itu sinonim dengan akal, dan juga mata. Tajuk ini lebih kepada mata, jadinya kita cuma hanya fokus dulu pada pandangan mata. Sedarkah kalian yang pandangan mata buat manusia silap menilai. Terkadang ada manusia yang melihat manusia lain dengan sekali pandangan. Contohnya melihat cahaya terang dan silau. Contoh lain seperti melihat manusia sombong dengan hanya sekali pandangan sahaja kerana meluat dengan sikapnya itu. Terkadang ada juga manusia yang melihat dengan banyak kali pandang. Tujuannya mahu meneliti segenap penjuru, sudut perspektif manusia lain. Contonya melihat seseorang yang kaya, dengan kereta mewahnya, menggayakan baju dengan reka fesyennya yang hebat. Semua itu dilihat dengan banyak kali pandang. Setiap pandangan sama ada pandangan sekali mahupun banyak kali, ianya akan melahirkan suatu penilaian yang pelbagai. Manusia menilai seseorang individu itu melalui pandangan matanya sahaja. Itu baru dua-dua belah matanya melihat, lalu memberikan persepsi yang pelbagai seperti, owh orang itu tentu susah bekerja sehingga kini dia sudah berjaya lalu kaya. Owh orang itu kelihatan sombong, dia mesti jenis yang tak ramai kawan. Melihat pada luaran sahaja. Tetapi adakah ianya tepat? Ada dua keputusannya, ada dua kemungkinannya. Sama ada pandangan kita itu betul atau pun salah. Jadi perlulah untuk kita menilai, meneliti, membuat kajian dengan rasional, lalu barulah membuat keputusan yang baik. Itu adalah jalan yang selamat.

Bagaimana pula manusia yang melihat hanya sebelah mata sahaja? Lagilah banyak-banyak, selalu membuat keputusan yang silap dan peratus kebanyakannya berisiko kepada salah pandang.

Di sini dapat disimpulkan, kepelbagaian pandangan manusia menilai sesuatu perkara itu unik. Jadinya lahirlah kepelbagaian idea yang kreatif dan sangat bernas walaupun asasnya adalah dari asal satu perkara. Walaupun begitu, perlulah diingatkan bahawa gunalah mata kita dengan menilai dengan baik. Gunakannya dengan baik. Setiap kebaikan yang kita buat akan dinilai.

Leave a comment »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span