Rebina Biru

"senyum|ceria|hepi²"

Kekalkan tradisi, jadikan warisan yang bernilai


Kami bahagia dengan ini

Mu’tah…merupakan tempat letaknya PERMATA dan ahli-ahlinya.

Bukanlah aku ingin bangga dengan kawasan yang dikatakan kampung ini. Tapi ianya adalah hakikat yang ahli-ahli PERMATA mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ahli-ahli PERMATA yang terlibat secara langsung dengan KARISMA’09 yang baru berakhir aku kira dapat memberikan taraf 5 bintang dengan meraikan tetamu yang hadir dan melayan kawan-kawan yang datang dari Irbid dan Mafraq sebagai tetamu. Syabas buat kalian semua. 

Itu keistimewaan kita. Teruskan dan kekalkan ia. Jangan terus terkubur dek di telan zaman. Aku dapat rasakan yang kita mampu buat masyarakat yang di luar sana terpegun dengan cara kita. Aku kagum dengan kawan-kawan di sini yang mampu melayan tetamu yang hadir dengan layanan baik. Tidak kiralah ianya siapa.

Kami…Mu’tah punya kelebihan tersendiri.

Perlu diingatkan, kami juga mampu duduk semeja walaupun kami berlainan fikiran, lain fahamannya. Aku suka pada mereka-mereka yang memberikan idea yang tidak kering-kering, pendapat tersendiri dan semangat ukhuwwah. 

Kita perlu jaga semua kelebihan ini. Walaupun di luar sana melihat yang buruk-buruk sahaja tentang kita, tapi kita sebagai warga di sini lebih tahu, lebih arif apa yang berlaku di antara kita. Mereka apa tahu. Tahu mengata begini begini dan begitu sahaja tanpa melihat sendiri apa yang berlaku. Bukankah begitu kawan-kawan. Aku bukanlah mahu berbangga apa yang ada di sini, tapi sebagai mahu  mengucapan tahniah buat kawan-kawan yang dapat membawa “Perpaduan”. 

Jadikan ia sebagai tradisi kita. Warisan yang perlu dijaga. Siapa yang menciptakannya? Itu tanya diri anda sendiri. Yang penting di sini perlu dijaga rapi supaya ia tidak dinodai oleh mana-mana manusia yang busuk hati tentang ‘kebahagian’ kita. 

Kita mungkin berbeza dengan mereka. Mungkin juga sama dengan mereka. Apa yang sama? Kita adalah rakyat Malaysia. Itu yang aku ingin katakan. Kita adalah rakyat Malaysia. Biarlah kita ini dari negeri mana pun, yang penting kita bersatu. Satu hati, satu matlamat, satu suara. Itulah namanya perpaduan.

Pilihlah nanti individu yang dapat meneruskan matlamat murni ini.

 

Pelajar Malaysia di Jordan 

Suasana di Jordan berbeza dengan di Mesir mahupun di Syria. Di Jordan ini mempunya empat daerah yang menempatkan pelajar-pelajar Malaysia, iaitu di Amman, Irbid, Mafraq dan Mu’tah.Ammankebanyakannya merupakan pelajar yang belajar di peringkat tinggi, iaitu PHD dan Master. Manakala di Irbid mempunyai dua unversiti yang menempatkan pelajar Malaysia yang berlainan bidang, iaitu pengajian Islam dan kedoktoran.

Jarak setiap daerah ini sangat jauh, dan sistem pengajian setiap universiti juga berbeza. Contohnya kadar yurannya, waktu peperiksaan dan waktu cuti semester. Ini merupakan faktor-faktor di mana kami susah sekali untuk membuat program bersama. Oh bukannya aku mengatakan yang kami ini tidak aktif, walaupun begitu kami tetap juga dapat melaksanakan program bersama. Baik program yang dianjurkan oleh pihak jabatan penuntut Malaysia, kedutaan, Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) sendiri mahupun Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). Oh ya, di setiap daerah ini juga kami mempunyai persatuan zon masing-masing. Setiap dari mereka ini bergiat aktif melaksanakan pelbagai jenis aktiviti. Ha lihat, bagaimana kami di sini cukup sibuk dengan program, mesyuarat. Walaupun begitu belajar juga tidak diabaikan. Anda boleh fikir sendiri. 

Pelajar-pelajar Malaysia di sini mempunyai cara, keistimewaan, ragam yang tersendiri. Jangan cemarkan pertalian kami ini dengan pelbagai tomahan yang tidak berasas. Kami selesa dengan suasana sekarang ini, cumanya mungkin sesetengah dari kita yang hanya bersendirian tapi masih lagi mahu bersama. Walaubagaimanapun ia tetap terpelihara hubungan kami. Aku mengharapkan tradisi ini kekal dan tingkatkan lagi nilaitambah dalam perpaduan sesama kita.

 

Jalinan pandangan.

Ini merupakan respon daripada saudaraku yang di sana. Berani aku nyatakan di sini bahawa kelab UMNO Jordan di sini bukanlah kelab yang agresif untuk melobi undi parti atau bagaimana. Cuma kami di sini mahukan perpaduan di antara kawan-kawan yang lain dan ikatan yang gitu di antara pegawai-pegawai MSD dan juga kedutaan. Memang amat sensitif bagi sesetengah individu membuka cerita pasal politik.Tapi bagi aku, aku hanya biasa. Tidak mahu perpecahan. Aku inginkan semangat kekitaan sesama kita. Aku juga manusia punya pandangan. Bagi aku, sekarang ini cukup baik hubungan ahli-ahli kelab dengan yang bukan ahli. Kami selesa dengan keadaan sebegini. Mungkin sesetengah tidak selesa. Itu bukan masalah aku, itu masalah mereka yang tidak selesa aku fikir. Yang penting di sini aku sukakan keterbukaan, jalin baik hubungan dengan kalian. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai sudut pemikiran, berbeza pendapat, berbeza latarbelakang tapi kita dapat hidup aman kekal abadi sentosa. Aku suka tradisi ini. Teruskan kekal dan tingkatkan ia.

Suasana di Jordan berbeza dengan di Mesir mahupun di Syria. 
Di Jordan ini mempunya empat daerah yang menempatkan 
pelajar-pelajar Malaysia, iaitu di Amman, Irbid, Mafraq dan 
Mu’tah. Amman kebanyakannya merupakan pelajar yang belajar 
di peringkat tinggi, iaitu PHD dan Master. Manakala di Irbid 
mempunyai dua unversiti yang menempatkan pelajar Malaysia 
yang berlainan bidang, iaitu pengajian Islam dan kedoktoran. 
Jarak setiap daerah ini sangat jauh, dan sistem pengajian 
setiap universiti juga berbeza. Contohnya kadar yurannya, 
waktu peperiksaan dan waktu cuti semester. Ini merupakan 
faktor-faktor di mana kami susah sekali untuk membuat 
program bersama. Oh bukannya aku mengatakan yang kami ini 
tidak aktif, walaupun begitu kami tetap juga dapat 
melaksanakan program bersama. Baik program yang dianjurkan 
oleh pihak jabatan penuntut Malaysia, kedutaan, Majlis 
Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) sendiri mahupun 
Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). Oh ya, di setiap daerah 
ini juga kami mempunyai persatuan zon masing-masing. Ha lihat, 
bagaimana kami di sini cukup sibuk dengan program, mesyuarat 
mahupun belajar. Anda boleh fikir sendiri.
Pelajar-pelajar Malaysia di sini mempunyai cara, keistimewaan, 
ragam yang tersendiri. Jangan cemarkan pertalian kami ini 
dengan pelbagai tomahan yang tidak berasas. Kami selesa 
dengan suasana sekarang ini, cumanya mungkin sesetengah dari 
kita yang hanya bersendirian tapi masih lagi mahu bersama. 
Walaubagaimanapun ia tetap terpelihara hubungan kami. Aku 
mengharapkan tradisi ini kekal dan tingkatkan lagi nilaitambah 
dalam perpaduan sesama kita.
Jalinan pandangan.
Ini merupakan respon daripada saudaraku yang di sana. Berani 
aku nyatakan di sini bahawa kelab UMNO Jordan di sini 
bukanlah kelab yang agresif untuk melobi undi parti atau 
bagaimana. Cuma kami di sini mahukan perpaduan di antara 
kawan-kawan yang lain dan ikatan yang gitu di antara 
pegawai-pegawai MSD dan juga kedutaan. Memang amat 
sensitif bagi sesetengah individu membuka cerita pasal politik. 
Tapi bagi aku, aku hanya biasa. Tidak mahu perpecahan. Aku 
inginkan semangat kekitaan sesama kita. Aku juga manusia 
punya pandangan. Bagi aku, sekarang ini cukup baik hubungan 
ahli-ahli kelab dengan yang bukan ahli. Kami selesa dengan 
keadaan sebegini. Mungkin sesetengah tidak selesa. Itu bukan 
masalah aku, itu masalah mereka yang tidak selesa aku fikir. 
Yang penting di sini aku sukakan keterbukaan, jalin baik 
hubungan dengan kalian. Walaupun kita terdiri daripada 
pelbagai sudut pemikiran, berbeza pendapat, berbeza 
latarbelakang tapi kita dapat hidup aman kekal abadi sentosa. 
Aku suka tradisi ini. Teruskan kekal dan tingkatkan ia.Suasana di Jordan berbeza dengan di Mesir mahupun di Syria.   

Di Jordan ini mempunya empat daerah yang menempatkan

 

pelajar-pelajar Malaysia, iaitu di Amman, Irbid, Mafraq dan

 

Mu’tah. Amman kebanyakannya merupakan pelajar yang belajar

 

di peringkat tinggi, iaitu PHD dan Master. Manakala di Irbid

 

mempunyai dua unversiti yang menempatkan pelajar Malaysia

 

yang berlainan bidang, iaitu pengajian Islam dan kedoktoran.

 

Jarak setiap daerah ini sangat jauh, dan sistem pengajian

 

setiap universiti juga berbeza. Contohnya kadar yurannya,

 

waktu peperiksaan dan waktu cuti semester. Ini merupakan

 

faktor-faktor di mana kami susah sekali untuk membuat

 

program bersama. Oh bukannya aku mengatakan yang kami ini

 

tidak aktif, walaupun begitu kami tetap juga dapat

 

melaksanakan program bersama. Baik program yang dianjurkan

 

oleh pihak jabatan penuntut Malaysia, kedutaan, Majlis

 

Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPM) sendiri mahupun

 

Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN). Oh ya, di setiap daerah

 

ini juga kami mempunyai persatuan zon masing-masing. Ha lihat,

 

bagaimana kami di sini cukup sibuk dengan program, mesyuarat

 

mahupun belajar. Anda boleh fikir sendiri.

 

Pelajar-pelajar Malaysia di sini mempunyai cara, keistimewaan,

 

ragam yang tersendiri. Jangan cemarkan pertalian kami ini

 

dengan pelbagai tomahan yang tidak berasas. Kami selesa

 

dengan suasana sekarang ini, cumanya mungkin sesetengah dari

 

kita yang hanya bersendirian tapi masih lagi mahu bersama.

 

Walaubagaimanapun ia tetap terpelihara hubungan kami. Aku

 

mengharapkan tradisi ini kekal dan tingkatkan lagi nilaitambah

 

dalam perpaduan sesama kita.

 

Jalinan pandangan.

Ini merupakan respon daripada saudaraku yang di sana. Berani

 

aku nyatakan di sini bahawa kelab UMNO Jordan di sini

 

bukanlah kelab yang agresif untuk melobi undi parti atau

 

bagaimana. Cuma kami di sini mahukan perpaduan di antara

 

kawan-kawan yang lain dan ikatan yang gitu di antara

 

pegawai-pegawai MSD dan juga kedutaan. Memang amat

 

sensitif bagi sesetengah individu membuka cerita pasal politik.

 

Tapi bagi aku, aku hanya biasa. Tidak mahu perpecahan. Aku

 

inginkan semangat kekitaan sesama kita. Aku juga manusia

 

punya pandangan. Bagi aku, sekarang ini cukup baik hubungan

 

ahli-ahli kelab dengan yang bukan ahli. Kami selesa dengan

 

keadaan sebegini. Mungkin sesetengah tidak selesa. Itu bukan

 

masalah aku, itu masalah mereka yang tidak selesa aku fikir.

 

Yang penting di sini aku sukakan keterbukaan, jalin baik

 

hubungan dengan kalian. Walaupun kita terdiri daripada

 

pelbagai sudut pemikiran, berbeza pendapat, berbeza

 

latarbelakang tapi kita dapat hidup aman kekal abadi sentosa.

 

Aku suka tradisi ini. Teruskan kekal dan tingkatkan ia.

Leave a comment »

Aku & mereka

perbincangan antara 2 buah negara perasmian KOMIS 6

19hb Nov 2008 (Rabu) :-

Selama seminggu program ini ditangguh sendiri oleh pihak jameah, alhamdulilah  berlangsung juga akhirnya dengan jaya. Syabas Tuan Pengarah program ni, Syafiq Shafie (Ketua Biro Akademik PERMATA sesi 0809). Bertempat di Dewan Masrah, Jameah Mu’tah.KOMIS kali ke-6 atau nama panjangnya Konvensyen Mahasiswa Islam. Perasmian KOMIS yang berlangsung pada jam 11tengahari (waktu Jordan), yang dihadiri oleh Rais Jameah (Presiden Universiti Mu’tah), Prof. Dr  Sulaiman Arabiat, doctor-doktor jameah fakulti Syariah, Ustaz. Sulaiman (Pengarah MSD) & Ust. Arman, pelajar-pelajar Jordan & Malaysia.

Perasmian KOMIS ini dirasmikan sendiri oleh Rais Jameah.

Aktiviti yang berlangsung pada hari pertama KOMIS ini adalah bertukar-tukar ilmu serta perbualan mengenai adat, resam, & thaqafah 2 buah negara iaitu antara Jordan & Malaysia. Sungguh unik idea ni. Perasmian  ini telah membuka sedikit pandangan fikiran sesetangah Arab Jordan ini mengenai Malaysia bahawa Malaysia bukan lah sebuah negara yang masih lagi ‘kuno’, ‘bercawat’, ‘duduk di hutan’ dan ‘ali baba’. Malaysia merupakan sebuah Negara yang majarotinya adalah Islam ini adalah  Negara yang maju. Aku bangga menjadi anak Malaysia. Penuh dengan warna-warni, berbilang kaum, pelbagai adat resam, hijau, gah dengan bangunan-bangunan yang hebat.

Aku kagum dengan nasyid yang dibawa oleh nasyid Malaysia ini, sungguh unik. Aku kagum. Suara korang memang best, sampaikan Doktor Jabatan Syariah pun kagum.

Ia juga membincangkan  tentang masalah pelajar-pelajar Malaysia dalam menguasai bahasa Arab dalam pembelajaran mereka.

 

 

20hb Nov 2008 (Khamis) :-

Aku, Lutfi, Muhaimin, Fikri & Faiz. Kami berlima terus gerak ke aMman lepas habis kelas. Aku bagi point je la eh cite ni;-

  • 1> Sewa kereta dengan harga JD45 untuk 2 hari – Keta sewa yang kami dapat ni lampu belakangnya tak menyala – Leh pula arab tu suh kami betulkan lampu belakang tu sendiri, padahal keta tu dia punya – Kami bising – baru dia gerak pergi baiki.hahaha
  • 2> Kami makan malam di Restoren Qusd – 1st time aku makan kepala kambing, faiz ajar.
  • 3> Balik je ke Mu’tah, singgah ke masjid solat jamak takhir – habis solat je tengok-tengok kasut aku hilang – anjing sungguh si anjing tu, ia ambil dengan selambur je
  • 4> Kereta jem

Aku malas menulis. So aku just buat point je untuk peristiwa pelik ni.

 
pembentangan usul untuk dijadikan resolusi KOMIS kali ke6 persidangan bermula
21hb Nov 2008 (Jumaat) :-

KOMIS ke-6, hari ke-2.

– Pebentangan kertas kerja dari Ust. Fakrurazi, tentang Mahasiswa muslim mujadid zaman kini.

– Pebentangan Usul bagi setiap tahun – hangat masing-masing membahaskan usul – terdiri dari tahun 1 hingga tahun akhir.

 

Prog KUJ, Tautan Mahabbah

22hb Nov 2008 (Sabtu) :-

Program Tautan Mahabbah Kelab UMNO Jordan (KUJ) yang berlangsung di Mukhtar Mall. Start program jam 11tengahri. Terlibat staf-staf Kedutaan, MSD, & ahli-ahli KUJ serta bukan ahli dari setiap mantiqah.

Maaf atas kelewatan pihak ajk kami kerana beberapa masalah yang tak dapat kami elakkan, seperti drver arab yang bawa van ni tak tahu jalan, gerak dari Mu’tah agak lewat, kesesakan lalu lintas di jalan raya kerana hari minggu. Maaf kami pohon.

Tahniah kepada pemenang yang telah menjayakan program ini dengan baik. Tahniah!!

6 Comments »

Mu’tah : Gaduh + Kemusnahan + Gelagat + Aksi

13112008551-1

Balik dari kelas aku singgah ke Solah Abasi, salah satu cafe di Jameah. Perut lapar..

Selesai makan, alang-alang jam pun hampir kul 2 petang, aku terus bagi message kat Shah. Nak agak di pergi survey lembu untuk di buat korban pada Raya Haji ni. Sampai di Mu’tah bersama Shah, kami terus bertanya berapa harga seekor lembu untuk di buat korban. Kami pergi dari kedai ke kedai. Rata-rata di Mu’tah ni banyak juga rupanya kedai daging ni. Tak la pula aku sedar selama ni. Tapi memang kena la kn, sebab arab di sini memang lauk utama mereka adalah daging lembu & kambing serta ayam. Ha kedai ayam usah cakap la banyaknya. Tambah-tambah lagi musim sejuk ni, daging  untuk panaskan badan.

Harga lembu yang paling tinggi adalah JD800. Paling rendah pun JD600. De juga yang harganya JD750. Kambing pula rata-rata harga JD80. Terima kasih Shah sudi tolong aku.

Selesai je survey harga lembu & kambing, kami tunggu pula Abe & Daus untk sama-sama beli barang untuk jamuan esok, jamuan KUJ.

Memang dari tadi masa aku habis je kelas & tiba di Mu’tah, aku dah nampak arab-arab berkumpul dengan polis-polis & FRU Jordannya. Mesti de someting ni, aku fikir ni mesti de gaduh-gaduh ni. Betul tekaan aku, tiba je kami menempah ayam 12 ekor untuk jamuan KUJ esok, tiba-tiba datang sekumpulan arab, rata-ratanya adalah pemuda, mereka datang dengan membawak kayu & besi. Berarak ke jalan depan Masjid Syuhada’. Terus FRU yang telah bersiap-sedia dari pondok polis berhadapan dengan bus stop ke Karak datang meleraikan keadaan. Dengan bom asap yang dilepaskan ke udara, barisan FRU yang siap dengan cota terus berlari ke arah kumpulan tersebut. Mulalah berkeliaran semuanya. Kedai-kedai di sekeliling masing-masing tutup..takut… FRU dapat tangkap seorang dari mereka. Dipukul..seorang lawan ramai. Ha pe lagi, habis kepala berdarah..

Kemudian dalam 15minit kemudian….

Entah apa yang dianginkan, datang sekumpulan pemuda lagi. Dorang tiba-tiba je tendang-tendang & musnahkan sayur-sayur di salah sebuah kedai sayur di tepi jalan berhampiran dengan Restoren Saudi. Sayur-sayur habis dimusnahkan, dipunggah. Sayur-sayur bertaburan. Sekali lagi FRU melepaskan bom asap.. Budak-budak baling batu… Lari bertempiaran…

Aku dapat bayangkan, beginilah agaknya susana di Palestin..Iraq.. & lain-lain kawasan yang de huru-hara.

Kami berselindung di kedai ayam tersebut.

Aduh…Pediah mata aku & kawan-kawan sebab bom asap tu merebak ke udara. Tekak mula rasa lain, hidung sakit.. Kami masing-masing menyumpah.

“Dorang tak de pulak nak sembur-sembur air eh?”

“Ala dorang tak de air. Air pun masalah”, Kami sambil mata pedih sempat lagi bergurau-senda. Memang di Jordan ni tu la, masalah air. So tak la pula nak sembur-sembur air.Hohoho..

Aku pun tak tahu la pe masalahnya huru-hara tersebut. Sama ada harga naik, atau de gaduh antara family. Yang aku faham, pak cik van yang kami naik untuk angkut barang-barang ke rumah Abe kata punca gaduh adalah kerana 2 orang polis dengan orang awam. Entah la, tak pasti la kisah sebenarnya.

Itu la serba-sedikit kisah huru-hara di Mu’tah petang tadi. Sebenarnya peristiwa ni memang sering-sering berlaku di Mu’tah ni. Kerana pilihan raya, gaduh antara puak keluarga dan sebagainya.

Arab dengan sifat suka bergaduh…

Itu pandang aku..

dscf07201 dscf07262

18 Comments »

Hari Kedua di MSD..

Salam Lebaran & Selamat Hari Raya..

Hari ni aku & kawan-kawan Mu’tah raya di MSD (Malaysian Student Department) pula, di amMan. Seperti setiap tahun raya, MSD akan buat open house. Semua student dari setiap mantiqah (zon), baik dari Irbid, Mafraq, Mu’tah & aMman sendiri akan hadir bagi memeriahkan rumah terbuka MSD ni.

Kali ini sambutan raya di MSD dihadir oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Ibnu Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Ha time bergambar bersama Raja tu yang tak tahan tu. Masing-masing de kamera, pe lagi..

Kami dari Mu’tah bertolak dalam jam 11 lebih, kerana sudah ditetapkan bahawa zon Mu’tah ni time makannya start jam 12.30tghr. So g pun lewat la juga kn.hi3..Dengan menaiki sebuah bas & sebuah van memeriahkan open house MSD kali ni.

Kali ni aku lihat rata-rata yang ramai pelajar baru yang mewarnai suasana di MSD. Aku merasakan pelajar lama mungkin dah jemu kot raya di MSD kali ni. Tak pun mungkin juga dorang utamakan pelajar-pelajar baru raya di MSD kali ni. Entah la, aku agak je. Tak sangka juga kali ni kami budak KIDR bertemu ustazah yang ajar kami dulu di KIDR, nama ustazah tu Adhanawati. Dia ajar kami sekejap je di KIDR, dalam 2003 kalau tak silap aku dia ajar di KIDR, dalam beberapa bulan je. Dia baru je lagi tiba di Jordan, dalam 3 minggu, ambil PHd di Urduniah University.

Kami sampao tiba di Mu’tah selesa maghrib. Tadi lepas je balik dari MSD, kami singgah pula ke Carefour, aMman. Semua arab pandang pelik je pakaian Melayu kita ni. ha3..Aku peduli pe. Selumber je jalan-jalan, mana taknya dorang pandang pelik je kita dengan berpakaian baju melayu yang macam-macam warna, siap bersampin lagi, ha yang pakai songkoknya lagi. Lom lagi yang akhwat (perempuan) kita ni lagi r, dorang yang pakai baju kurung yang bercorak-corak menarik, warna-warna ceria buatkan arab-arab pandang-pandang kami.ha3..

Ok lah, itu je untuk hari ni. Esok aku nk ke MSD balik. De meeting pula dgn MPPM. Ok selamat berseronok di Hari Raya ni. Makan tu agak-agak la.he3..

           
 

2 Comments »

Satu Hari Di hari Raya di Mu’tah, Jordan

Salam Lebaran buat umat Muslim di serata dunia. Buat keluarga aku yang berada di Malaysia selamat hari raya,buat guru-guru & sahabat-sahabat di sana juga,selamat hari raya, maaf zahir batin. Kami di sini dah raya dulu.hi3..
Kami di sini, Jordan dah pun raya lebih awal dari Malaysia. Kawan-kawan yang di Mesir raya sama dengan waktu di Malaysia, hari rabu. Setahu aku, di Palesten pun sama rayanya di Jordan,di tempat lain aku tak tahu pula.hi3..Owh ye, di Ukrein aku dapat tahu dari kawan-kawan di sana pun mereka kata,sama rayanya dengan di Jordan.
Seawal jam 8.30pagi, dengan angin yang agak sederhana kuat juga, udara sejuk macam nak hujan, semua student Malaysia di Mu’tah menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid Abu Ubaidah, yang berhampiran betul-betul di belakang rumah kami ni. Kami student Malaysia di sini buat solat bersama untuk menguatkan lagi ukhwah sesama student Malaysia. Arab di sini awal 7.15pagi lagi dah solat sunat raya. Lagipun kami ni sikit je, so buat la di Masjid Abu Ubaidah ni. Di imamkan oleh Sheh Fahmi (senior aku di KIDR), kemudian selepas tu bacaan kutbah oleh saudara Mohammad Syaheed Nizar (selaku president PERMATA). Kutbah menekankan tentang perilaku musuh Islam yang cuba memburuk-burukkan Islam dengan pelbagai cara, dengan karikatur Nabi Muhammad, filem pendek FITNAH, dan sebagainya. Selain itu dalam kutbah tersebut Khatib menegaskan supaya semua student, syabab & akhwat supaya memandang lebih soal batas-batas agama seperti soal ikhtilat. Kerana kita adalah bakal mengajar & dilihat oleh masyarakat nanti bila pulang ke Malaysia.
Kemudian selesai sahaja kutbah, semua student saling bersalam-salaman (laki,laki la, pompuan, pompuan la kan) & bermaaf-maafan,di iringi selawat. Suasana sungguh sedih. Kemudian sesi fotografi. Ha masing-masing melaram dengan baju raya.hi3..Sedang aku cuma pakai jubah je dulu, baju raya tu aku pakai masa raya di MSD nanti. Yang tak de baju raya cmne pula kn? Ha kena la pakai baju raya yang lepas-lepas. Cian ye.
Selesai sahaja, kami masing-masing membawa haluan pergi ziarah ke rumah kawan-kawan. Ada juga rumah-rumah yang buat open house. Ha di sebabkan rumah kami dekat dengan masjid, so ramai juga la syabab yang ziarah bertandang ke rumah kami dulu.hi3..Mujur lah malam semalam sempat & bersedia.ha3..
Ok la, aku nak pergi raya rumah kawan-kawan lain pula. Selamat Hari Raya semua. Moga ceria-ceria selalu ye. Daa..

2 Comments »

WordPress.com

WordPress.com is the best place for your personal blog or business site.

a wife, a mom and a student~

catatan seorang ibu yang dah tak berapa muda~

Bayan

bicara rasa sang bayan

DropShort

A Pit Stop For Short Attention Span